Hai. Tahun baru ni salah satu azam I nak cuba lebih banyak skincare dan makeup. Jadi awal-awal bulan Januari haritu I dah cuba Ephyra Skin Care Series. Pantaskan I laksanakan azam I? hahaha. Dalam set tu ada tiga item, Ephyra Skin Bar, Ephyra Skin Nano dan Ephyra Skin Snow. I dah pakai lebih kurang dua minggu jadi I nak kongsi dengan korang kesan produk ni dengan kulit I.




LANGKAH 1 : Cuci muka dengan Ephyra Skin Bar
Ephyra Skin Bar merupakan sabun cuci muka yang diformulasikan 100% dari bahan semulajadi. Tak ada bahan kimia terlarang, selamat dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Kalau I tak pakai makeup atau sunscreen, I terus je guna sabun ni. Tapi kalau pakai makeup atau sunscreen, I akan remove dulu dedua tu sebelum guna sabun cuci muka. Pengalaman I guna dua jenis cara sama ada sabun cuci tu sebagai step pertama dalam skincare routine atau step kedua, dua-dua tak buat kulit I rasa kering atau tegang yang tak best tu.






Lepas cuci muka kulit rasa bersih, lembut dan licin. I rasa bila guna sabun cuci muka jenis bar macam ni lebih jimat sebab kita boleh adjust nak banyak mana untuk digunakan. Cara I gunakan sabun ni, ambil sabun dan letak air sikit untuk buihkan dia. Cuci muka guna buih lebih kurang 10-15 saat. Lepastu boleh bilas. Rasa segar dan berseri kulit lepastu. Bau sabun dia pun wangi je. Bau wangi yang lembut.



Antara kandungan Ephyra Skin Bar adalah Bearberry Alpha Arbutin yang terbukti berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit, membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintikbintik hitam. Rice Bran Oil pula mengurangkan tanda penuaan serta menyuburkan kulit. Carrot Extract membantu semula sel kulit, tona sekata, kulit lebih bersinar dan membantu memperbaiki tisu kulit.



LANGKAH 2 : Rawat muka dengan Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum
Produk kedua pula adalah Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum. I paling suka serum dia sebab cepat sangat meresap pada kulit. Tekstur dia macam gel yang bukan cair sangat tu. Bila dah letak pada kulit, lepastu ratakan pada seluruh wajah, tak ada rasa melekit pun. Rasa ringan macam tak pakai apa-apa tapi terasa serum tu melembapkan kulit. Kulit nampak lebih glow berseri dan lembap.




Cara I pakai serum ni, lepas cuci muka dengan Ephyra Skin Bar, tepuk-tepuk sikit bagi air lebihan cuci muka tadi kering sikit pada kulit, lepastu ratakan serum ni masa muka masih lembap lagi. Serum ni pun rasa sejuk je jadi kalau korang ada jerawat merah dimana-mana bahagian muka boleh sapu lebih pada bahagian tu. Rasa sejuk je kulit. 



Kalau nak tahu serum ni berteknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland sebab tu serum tak melekit dan mudah meresap dalam kulit. Kalau korang jenis tak suka skincare yang buat muka melekit memang sesuai cuba serum ni. Mengandungi Silanol + Hyaluronic Acid yang berfungi untuk melembapkan kulit, mengurangkan garis halus dan memperbaiki tekstur kulit yang rosak.



Antara bahan lain yang turut membantu ialah Arbutin Semulajadi yang diekstrak daripada buah berry dan sumber buah-buhan yang bertindak sebagai agen pencerah dan pemutih kulit yang natural dan selamat. Vitamin C pula mengandungi asid askorbik yang membantu membunuh bakteria dan mencerahkan kulit.



Botol serum ni best jugak jenis drop punya tu tapi kena tekan atas dia. Bukan jenis picit macam biasa.



LANGKAH 3 : Lembap & Cerahkan kulit wajah secara semulajadi dengan Ephyra Skin Snow Advance White Repair
Ephyra Skin Snow ni pula merupakan pelembap wajah bersifat water-based berteknologi Geno-White. Memberi dan mengekalkan kelembapan pada kulit wajah untuk jangka masa yang panjang. Sesuai untuk semua jenis kulit tau. I pakai pelembap ni lepas pakai serum. I suka tekstur dia sebab sama macam serum, cepat serap dan tak melekit. I rasa selesa je bila pakai dalam skincare routine tak kira waktu malam atau siang.




