Famous Cendol PD Dan Avocado Choc Melaka

Assalamualaikum,


Entry lepas I ada kongsi pengalaman menginap di Grand Lexis Port Dickson. Boleh baca entry lepas okay. Kali ni I nak kongsi makanan yang sempat I rasa semalam di Port Dickson Negeri Sembilan ni. Ikutkan banyak je senarai makanan yang menarik, sedap, viral korang boleh cuba di PD tapi I tak sempat nak cuba semua. I banyak duduk hotel mandi pool je hahaha.



Lepas check in hotel, I ajak Aiman keluar makan sebab ikutkan malam malas keluar dah. Nak lepak bilik je jadi destinasi kiteorang, PD Famous Cendol Coconut Shake Power RM2. Kemain panjang nama hahaha. Kedai dia terletak di Kampung Teluk Kemang. I waze je senang. Kedai ni boleh tahan famous jugak sebab I tengok kalau ada yang pergi PD confirm sini. Kedai dia pun boleh tahan luas. Ada beberapa kiosk kecil dalam tu jual pelbagai jenis makanan antaranya ada yang jual nasi goreng, air mangga, pisang goreng.












Mula-mula I order cendol je. Aiman punya yang biasa dan I punya yang ada ice cream atas dia. Cendol dia memang sedap. Cendol hijau tu lembut je, manis pun cukup. Bagi I sedap la. Walaupun I teringin cendol Jonker88 hahaha dapat yang ni pun jadi la. Nak pergi Jonker88 tu macam rimas sangat nak bawak Ayhan baby kecil ni. Lepastu macam lapar tengok ada Nasi Kambing Blackpepper macam sedap je tengok gambar so order la satu. 


Nasi Daging Salai Lemak




Nasi Kambing Blackpepper



I rasa nasi kambing tu biasa je. Okay la perapan kambing blackpepper dia sedap la juga cuma hidangan tu tak panas pun. Rasa sejuk biasa je jadi macam tak best. Aiman makan pun macam tak sedap sangat bagi dia. I punya makanan pula order Nasi Lemak Daging Salai. Serius Daging Salai Masak Lemak dia sedap gila kalau datang sini sila la order. Pedas dia cukup, berpeluh makan, rasa masak lemak pun sedap berlemak, daging lembut! Sedap makan dengan nasi panas. Terliur I rasa nak singgah Negeri Sembilan makan daging salai masak lemak.



Masa I pregnant Ayhan, I mengidam Daging Salai Masak Lemak tau. Tiga empat kali jugak la makan dekat Anjung Selatan Bandar Baru Uda. Masak Lemak Daging Salai dia pun boleh tahan sedap tapi PD punya lagi merecik la hahaha. Hari tu I macam terfikir patut la I mengidam Masak Lemak Daging Salai sebab bapak baby pun orang Negeri Sembilan hahaha. Lepastu Aiman order mangga float tak silap I. Rasa dia biasa je. Kalau beli yang Mangga Royale Sungai Putat tu tak silap I nama dia memang sedap gila. I dah rasa dua tiga kali.





Second day masa on the way nak balik pun Aiman offer kalau nak singgah Melaka beli makanan apa-apa. I pilih nak air Avocado Melaka sebab asyik teringat je sedap dia. Masa pergi pun tak ramai sangat sebab hari selasa. Order dua cup tapi dua-dua I punya. Aiman minum sikit je sebab dia tak minat tapi beli dua hahahhaha. Nikmat betul habiskan dua cup sorang-sorang.


Lunch kiteorang pulak lunch ringan je. Lunch Ayam Samurai Melaka Original. I dari tahun lepas teringin nak rasa ayam dia sebab macam sedap je tengok dekat facebook. Haritu masa pergi Melaka tak dapat rasa sebab kedai tutup. Kalini dah alang-alang sampai Melaka, singgah dulu kedai baru dia di Plaza Merdeka Banda Hilir. Nak cari kedai tu tak susah mana pun guna waze je cuma yang susah nak cari parking.



Baked potato




Kedai dia memang baru, tengok pun macam tak complete lagi hahaha I order Ayam Samurai yang ada 6pcs ayam dengan set air dan baked potato. Set ni murah je RM19.  Ada dua jenis sos, sos samurai dan cheese. Bagi I ayam dia memang sedap tapi bagi Aiman biasa je. Sos samurai dia sedap sangat rasa pedas manis. Ayam pun tak kecil macam ayam tak cukup vitamin.  Cuma tu la sebab kedai baru macam tak selesa sikit.


Masa I masuk kedai dia pun sunyi gila tak ada pasang tv or lagu krikkrik je hahaha lepas dah habis makan baru diaorang bukak tv. Lepastu panas jugak kipas macam tak ada angin dan aircond confirm la tak ada. Deko kedai pun macam tak ada sangat. Kalau korang singgah Melaka cuba la ayam diaorang, ada juga menu dengan nasi dan daging bakar. I tengok meja sebelah makan macam sedap. Baked potato pun sedap walaupun kecil tapi isi daging tak kedekut.



Boleh la datang so diaorang buat banyak sales dan boleh improve kedai hahaha. I rasa itu je kot makanan yang I sempat cuba masa pergi PD haritu dan singgah Melaka kejap.

Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.