Persediaan Ayhan makan solid food

Lamanya dah tak menaip sejak laptop tak bernyawa haritu. Sekarang dah hidup semula boleh la sambung update blog. Ini pun kena selit-selit sikit dengan urusan seharian. Banyak juga entry yang tak sempat macam-macam benda nak share dekat blog kesayangan ni. Salah satu bendanya adalah I excited survey dan shopping barang untuk Ayhan mula makan enam bulan nanti.



Mak mana yang tak excited kan. Lagi-Lagi anak pertama, kalau boleh tu semua benda I nak beli. Buat masa ni I baru buat list barang dan persiapan apa je yang I kena sediakan untuk Ayhan makan. Terutamanya set pinggan dia. Haritu masa dalam pantang ada la sedara bagi set mangkuk yang sekali dengan mashed punya tu kan. Senang nak mash buah buat puree untuk Ayhan. Set mangkuk dengan sudu pun ada juga orang bagi hamper termasuk mangkuk tu. Tapi boleh pulak balik Perak haritu I lupa nak ambil. Jadinya kena la beli set pinggan mangkuk lain hihihhi


Set mangkuk senang lenyek buah


Memang ambil kesempatan beli pinggan lain sebab pinggan mangkuk baby di shopee comel sangat. Banyak yang cantik-cantik geram tengok. Kalau boleh semua nak masuk cart. Tapi I rasa I beli dua je kot sebab buat apa banyak-banyak, nafsu je semua tu…….



Selain pinggan semua tu, I ada survey juga sudu jenis silicone. I rasa sudu jenis silicone lebih lembut dan sesuai nak suap baby yang baru nak makan ni. Ini apa yang I rasa je tau sebab I kan tak ada pengalaman jadi next time I share pengalaman okay.


Silicone spoon



Bowl



Botol air pun kena beli juga sebab bila dah boleh makan mesti la boleh minum air kosong. I survey botol air lama gila, sebulan agaknya. Macam-macam pengalaman mummy-mummy I baca. Botol pula ada macam-macam jenis. Ada baby yang pandai guna straw so boleh la beli botol ada straw, ada jenis sippy cup dan ada juga mummy yang bagi baby minum air kosong guna botol susu je. Sebab tu la I survey lama gila dan nanti I share botol jenis apa I beli.



Untuk penyediaan makanan pula, ada yang beli hand blender, steamer, slow cooker, food processor dan macam-macam lagi la. Rambang mata I tengok semua benda ni. Rasa nak beli semua tapi fikir budget dan barang yang dah ada di rumah tak payah la ikut nafsu hahaha. Jadi I plan nak beli hand mixer je. Steamer memang dah ada dekat rumah ni dan memang I masak nasi guna steamer jadi boleh la selit guna untuk makanan Ayhan. Hand mixer tu kena beli la senang nak haluskan makanan Ayhan.


I tengok ramai juga guna hand blender Philips ni



Baby chair pun I plan nak beli nanti di Ikea je. Tak tahu bila Aiman free nak pergi Ikea. Haritu dah survey tapi tak sempat beli. Fruit feeder pun I rasa salah satu benda penting yang mummy2 boleh beli untuk baby. Senang nak suap baby makan buah. Dia boleh pegang sendiri fruit feeder tu. Harga pun murah je. I pun kebanyakkan survey dekat shopee sebab lagi murah dan boleh banding harga.



Barang-barang biasa seperti baby bib, food container, tray cube semua tu boleh la plan kalau nak beli. I rasa nak survey dekat Mr Diy je ataupun Daiso. I plan juga nak beli periuk kecil untuk makanan Ayhan dan measurement spoon. Boleh kata list barang nak beli untuk persediaan Ayhan makan solid food enam bulan ni memang panjang la hahahhaha. Kalau kaya memang best la boleh beli semua sekaligus. Kalau tak cukup budget I rasa lebih sesuai beli satu-satu barang sebulan sekali macam tu tak ada la terasa sangat duit keluar macam air.



