Persiapan pantang – Toiletries

Untuk entry kali ni bukan khusus barang mandian apa yang I guna masa dalam pantang tapi barang mandian yang I gunakan masa di hospital. I bersalin hospital kerajaan jadi memang tak ada la hospital sediakan barang mandian macam hospital swasta tu. Kalau korang pun rancang nak bersalin hospital kerajaan mungkin boleh sediakan peralatan mandian di bawah ni.





Sabun badan. Lepas bersalin confirm badan korang akan rasa melekit dengan darah tengah keluar, darah tak cuci habis, berpeluh bertarung nyawa tadi. Jadi pastikan sabun mandian dah ready dalam beg toiletries. I beli travel kit punya mandian tu. Kecil je jadi senang nak simpan dalam beg. Lagipun bukan lama duduk hospital kan. Mandi pun kadang tu asal boleh je sebab risau tinggalkan baby sorang-sorang.



Dry shampoo. Dry shampoo ni membantu sangat sebab lepas bersalin memang tak ada masa nak syampu rambut lama-lama tapi kalau I memang rimas gila rasa sebab sebelum bersalin tu I dah masuk hospital dua hari, I ingat hari kedua tu boleh la balik sebab baby macam tak nak keluar lagi tapi rupanyaaa….. Boleh baca cerita seterusnya di entry SINI (Kronologi Bersalin Anak Pertama). Jadi memang kulit kepala rasa tak selesa sebab dah lama tak syampu. Lepas bersalin, lepas mandi tu terus spray dry syampu lepastu sikat rambut elok-elok dan sanggul elok-elok.


Dry shampoo, sabun, sikat



Dry syampu ni bagi I membantu la buat kulit kepala kurang berminyak. Lepas balik rumah boleh syampu dengan syampu biasa dengan gembira sebab sumpah tak selesa mandi dekat toilet hospital hahaha.



Berus gigi dan ubat gigi. Kalau nak mulut bau wangi masa cakap dengan nurse dan doctor ready kan la dua benda ni. Kadang kita serabut-serabut dekat hospital tu sampai lupa nak bawa semua benda. Disebabkan I tak pernah masuk hospital lepastu kena berdikari jaga baby sorang-sorang untuk pertama kali dan kena tahan sakit lagi memang serabut. Pastikan sedia semua benda awal-awal.


Ubat gigi, berus gigi, pencuci muka



Pencuci muka. Pencuci muka pun I bawa yang travel punya. Kecil dan menyenangkan. Beg toiletries I pun tak ada la nampak penuh sangat kalau bawa benda kecil-kecil je. Tak perlu bawa full skincare sebab memang tak ada masa nak buat skincare routine dalam hospital tu. Asalkan dah cuci muka elok-elok kira okay la tu. Mungkin sebab hormone lepas bersalin, muka I tak ada pun naik jerawat walaupun hanya cuci muka je. Dalam pantang pun tak ada masa sangat nak buat skincare routine.


Itu je kot toiletries yang I bawa masa ke hospital. Benda yang asas je sebab memang tak ada masa. Masa banyak dekat baby je. I memang ada bag toiletries khas yang kalis air so bila mandi air terpercik tak ada la beg tu basah. Masa nak pergi mandi juga I akan letak disposable panties siap dan pad siap-siap dalam beg tu. Boleh baca review disposable panties sebab membantu sangat bila I dalam tempoh pantang ni.




Beg toiletries 

Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.