Cara cuci botol | Perlu ke cara cuci botol ni? Hahaha ni bukan sebarang botol tau, I nak kongsi cara cuci botol Ayhan. Ayhan sekarang guna botol jenama Nuby Trainer Sipeez Flip It. Dah guna botol ni dari dia mula makan solid food enam bulan haritu. Nanti I kongsi review best ke tak botol ni okay sebab macam I sendiri memang memerlukan dan selalu google review barang anak. Senang bila dah baca pengalaman orang lain jadi kita boleh fikir dulu patut beli ke tak.



I pun pernah google cara yang betul untuk cuci botol baby sebab risau salah cuci, tak bersih, sakit pulak anak nanti. Pelbagai cara boleh guna nak cuci botol baby ni tapi I pilih cara paling senang dan tak leceh. Lagipun I guna botol tu untuk minum air kosong je jadi tak perlukan kaedah cuci yang lebih-lebih. Contohnya kalau guna botol tu untuk minum susu mesti la kena cuci bersih baki susu yang ada dalam botol kan.





Antara barang yang I guna untuk cuci botol, berus khas untuk cuci botol ni. I beli berus ni untuk cuci botol susu Ayhan sebenarnya tapi Ayhan jarang minum susu guna botol jadi guna bila nak cuci botol straw dia je. Berus ni function sangat nak cuci bahagian yang susah nak capai. Kalau boleh asingkan la berus/span yang digunakan untuk dapur dan untuk cuci barang anak. Risau bakteria banyak sangat yang guna untuk dapur tu.



Selain berus khas untuk botol, I guna berus metal straw/glass straw ni juga untuk cuci straw Ayhan. Untuk pencuci pula I guna pencuci khas untuk cuci botol susu,NUK Baby Bottle Cleanser. Harga dia tak silap dalam RM30++ tapi masa I beli ada promosi separuh harga jadi jenama ni paling murah dekat situ haha. Antara fungsi dia untuk cuci lebihan susu yang ada dalam botol. I guna cecair pencuci ni juga untuk cuci mainan Ayhan. Bagi I cecair pencuci ni membantu la nak cuci botol, mainan dan senang nak bilas.





Cara I cuci botol pula I akan buka semua bahagian botol tu dan letak dalam satu bekas. Letak cecair pencuci ikut suka hati dalam bekas tu kemudian guna air panas/suam untuk rendam botol tu. Senang! Ikut la nak rendam berapa minit, biasa I rendam 15 minit macam tu sampai air tu suam sikit then boleh cuci guna berus pula.









Bilas dan isi air kosong semula. Settle. Biasa tak lama pun ambil masa nak cuci botol ni sebab I rasa ni cara paling senang. Kalau ada bekas sterilize tu boleh la guna juga okay untuk lebih tahap pembersihan.



Cara Cuci Botol Minuman Bayi

Resepi popia goreng dua bahan | Betul I buat popia goreng guna dua bahan je. Hari tu rasa teringin nak makan popia sebab dah lama gila tak makan popia. Kalau nak beli, orang yang jual dekat area rumah I ni tak berapa sedap so pernah beli sekali je. Jadi I pun godek-godek resepi dekat goggle apa yang best nak jadikan isi popia.



Last-last I suruh Aiman beli carrot je untuk jadikan inti popia. Lepastu beli popia. Dah jadi popia dua bahan je hahaha. Ikutkan inti isi popia ni tak kisah pun nak letak apa ikut selera masing-masing. I memang suka isi carrot dan sengkuang. Tapi malas nak beli sengkuang sebab peti dah penuh tak nak tambah barang lagi. Jadinya I guna je carrot.