Pelembap ni berupaya melembapkan kulit dan memegang kelembapan air dalam kulit sehingga 12 jam. Kulit I dah tak ada dry spot dah. Kulit nampak lebih sihat sebab cukup lembap dan glow berseri.



Diformulasi daripada beberapa bahan semulajadi seperti Arbutin semulajadi yang berfungi melembutkan wajah dan menjadikan kulit lebih segar bermaya, mencerahkan wajah dan tona kulit lebih sekata. Vitamin C pula membantu mencerahkan kulit dengan efektif serta Vitamin E mengekalkan kelembapan kulit serta mencegah kulit kering. Bau pelembap ni sama macam bau sabun dia. Bau lembut yang wangi. I suka.







Masa I baru cuba ketiga-tiga produk ni I ada jerawat satu baru naik. Memang segar lagi jerawat tu. Pagi tu I buat skincare routine macam biasa guna ketiga-tiga produk ni tapi serum I sapu lebih sikit dekat jerawat tu. Malam pun sama skincare step yang sama. Pagi esoknya percaya ke tak jerawat tu dah kecut! I macam terkejut sebab cepatnya kecut. Dua tiga hari lepastu tinggal parut sikit-sikit je. Boleh refer gambar bukti dekat bawah ni. I happy gila sebab kulit I tak ada jerawat dah cuma kena hilangkan lagi sikit parut yang ada. Lepastu kulit rasa lembap dan lebih berseri.








Ephyra Skin Care Series ni mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tau jadi tak perlu risau masa nak guna. Produk Ephyra juga telah menjalani ujian makmal SGS yang merupakan ujian tambahan dan sokongan bertaraf antarabangsa. Ephyra juga telah mendapat Anugerah Super Health Brand untuk tahun 2016-2017 dan 2018-2019. I rasa Anugerah Super Health Brand ni memang dah diketahui umum, adalah anugerah The Asia Pacific Excellence Top Brand Recognition yang dianugerahkan berdasarkan kualiti produk, maklum balas daripada pengguna dan juga berdasarkan reputasi baik produk di pasaran.


My skin lepas buat skincare routine



Walaupun kulit I banyak lagi kena improve tapi lepas pakai skincare set Ephyra ni kulit I tak kering, tak berminyak berlebihan dan jerawat tak naik dah. Kalau kulit korang jenis berjerawat dan nak cari set kulit yang selamat boleh la cuba Ephyra Skin Care Series okay.



TESTIMONI PENGGUNA EPHYRA - #EPHYRALOVERS
Kalau korang nak tahu, Ephyra Skin Care Series ni memang mendapat tempat di hati penggunanya. Ni antara feedback yang mereka share sendiri kepada Ephyra.











Ephyra Skincare Series kini semakin mendapat tempat di hati pengguna tegar Ephyra. Jangan lupa
dapatkan set Ephyra Skincare Series dengan segera. Antara produk penjagaan wajah yang wajib bagi setiap wanita! Wajib try okay! ^_^



Untuk Maklumat Lanjut :
Instagram : @ephyra2u
Facebook : Ephyra Oceanlife2u
Website : www.ephyra2u.com
Hotline: 03-4141 7889



EPHYRA SKIN CARE SERIES | MY SKIN CARE ROUTINE FOR 2020

Kalau nak suruh I pilih tempat percutian, pilihan I mesti yang ada pantai dan laut. Tempat best nak relax, berehat dengan tenang. I tak pernah bosan pergi pantai. Kalau boleh semua pantai, pulau dalam Malaysia ni I nak pergi dan harap tahun 2020 ni lebih murah rezeki I kumpul duit nak berjalan hahaha. Hujung tahun lepas sempat la luangkan masa mandi manda di Teluk Batik, Perak.





