Klairs Midnight Blue Calming Cream review

Siapa ada redness yang teruk angkat tangan. I pun ada redness tapi tak ada la teruk sangat berbanding orang lain yang redness sampai rasa kulit terbakar tu. Kalau korang tak pasti redness tu apa boleh google untuk tengok gambar. Dia macam merah-merah pada kulit disebabkan beberapa faktor antaranya sunburn, acne, salah guna produk, eczema dan lain-lain. Untuk kes I pula redness bila I terdedah dengan matahari dan kalau panas sikit pun boleh tahan rasa kulit muka ni.



Tapi tu dulu la. Sekarang Alhamdulillah dah banyak sangat kulit I improve. Redness nampak sangat berkurangan. Memang sejak beberapa tahun ni I jaga kulit muka, skincare routine selagi rajin gigih juga buat. Salah satu faktor I rajinkan diri buat skincare routine, I tak nak tua sebelum usia I tua hahaha. Sebab Skincare routine ni memang membantu salah kulit I lebih kurang bermasalah termasuk la masalah redness ni. Salah satu produk yang I guna untuk kawal redness adalah Klairs Midnight Blue Calming Cream.




I dah beli lama jugak rasanya. Awal tahun haritu tapi sampai sekarang tak habis lagi tapi dah tahap kena standby stok baru ni. Salah satu sebab krim ni lambat habis, nak sapu dia bukan macam moisturizer tau. Dia sapu pada bahagian bermasalah sahaja. Macam spot treatment. Kalau redness korang satu muka boleh la sapu satu muka. Kalau ada bahagian-bahagian tertentu sahaja, kena sapu bahagian tersebut je.Redness I bahagian hidung dan pipi jadi bahagian tu jela I sapu sebab tu lambat habis. I ada terbaca review blog lain yang krim ni tak sesuai dijadikan sebagai moisturizer sebab dia tak cukup bagi kelembapan pada kulit.



Semua tu bergantung pada keadaan kulit korang okay. Macam I biasa I pakai cream ni je sebagai moisturizer sebab toner I pun dah cukup melembap bila pakai banyak layer. Klairs Midnight Blue Calming Cream ni tekstur dia macam krim gel gitu. Cepat serap dan tak ada rasa berminyak bagi I. Tapi finishing dia pada kulit I nampak dewy macam tu. Bau dia pula ada bau wangi yang lembut dan tak ketara.





I paling suka warna krim ni. Warna biru lembut yang cantik. I suka warna lembut-lembut ni. Walaupun warna krim ni biru tapi bila pakai tak ada pun buat kulit warna biru. Warna biasa je. Korang boleh tengok senarai bahan di bawah ni. Kalau nak cuba pastikan patch test dulu okay



Water, Cetyl Ethylhexanoate, Butylene Glycol, Glycerin, Sodium Hyaluronate, Caprylic/Capric , Triglyceride, Centella Asiatica Extract, Sorbitan Stearate, Cetyl Alcohol, Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Argania Spinosa Kernel Oil, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Sorbitan Sesquioleate, Glyceryl Stearate, Stearic Acid, Portulaca Oleracea Extract, Anthemis Nobilis Flower Extract, Ceramide 3, Polysorbate 60, Bees Wax, Chlorphenesin, Tocopheryl Acetate, Xanthan Gum, Acrylates/C10-30 Alkyl, Acrylate Crosspolymer, Morus Alba Root Extract, Triethanolamine, Brassica Oleracea Italica (Broccoli) Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil, Eucalyptus Globulus Leaf Oil, Pelargonium Graveolens Flower Oil, Citrus Limon (Lemon) Peel Oil, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Peel Oil, Cananga Odorata Flower Oil, Guaiazulene, Acetyl Hexapeptide-8, Lecithin, Acetyl Glutamine, SH-Oligopeptide-1, SH-Oligopeptide-2, SH-Polypeptide-1, SH-Polypeptide-9, SH-Polypeptide-11, Bacillus/Soybean/Folic Acid Ferment Extract, Caprylyl Glycol, 1,2-Hexanediol





Biasa I tak patch test sebab I malas hahaha. Packaging dia dalam jar kaca kalau jatuh confirm pecah jadi berhati-hati okay. Dia ada bagi spatula kecil juga untuk korang jaga kebersihan bila ambil produk ni. Sepanjang I pakai produk ni memang I nampak perubahan ketara kalau ada redness, dia boleh calm redness I tu jadi esoknya kulit I lebih bertenang hahaha. Sekarang memang redness I sangat-sangat berkurang. Klairs Midnight Blue Calming Cream memang claim dia boleh membantu soothe redness dan calm kulit yang sensitive



Bagi kulit I pula dia membantu mengurangkan redness dan mungkin produk lain dalam skincare rutin I juga membantu kulit I dari redness ni. I mungkin tak akan beli dah produk ni sebab kulit I dah okay jadi I nak focus kepada hydrating pula tapi serius kalau kulit korang selalu kemerahan macam terbakar boleh la cuba produk ni okay.




Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.