I ada juga tengok resepi orang letak bawang, jagung, dan macam-macam lagi la. Paling biasa orang letak adalah taugeh! I tak berapa suka taugeh jadinya harus la tak letak. Paling sedap korang boleh buat inti popia carbonara. Dah lama gila I tak buat, kalau buat confirm berebut sebab sedap. Biasa la carbonara siapa je nak tolak. Tapi disebabkan resepi kita harini popia goreng je jadi bahan-bahan dia:



Kulit popia
Inti pilihan (lobak merah, bawang, jagung, taugeh, sengkuang)




Kalau tak tahu nak gulung popia macam mana boleh tengok youtube tapi I rasa semua orang tau kot. Nak lekatkan kulit popia tu I guna air biasa je tapi kalau susah sangat nak lekat boleh bancuh tepung jagung untuk bagi extra melekat. Lepas dah siap gulung boleh goreng!


I prefer guna lobak merah sebab senang nak beli, senang nak simpan, dan bila goreng lobak merah tu nanti dia ada rasa manis-manis caramel tu so sedap! Jadi kalau korang cari menu petang kudapan ringkas, mudah dan cepat boleh la buat popia goreng. Guna je apa yang ada dekat dapur. Boleh la cicah sos biasa atau sos thai kalau nak lagi kick.





Resepi Popia Goreng Dua Bahan

Dah lama rasanya tak share resepi untuk baby. Ayhan dah masuk umur setahun, pelbagai masakan la I boleh buat. Gigi pun dah ada lapan batang lepastu bila orang suap makanan confirm bukak mulut je tak pernah nak tolak. Kali ni I nak kongsi resepi snack atau minum petang atau boleh buat kudap-kudap juga. Dah banyak kali juga la I buat resepi ni sebab senang dan sedap. Ayhan pun suka.



Bahan A
50g Tepung gandum unbleached
¼ sudu kecil Yis 
50g Puree (buah-buah/ubi pilihan)
35g Full cream milk (Kadang-kadang I bancuh je susu tepung Ayhan sebagai ganti)


Bahan B
75g Tepung gandun unbleached
¼ sudu kecil Yis
35g Susu Full cream





Cara:
Bahan A, sekalikan tepung, yis dan puree. Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil uli. Kalau tak tahu  nak buat puree tu, blend je buah atau ubi pilihan. Kadang-kadang untuk bahan A ni I tak guna susu pun sebab puree dah ada air so boleh uli doh tanpa susu. Semua kena bergantung pada jenis puree juga jadi nak senang masukkan susu sedikit-sedikit bergantung pada tekstur doh okay. Pastikan tak melekat pada tangan.



Bahan B pun buat step sama. Kemudian I tutup dua-dua mangkuk bahan guna kain basah untuk tunggu dia kembang dalam 15 ke 30 minit. Bila dah kembang boleh roll nipis-nipis. I buat yang tak ada puree untuk lapisan bahan, yang Bahan A di bahagian atas. Pastikan doh dedua bahan tu melekat elok sebelum korang gulung. Dah gulung cantik-cantik boleh la potong ikut besar mana nak dan simpan dalam freezer untuk tahan lama. I biasa kukus dalam 15 minit. Nanti dia naik gebu macam pau. Sebelum kukus, lepas keluar dari freezer defrost dulu okay sebab I terus kukus masa beku tu dia naik tak cantik.



Mantou Baby Friendly

Sejak Kawalan Pergerakkan ni, semua media social I dah bertukar dari skincare/makeup ke resepi, makanan je hahaha. Blog pun sama! I rasa nak share semua resepi senang, simple, mudah yang I dah buat dekat blog ni. Senang I nak refer semula nanti bila dah tak ada idea nak masak apa, nak buat kudap-kudap apa. 



Kali ni I nak share resepi welcome-welcome ataupun jemput-jemput, cucur, apa-apa la yang korang panggil. Bahan pun senang je. Korang hanya perlukan tepung gandum, air, dan baking soda kalau ada. Kalau tak ada tak payah masukkan pun. Lepastu boleh la cari apa-apa bahan mentah seperti ikan bilis ke, nak letak jagung ke, nak masukkan bawang, atau apa-apa yang ada dekat dapur tu. I masukkan jagung sebab nak habiskan stok jagung dah lama ni.






