Hello, hari keberapa dah Restriction Movement Order(RMO) ni? Don’t worry we can do this okay. Lagi berapa hari je kena tahan duduk rumah diam-diam, dari bulan puasa nanti, musim raya nanti langsung tak dapat keluar pergi mana-mana lebih baik la kita usaha duduk diam sekarang. Kalau korang duduk rumah bosan-bosan tak buat apa jum I kongsi resepi donut.






Boleh la makan donut petang-petang ataupun makan sambil tengok movie. Lagipun bahan dia senang je dan mungkin bahan ni semua ada dalam dapur korang. Donut ni sis @/aamirahazlann kongsi di Twitter dia sebab I memang follow dia lama dah. Korang boleh klik sini untuk baca full thread resepi tu di Twitter okay. I dah buat dan memang jadi donut gebu gebas dan sedap! Terliur lagi masa taip entry ni sebab donut dah habis :(





Bahan:
50ml susu
100ml air suam
1 telur
200g tepung roti
50g tepung biasa
4g garam
30g butter
1 paket yis



Untuk susu tu I guna susu full cream yang memang ada dalam peti. Kalau tak ada susu full cream tu boleh je guna susu apa-apa, susu cair, susu fresh milk, susu anak korang I tak sure boleh guna ke tak try la dulu. Kalau tak ada tepung roti, guna je semua tepung gandum. I guna tepung gandum dan jadi je donut dia. Yis memang ada stok dekat rumah sebab I selalu buat mantou Ayhan. Oh nanti I share resepi mantou Ayhan pula okay sebab sesuai untuk baby!



Cara:
Mula-mula letak yis dalam air suam. Tambah gula sekali dalam yis tu. Sekalikan tepung, butter, garam, telur dalam mangkuk yang sesuai untuk korang uli nanti. Letak campuran yis, gula, air tadi dan uli. Kemudian tambah susu sedikit demi sedikit. Uli sampai doh dah tak lekat.



Kalau doh melekat tambah tepung sikit-sikit sampai dah tak melekat. Dah siap uli, tutup mangkuk dengan kain basah. Tunggu la 30 minit ke macam tu sampai doh tu kembang. Dah kembang cantik boleh buat bentuk donut dan goreng! Dah siap goreng boleh la salut gula halus atau letak topping coklat ikut la nak makan macam mana okay.



Lagi satu I bahagikan bahan di atas kepada dua. Tak nak buat banyak sangat sebab deat rumah ada I dengan Aiman je. Kalau bahagi dua dapat la lapan biji donut besar hahaha. Try la nanti okay. Ini kali pertama I buat donut dan menjadi so I rasa resepi ni senang je kalau korang memang jenis tak reti nak buat apa-apa masakan susah. 




Donut Gebu Untuk Minum Petang

Hai. Korang patuh tak tu pada Perintah Kawalan Pergerakkan(PKP) yang dilaksanakan sekarang? Duduk rumah diam-diam okay jangan pergi mana-mana. Untuk kebaikan bersama jugak harap cepat la virus Covid-19 ni berlalu. Disebabkan PKP ni pelbagai jenis resepi lalu di Twitter dan Ig feed I, antaranya Coffee Dalgona yang I nak share dengan korang sekarang. Dah pernah cuba ke belum?





Sejak I jumpa resepi Dalgona Coffee, memang kerap sangat I buat. Kalau bangun awal pagi dan banyak masa terluang confirm I tanya Aiman ‘nak Dalgona Coffee tak?’.



I tengok ramai jugak yang dah cuba beberapa kali buat Dalgona Coffee ni tapi tak jadi kembang atau tak terapung bila letak dalam susu. Kenapa? I cuba bagi tips yang I jumpa dan try kenapa tak jadi okay. Kita tengok bahan yang diperlukan dahulu.



Bahan:
Nescafe
Gula
Air suam
Susu (Full cream, Fresh milk, any susu la)



Nescafe tu jangan guna yang instant 3 in 1 atau yang dah ada campuran apa-apa. Kalau boleh beli yang basic coffee kosong je. I guna jenama Indocafe je. Tak guna Nescafe pun. Gula pula kalau guna gula halus lagi senang dia cair masa letak air suam so tak rasa sangat ada gula berketul masa letak dalam susu nanti.



Cara:
Letak dua sudu Nescafe, dua sudu gula, dan dua sudu ke tiga sudu air suam. Air suam tu agak-agak untuk basahkan Nescafe dan gula lebih sikit macam tu. Jangan banyak sangat letak air okay nanti tak jadi sangat. I suka lebihkan gula sebab I suka manis. Jadi memang kena ikut taste masing-masing nak Nescafe dan gula banyak mana. Kalau nak rasa lebih coffee lebihkan la Nescafe tu.



Lepas dah letak ketiga-tiga bahan dalam mangkuk, boleh la mix guna apa yang ada dirumah. I pernah mix sampai kembang guna sudu/garfu dan mixer kek tu. Dedua okay je menjadi. I tengok ada juga yang goncang bahan-bahan ni dalam botol sampai kembang. Guna je apa yang ada di rumah tapi kalau guna sudu/garfu tu memang lenguh la tangan. Nak cepat siap guna mixer tapi tak semua orang ada mixer.