Lagipun ada juga barang yang I mention di atas tak penting sangat pun guna apa yang ada di rumah pun boleh tapi kalau boleh beli apa salahnya kan. Mummy-mummy ada tips atau nasihat tak nak bagi dekat I yang baru pertama kali nak bagi baby makan ni share please.



17 comments

  1. Yeayyy Ayhan dah boleh mamammmm!

    ReplyDelete
  2. Alahai comelnya semua tools baby food ni. Teringat time Dahlia mula nak makan solid food dulu yaya start bagi dia epal merah hee seronok tengok dia makan. Memang excited bila anak nak start makan ni kan

    ReplyDelete
  3. Alahai si comel dah strt nak makan. Seronok bile tengok ibu2 update pasal makanan solid food untuk baby. Dah macam ad simptom2 nk jadi ayah plak. hehehe

    ReplyDelete
  4. agak mencabar ya jadi parents nie. banyak benda kena belajar especially bila dah ada anak kecik. tambah2 baru first time jadi parents, mesti banyak ebnda nk kena belajar

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian. seronok tengok budak kecil berkembang dan membesar dengan baik. tak sabar pulak nak ada anak sendiri ;)

    ReplyDelete
  6. Alahai teringat zaman sediakan makanan lembut, puree untuk anak. Skrg dah besar dah makan sama macam mummy je. Hehe Dulu I pakai Autumz Baby Food Processor tu sbb senang nak steam & blend terus. Masa tu busy kerja so semua nak senang. Hahaha. And mummy jangan lupa 4 days rule tau.

    Kalau sudi baca ni post masa anak 1st nak start makan:
    https://juliamahir.blogspot.com/2015/05/balqis-first-solid-food.html

    And review Autumz Food processor
    https://juliamahir.blogspot.com/2018/08/baby-puree-autumz-food-processor.html

    All the best mummy!

    ReplyDelete
  7. teringat exprience i masa anak i baru nak makan solid food dulu. rindunya zaman tu, now da ada pelbagai gajet dah ek memudahkan golongan mak mak mcm kita

    ReplyDelete
  8. Wah. Bersedialah utk tahi dia bertukar colour haha. Senang sikit anak bila dh belajar makan solid food ni.nanti boleh ikut kita makan sekali

    ReplyDelete
  9. Seronok tgk anak anak kecil membesar. Waktu ni memori dgn mereka, sangat bernilai suatu Hari nanti

    ReplyDelete
  10. Hehe mmg seronok tgk mommy2 excited nak bg baby makan solid food. Yang baca pun teruja

    ReplyDelete
  11. Hard blender tu mcm best je.. teringin nak beli.. i tak kawin lagi tapi boleh lah nak buat smoothie sndiri ke kan

    ReplyDelete
  12. Good ya baby start to eat solid food means growing ho d!

    ReplyDelete
  13. wah comel2nye. kita pulak geram tengok ni. banak betul nak kena ready ya. semoga dia mmbesar dengan baik.

    ReplyDelete
  14. Sedap plak tengok puri dragon fruit tu.. Bagus adanya peralatan yang selamat untuk baby. Bab makan ni bagi jer apa yang dia suka, pastu tukar-tukar menu supaya tak jemu. Happy enjoy!

    ReplyDelete
  15. This is so cute! Tapi my daughter sudah 2 tahun dah! But in future if I have kids again, I will consider~ thanks for sharing!

    ReplyDelete
  16. masa Amzar dulu mek ready juga dengan makanan tapi tidak lah beli sudu dan bekas untuk dia makan. tapi usaha murni awak sebagai seorang ibu sepatutnya diberi pujian sebab nakkan yang terbaik untuk anak anak.

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah mesti tak sabar nak makan dah si kecik tu kan. saya start dgn bubur nasi terus. tapi bubur kosonglah

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.