Alang-alang dah balik Perak ni, pergi la tempat favourite hahaha. Bukan mandi mandi dekat Teluk Batik je, lajak sekali ke Lumut beli sotong kering, satay ikan, ikan kering semua. Kalau pergi Lumut confirm borong sotong kering yang jenis pedas dan original tu. Yang ada salutan gula. Favourite I dengan Aiman. Tapi susah sikit nak jumpa yang betul-betul sedap. Paling tak suka kalau rasa tepung lebih banyak dari rasa sotong. Hampeh je.



Kalau kedai favourite I lepas taman kanak-kanak dekat pekan Lumut. Depan sikit je belah kanan ada dua buah kedai besar. Selalu beli hasil makanan laut dekat situ je tapi kalini pergi yang betul-beyuk tengah pekan terasa sikit mahal harga dia.









Ini jugak pertama kali Ayhan pergi pantai. Umur Sembilan bulan baru merasa jejak kaki atas pasir pantai main ombak tepi pantai hahaha. I ada tengok video baby jalan atas pantai mesti rasa geli. Ayhan tak ada pun biasa je reaksi dia Cuma takut sikit la sebab pertama kali kan. Tak ada menangis pun. Ayhan Cuma basahkan kaki dia macam tu je. I tak mandikan terus dalam laut tu sebab risau kena gigit obor-obor ataupun macam-macam benda kotor la dalam laut tu hahaha Tunggu besar sikit baru mandi laut betul-betul.



Cuti sekolah memang ramai la yang pergi Teluk Batik ni. Salah satu tempat menarik yang korang boleh lawati bila datang Perak. Ada yang buat family day ramai-ramai pakai baju sama, boleh naik banana boat dan naik boat pusing-pusing pulau. Naik jet ski pun ada. Aktiviti kiteorang mandi-manda dan piknik je.







Last Vitamin Sea For 2019

Bulan 12 haritu, I balik Perak acah-acah Ayhan balik cuti sekolah la jugak hahaha cuti sekolah la sangat Ayhan tu umur pun baru 9 bulan. Tapi sebab dan empat bulan lebih kurang tak balik jadi masa cuti sekolah ni jela dah plan nak balik. Alang-alang adik-adik I ada dekat rumah diaorang pun cuti sekolah, cuti study week jadi ada la beberapa plan nak jalan-jalan.



Salah satu tempatnya adalah MAPS, Movie Animation Theme Park. I dah pergi sini dua kali, jadi yang ni masuk kali ke tiga. Actually balik Perak yang duluuuu ada plan nak datang sini tapi hari tak sesuai, masa tu diaorang tutup. Nasib baik musim cuti sekolah, diaorang bukak setiap hari. Kalau korang rancang nak datang MAPS ni check dulu waktu operasi diaorang di laman web okay.





I pergi weekdays tapi boleh tahan ramai juga la sebab cuti sekolah. Parking mencukupi je masa park tak ada la jauh sangat. Mula-mula I was-was juga sebab betul ke boleh masuk free je. Dulu masuk kena bayar, kena pakai gelang yang macam kertas tu. Ya betul sekarang masuk free je. Cuma kalau nak main kena bayar dalam rm9 tak silap I paling murah. Tapi I rasa berbaloi je RM9 kan kira murah la kalau nak main permainan dalam tu. Boleh baca entry I yang lepas masa melawat MAPS : MAPS Tarikan Terbaru di Perak | Movie Animation Park Studio Vol 2.



Kali ni I pergi dengan adik-adik. Masuk sebab nak tangkap gambar je. Tak main pun sebab I tak suka permainan yang scary dan mencabar macam tu. I penakut hahaha. Masuk je terus pergi dekat kaunter tiket dia. Nanti staff akan tanya nak beli kad tak untuk topup duit dalam tu, jadi kad tu digunakan untuk bayar masa main dan beli-beli dekat dalam. Sebab I dah plan tak ada nak main atau beli apa-apa. Kiteorang tak guna kad tu. Kalau topup duit dalam kad tu then ada balance nanti diaorang akan pulangkan. Jadi kalau beli pun tak rugi kalau tak guna.












Kiteorang masuk dalam tu memang bergambar je la. Banyak port bergambar kan. Pertama kali juga bawak Ayhan so banyak la gambarnya. Kalau bawa kanak-kanak kena prepare lebih sikit la, bawakkan topi sebab panas ada kawasan yang tak ada bumbung, kena sediakan air dan kawasan tu luas jadi kalau tak larat dukung kena bawak stroller. I pakai carrier je. Kalau tak bawa pun tak apa dalam tu boleh sewa stroller, basikal macam-macam ada.