Sukatan pulak I tak pernah sukat bila nak buat cucur. Masukkan je ikut sedap rasa hahaha. Agak-agak la tepung nak banyak mana ikut berapa banyak cucur korang nak. Air pun agak-agak batter korang tu nanti tak cair sangat tak pekat sangat. I ada baca tips nak bagi rangup sedap masukkan air sejuk so korang boleh cuba okay. I masukkan ais terus sebab tak ada air sejuk. 



Lepastu mana nak goreng, I buat senipis mungkin so bila dah garing nanti rangup je. Dah siap boleh cicah sos!






Senangnya Buat Cucur

Siapa yang tak basuh berus makeup dia angkat tangan? Jangan tak basuh tau brush makeup tu sebab senang sangat bakteria nak membiak dekat brush tu. Dah la kita guna berus tu pada kulit muka. Tak pasal-pasal senang je jerawat naik. Bila jerawat bertambah, makin naik la perbelanjaan nak jaga kulit.  Jadi kalau korang rajin makeup, rajin guna berus makeup, kena rajin juga cuci berus tu. 



I cuci berus bergantung juga pada kerajinan hahaha. I tak rajin sangat makeup jadi agak jarang guna brush makeup tu. Tapi paling penting at least tiga kali penggunaan I dah cuci brush tu. I nak kongsi macam mana I cuci brush makeup. Ikutkan kalau korang punya brush makeup banyak, memang patah pinggang la nak cuci satu-satu. I akan cuci mana yang dah guna je.








I cuma guna dua benda je untuk cuci brush, sabun pencuci dan benda yang ada permukaan kasar. Okay untuk sabun, I pernah guna macam-macam jenis. Sabun badan, pencuci muka, sabun buku. Sekarang I guna Sabun Nabulsi (boleh baca review I dekat sini : BERKUALITI ATAU TIDAK MINYAK ZAITUN YANG DIPILIH) sebab I suka sabun ni lembut dan melembapkan badan I bila guna jadi I rasa dia pun lembut je bila cuci brush makeup I. Tak kisah la guna apa-apa pencuci pun asalkan brush makeup tu boleh dicuci dengan bersih tanpa ada bekas foundation, eyeshadow lagi.



Kalau korang nak senang boleh beli Daiso Makeup Brush Cleaner yang famous tu. Harga pun RM5++ je kan jadi agak berbaloi la kalau nak beli sebab I baca review dia boleh tahan ramai yang suka. I tak pernah guna lagi sebab I banyak lagi sabun yang tak guna jadi habiskan stok yang ada dulu.



Permukaan yang kasar pula sebenarnya I guna bekas oreo percuma yang I dapat masa beli oreo hahahhaha. I serius tak ada brush egg ataupun alat pembersih yang betul-betul untuk brush tu. I cuma guna benda ni je sebab I rasa boleh la elok je bersih brush I tak ada yang rosak pun. Kalau korang nak jimat budget boleh la cari barang yang ada permukaan kasar sikit sebagai tempat nak cuci brush tu okay. Kalau ada budget boleh je beli brush egg dekat Daiso pun ada jual tak silap I.



Cara I cuci pula, basahkan sabun dan brush. Letak brush dekat sabun nak ambil buih sabun kemudian tonyoh dekat permukaan bekas oreo tu. Bukan tonyoh la, berus lembut-lembut bekas oreo tu. Tak boleh kasar-kasar nanti tercabut pulak bulu brush tu. Dah la I punya brush ni yang biasa je beli online jadi kena extra lembut. Lepas tu boleh bilas sampai bersih, pastikan memang tak ada sisa makeup lagi pada brush. 





Cara I jemur brush pula, bentang sapu tangan atas meja yang boleh kena angin kipas lepastu susun je brush tu elok-elok. Biar semalaman, esok dah kering. Setakat ni brush I masih elok dan masih boleh digunakan lagi. I memang plan nak beli brush baru yang ada jenama sikit nanti kongsi la dekat bahagian komen macam mana korang cuci brush dan brush apa yang best korang pernah pakai okay. I pun tak sabar nak beli brush baru walaupun tak rajin makeup.




Cara Jimat Cuci Brush Makeup

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.