Bila dah kembang cantik boleh la letak ais dalam cawan, tuang susu kegemaran korang dan letak bahan yang dah dipukul tadi dalam cawan. Dah siap! Boleh la minum sambil tengok movie. I nak bagi peringatan sikit, kalau korang bukan selalu minum coffee atau minum kopi akan jadi berpeluh la, shaking la, better elakkan buat resepi kopi ni okay sebab risau ada effect lain pula sebab boleh tahan banyak kopi dan gula digunakan. Kalau boleh minum pun buat sekali sekala je okay. Lebih baik lebihkan minum air kosong musim banyak penyakit ni.



Semoga cepat la Covid-19 ni hilang dari muka bumi ni ya Allah.





Cara buat Dalgona Coffee Confirm Jadi

Sebelum ni I ada kongsi pelbagai versi skincare routine I dekat blog, kali ni I kongsi pula secara video di IGTV I. Kalau korang nak tengok cara I apply skincare sebelum makeup boleh la singgah Instagram I @/shesyeeraa atau tekan je LINK NI untuk tengok IGTV tersebut. Sambil tu follow la sekali. Insya Allah next video I share skincare I sebelum tidur pula dan skincare masa malas. Plan tu dah ada nak shoot video entah bila hahahah jadi stay tune!



Korang boleh juga baca review produk-produk yang I guna dalam video tersebut dalam blog I sebab semua I dah buat review. Guna je Search Box dekat sebelah ni untuk cari okay.





Skincare Routine Before Makeup





Jom hilangkan rasa bosan sepanjang tempoh #dudukrumah dengan peluang memenangi RM500 untuk 6 bulan dari SofeaRose ni! Fuh, macam keluarkan duit KWSP dah, dapat RM500 untuk 6 bulan berturut-turut, RM3,000 kalau dijumlahkan! 



Jenama hijab dan pakaian muslimah trendy, SofeaRose sememangnya sudah tidak asing dalam kalangan si pecinta fesyen. Tidak pernah culas mengambil berat tentang perkembangan kaum wanita khususnya, SofeaRose sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat semua peminat-peminatnya dan sebab itu, hari ini mereka ingin berkongsikan RM3,000 ini bersama anda. Macam-macam boleh kita beli dengan RM3,000 kan?



Dengar je cerita pasal menang wang tunai ni dah membuatkan bibir anda mengukir senyuman kan? Hehe. Menerusi program #duitrayaSofeaRose, SofeaRose ingin mencari seorang pemenang untuk menerima duit raya sebanyak RM500 selama 6 bulan, ya RM3,000! 



Caranya mudah, anda hanya perlu membuat pembelian minima sebanyak RM109 melalui :

1) Website www.sofearose.com ;
2) Facebook @sofearose ; 
3) Instagram @sofearose_hq ;
4) Agent / Dropship SofeaRose yang berdaftar



Yang bestnya, anda akan mendapat dua penyertaan kalau anda menjadi pembeli terawal. Dua penyertaan bermaksud dua kali ganda peluang untuk menang RM3,000! Wow!



Untuk menunjukkan ketelusan kepada pemenang, pemenang akan dipilih secara LIVE di Facebook & Instagram mereka. RM500 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda setiap 5hb selama enam bulan berturut-turut. 



Bagi yang baru mendengar jenama SofeaRose ini, mereka mula mencipta nama pada 2014 dan aktif dengan gaya Art To Wear yang digayakan di pentas antarabangsa seperti London pada 2016 dan Madrid pada 2017. Setelah itu, empayar SofeaRose terus melebar dengan terpatrinya SofeaRose x Erra Fazira melalui pelancaran The Primadona series. Tahun ini, sekali lagi SofeaRose mencipta nama di dalam pentas seni menerusi SofeaRose x Diana Danielle Grandeur Raya 2020 dengan menampilkan 40 pilihan koleksi raya bergaya mewah namun pada harga mampu milik kerana, bagi Sofearose hanya satu, Kemewahan Milik Semua. 





















Baru-baru ini SofeaRose terkesan dengan cerita keluarga yang kurang berkemampuan kerana pandemic COVID19 ini dan lantas melancarkan Tabung COVID19 SofeaRose dengan menggunakan 5% hasil jualan kepada keluarga yang kurang bernasib baik. Tambahan lagi, SofeaRose juga membubarkan yuran pendaftaran sebagai dropship untuk membantu mereka yang terkesan dari Covid19 untuk mencari pendapatan sampingan.



Jom kita sama-sama support jenama SofeaRose, boleh menang wang tunai RM3,000 sambil bersedekah kepada mereka yang memerlukan DAN paling penting, dapat produk yang best sangat sangat! 









Nak lagi best? Gunakan COUPON CODE : AIRAH10 ini semasa membuat pembelian di website untuk mendapat discount sebanyak 10% untuk baju raya. Coupon code khas untuk pembaca di blog (www.airahsyahirah.com) .Okay, sampai sini sahaja. Assalamualaikum!




WOW, MENANG RM3,000 DUIT RAYA BERSAMA SOFEAROSE!

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.