Tempat Menarik di Port Dickson

Tempat Menarik di Port Dickson? Macam biasa sebelum plan nak pergi mana-mana I akan research dulu tempat mana best nak jalan-jalan. I memang rajin bab nak jalan-jalan ni siap buat notes, plan nak pakai baju apa, plan nak tangkap gambar dekat mana hahaha. Jadi bila dah survey tempat yang sesuai, ada la beberapa tempat yang sesuai nak bawa baby 10 bulan ni. Disebabkan bawa baby kan jadi tempat nak jalan-jalan, melawat kawasan agak terhad. 



Masjid Seri Sendayan
Kalau jalan-jalan berdua dengan Aiman memang panjang langkah kiteorang tapi sebab bawa baby semua benda kena ambil kisah. Baby meragam kita juga susah nak jalan kan. Jadi destinasi pertama yang korang boleh singgah adalah Masjid Sri Sedayan. Masjid ni terletak lebih kurang 3 minit dengan Grand Lexis tempat I menginap. Kenapa I berminat nak datang masjid ni sebab masjid ni cantik sangat! I tengok gambar orang-orang yang singgah sini, kemain photoshoot. 


Image result for masjid seri sendayan
(Photo credit: Tekan image)

Tapi sayang sebab I tak sempat singgah. Mampu masukkan dalam list tempat nak datang je. Next time mungkin. Kalau korang lalu kawasan dekat dengan masjid tu singgah la okay tengok masjid cantik sambil tu boleh la solat mengimarahkan masjid. 



Pantai Teluk Kemang
Pantai Teluk Kemang ni memang famous kalau korang datang Port Dickson. Rata-rata blog yang I baca semua suruh datang sini. I sempat datang dan memang meriah la banyak aktiviti mandi pantai, main jetski, main banana boat dan lain-lain. Kedai makan dan kedai jual cenderamata pun banyak disini. I singgah tangkap gambar dan tengok pemandangan je.








Pantai Tanjung Gemok
Ini lagi satu pantai yang dekat dengan Grand Lexis, Pantai Tanjung Gemok. I suka pergi pantai jadi memang list pantai lebih sikit. Pantai ni pun cantik juga kalau nak tangkap gambar. Masa I lalu dekat kawasan pantai tu ada orang tengah memancing dekat tebing kawasan pantai tu. 


Image result for pantai tanjung gemok
(Photo credit: Tekan image)

Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang 
I memang nak bawa Ayhan pergi Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang ni sebab dia dah pandai tengok warna-warna, cahaya, lampu kelip-kelip semua jadi seronok la kot kalau dapat tengok ikan pelbagai jenis dalam akuarium ada lampu sekali. Tapi sini pun I tak sempat nak pergi hahaha. Trip kali ni rasa tak cukup masa betul. Nanti ada rezeki I nak pergi lagi bila Ayhan dah besar sikit dan boleh jalan.


Image result for pusat ikan hiasan teluk kemang
(Photo credit: Tekan image)



PD Waterfront
Destinasi terakhir dalam list I, PD Waterfront. Tak silap I ada terbaca PD Waterfront ni ada sebahagian juga masih dalam pembinaan. I tak sempat pergi, cuma tengok dari dalam kereta je jadi tak pasti sangat apa yang ada. Kalau nak cari fast food seperti KFC dan Mcd atau Starbuck ada dekat sini. Tempat dia pun cantik dari gambar-gambar yang dikongsi di blog orang lain. Boleh la singgah jalan-jalan dekat sini lepak tengok apa yang ada.


Image result for pd waterfront
(Photo credit: Tekan image)


Kalau korang pernah pergi Port Dickson atau Negeri Sembilan boleh la kongsi dengan I mana best nak jalan-jalan dan makan-makan sebab kemungkinan bulan raya nanti boleh la I singgah lagi weeeeee.





Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.