Mirepoix Untuk Baby

Hello. Harini I nak kongsi resepi bahan perasa untuk baby lagi. Haritu I ada share Chicken Feet Stock versi satu dan dua. Boleh la tengok kalau nak cuba okay. Kali ni I nak share resepi mirepoix pula. Bagi yang baru pertama kali dengar, Mirepoix ni adalah aromatic vegetable. Sayuran yang digunakan nak bagi aroma masa masak makanan baby. Bila aroma sedap, lagi terbuka la selera kan?



Mirepoix ni campuran tiga jenis sayur. Onion, celery dan carrot. Resepi yang I nak kongsi ni adalah red mirepoix.






Bahan :
Bawang holand
Saderi
Carrot
Ukuran pula dengan nisbah 2:1:1 Dua tu untuk bawang yang digunakan.



Cara:
Potong kasar je bahan-bahan di atas. Lepastu I tumis dengan minyak biasa sampai perang sikit. Kemudian boleh la blend dan letak dalam bekas kecil-kecil. Bekukan. Bila nak masak tumis je benda ni.

Tumis



Blend


Bekukan


Haritu pertama kali I guna masa masak nasi jagung untuk Ayhan. I masukkan sekali CFS memang sedappp. Tumis mirepoix ni dengan unsalted butter, semerbak bau dia wangi. Dah siap masak pun makanan wangi. Sedap je Ayhan makan. Mummy daddy boleh la cuba nanti okay.





Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.