Mee Sotong Hameed Pata

Entry ni dah lama sangat peram masa I hantar adik I masuk sem dekat Penang haritu. Kalau sesuai dengan jadual I dan Aiman memang kalau ada kesempatan nak je hantar adik I tiap kali dia masuk sem baru sebab sambil tu boleh jalan-jalan Penang. Dedua tak cukup study tiga tahun dekat Penang dah jelajah satu Penang tu tak puas lagi hahaha. 



Tapi kali ni tak ada la pergi tempat special pun cuma nak puaskan craving Mee Sotong Hameed Pata. Aiman memang dah lama sangat nak makan mee sotong dia. Last kiteorang datang masa I konvo kot. Tapi tutup. Kali ni awal-awal dah whatsapp kedai Mee Sotong Hameed Pata ni tanya bukak ke tak sebab hari yang kiteorang nak pergi ni cuti umum. Nasib baik bukak kalau tak mengidam lagi la.





Kiteorang pernah makan sekali je mee sotong dia memang sedap dan pedas yang tahap boleh terima lagi. Jadi hantar adik I dan barang-barang dia dulu, lepastu semua pergi makan mee sotong. Harga untuk mee sotong ni ada size tak silap I. Disebabkan Aiman yang bayar, I tak ingat berapa harga dia tapi range harga dari RM5 hingga RM7. Order tiga mee goreng dan satu mee rebus. Air order coconut shake.



Hantar Ayang dekat UITM dulu








Kalau tanya I, I suka je makan mee goreng dia. Sedap, berperisa, sotong boleh rasa. I tak suka beli menu yang ada sotong tapi sotong pun tak nampak hahaha. Kalau pergi Penang lagi memang I akan masukkan Hameed  Pata Special Mee Sotong ni dalam list. Kalau tengok list Penang food I memang banyak tak sabar tunggu next trip ke Penang yang tak rancang lagi tu hahaha.



Kalau korang nak cuba juga mee sotong ni, kedai dia terletak di foodcourt Esplanade. Masa I sampai memang beratur panjang. Dekat sebelah foodcourt ni ada padang ramai orang lepak, main buih, main basikal semua tu.





Mee Sotong Hameed Pata 
5, Explanade park, Lebuh Light, Georgetown, 10300 George Town, Penang


Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.