L'Occitane Recycling Programme

Pernah tak terfikir berapa banyak produk plastik yang kita dah guna? Itu baru sebuah rumah punya produk plastik. Dalam Malaysia ni ada berapa juta buah rumah kan. Itu baru Malaysia…… Dekat media social haritu kecoh pasal straw yang boleh cederakan penyu. Itu baru straw plastik yang kecil. Belum kira barang-barang lain lagi. Memang banyak keburukkan dari kebaikkan. I pun sebagai salah seorang yang menguruskan hal rumah, I cuba sedaya upaya juga meminimumkan penggunaan plastik.



Kalau tak dapat buat banyak pun buat sikit jadi la. Dari tak ada langsung. Tapi lebih baik cuba sedaya upaya. Salah satunya I dah rajin sangat bawa recycle bag bila beli groceries. Haritu masa tengah scroll Twitter, I jumpa tweet orang kumpul empties seperti skincare, body care, perfume punya botol dan hantar ke L'Occitane.



L'Occitane ni adalah jenama antarabangsa untuk skincare, body care, perfume dan pelbagai lagi. I banyak gila wishlist nak beli di L'Occitane ni tapi harga dia mahal…… Jadi kita simpan je dulu angan-angan itu. Jadi sekarang L'Occitane ada program kitar semula yang diberi nama BIG LITTLE THINGS. Korang boleh baca lebih lanjut di sini okay.






Jadi apa yang menariknya, korang cuma perlu bawa je botol skincare yang kosong seperti pencuci muka, scrub, body care seperti botol losyen, botol body wash, botol perfume, deodorant dan macam-macam lagi yang korang boleh tengok di laman web L'Occitane. Tak kira jenama apa, L'Occitane akan terima dan akan ditukar dengan trial/travel size produk L'Occitane sendiri. Bagi I memang best. Masa ni la nak simpan semua botol plastik tak guna tu, kumpul banyak-banyak dan pergi tukar dengan produk L'Occitane.



Tapi ada syarat dia tau. Korang boleh baca lebih lanjut di laman web L'Occitane. I jenis sayang sangat nak buang botol perfume dan skincare jadi memang rajin simpan dalam stor buat sampah. Bila baca ada program macam ni terus keluarkan semuanya, cuci elok-elok dan kita bawa la ke L'Occitane. Ada beberapa outlet je yang menyertai program ni. Kalau korang ada banyak botol plastik boleh la join dari buang je begitu sahaja kan.


Sampah yang I kumpul hahahha



Ditukar kepada ini



Kadang I terfikir juga, dekat mana I boleh buang segala benda plastik yang ada dekat rumah ni. Dalam bentuk yang boleh recycle. Contohnya ada syarikat yang beli lebihan minyak masak yang dah tak digunakan. Menarik kan? Dari jadi tak bertamadun buang je melalui singki, boleh jual.

Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.