Kiteorang jalan dekat dalam tu lama jugak la walaupun dah pernah pergi sebab ada bahagian yang baru bukak yang I tak sempat explore lagi dulu. Itu pun Ayhan dah merengek tak selesa sebab panas. I dengan Aiman pun dah rimas berpeluh hahaha. Kiteorang kalau bab berpeluh ni memang cepat rimas. Dah settle tengok semua benda cepat-cepat keluar nak pergi mall ambil aircond hahaha. Kalau korang melawat Perak boleh la masukkan MAPS dalam list tempat yang korang nak lawati okay. MAPS ni dekat dengan Mydin Mall Meru Raya Ipoh, kena lalu Bulatan Amanjaya. I waze je senang.














Masuk MAPS Percuma

Pemilihan mandian yang sesuai untuk baby sangat penting. Disebabkan Ayhan baby pertama I jadi mummy sangat la cerewet sebab tak ada pengalaman kalau boleh nak beli produk yang tak akan sebabkan apa-apa kemudaratan pada baby. Jadi I buat keputusan untuk mencuba Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash. I nak kongsikan kenapa I percaya bila 10/10 ibu di luar sana bersetuju Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash membersih secara melembut dan melembapkan kulit baby.




Kulit Ayhan lebih kurang sama dengan kulit I. Jenis sensitif bila kena panas. Bukan je naik ruam bila panas, bila aktif pun sama. Sekarang Ayhan dah lapan bulan memang aktif sangat. Puas dia nak merangkak dan berdiri meneroka setiap penjuru rumah. Bila peluh mula la Ayhan pun rasa tak selesa. I risau jugak dengan tahap kebersihan rumah sebab walaupun I sentiasa pastikan rumah bersih tapi masih ada kotoran yang tak nampak. Kadang-kadang masih ada habuk melekat dekat tangan dia bila merangkak dan boleh buatkan kulit dia merah sebab gatal sensitif.



Bila kulit Ayhan sensitif masa ni la Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash jadi penyelamat. Setiap kali mandi I akan sabun badan dia guna Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash. Penting bagi I untuk pilih mandian yang mempunyai 0% paraben sebab paraben berkemungkinan menyebabkan iritasi kulit dan allergic jadi pilihan I menggunakan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash memang tepat sebab mandian ni tak ada paraben. Bila mandikan Ayhan bau mandian ni pun segar dan wangi je.




I perasan kulit Ayhan memang lembut sangat lepas mandi. Biasanya Ayhan suka mandi lama-lama dalam tub biru dia tu. Biasanya kalau lama sangat mandi kulit akan rasa kering tapi dengan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash kulit Ayhan rasa lembap je sebab tanpa sabun. I pun rajin nak teman dia mandi lama-lama sikit bila I free jadi seronok la dia waktu mandi. Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash mengandungi aloe vera dan almond oil yang semestinya berfungsi untuk melembapkan kulit baby.
 


I pun tak perlu risau sebab Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ni soap free and tear free I rasa selamat untuk digunakan pada baby. Jadi kulit baby nampak sihat dan bersih. Sebagai Ibu, semua benda mengenai anak kita akan ambil berat. Bila Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash merupakan produk recommended by pediatrician, I percaya mandian ni sesuai untuk kulit Ayhan. Bila lepas mandi nampak Ayhan lebih segar dan bau dia pun bersih je. Pernah tau tak bau bersih macam mana?







Kalau anak korang mempunyai kulit sensitif jangan risau sebab Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash hypoallergenic. Ia mempunyai potensi yang rendah untuk menyebabkan allergic pada kulit. Jenama Cetaphil pun dah lama dalam pasaran dan menjadi pilihan ibu bapa diluar sana termasuk I.


Shopee
http://bdj.bz/CETBabyShopee

Lazada
http://bdj.bz/CETBabyLaz

Website
https://www.cetaphil.com.my/products/baby

Facebook
https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia/

Instagram
https://www.instagram.com/cetaphilmy/

Setuju atau tak Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash sesuai untuk baby?

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.