Foodtrip Cafe





Siapa yang tak tahu, I dengan Aiman memang suka makan di café, restaurant yang viral dekat Facebook. Aiman la rajin tengok Facebook lepastu kalau tengok review dekat bahagian komen ramai cakap sedap confirm dia ajak cuba. Kalau makanan nampak sedap pun mesti la wajib cuba walaupun tak viral. Jadi café yang kiteorang pergi kali ni terletak di Taman Adda Height Johor Bahru.



Café terletak di level satu. Disebabkan café ni berada di bangunan kedai jadi bab parking tak perlu risau. I datang pun waktu malam lepas maghrib macam tu jadi tak perlu bayar parking. Café ni buka pukul 4 petang hngga 11 malam dan ditutup pada hari ahad. Masa I datang tu ada pasar malam dekat situ jadi parking jauh sikit la.




Masa I sampai, tak ramai orang. Ada la dalam dua meja yang penuh jadi selesa sikit la nak makan. Belek-belek menu ada makanan western seperti chicken chop, spaghetti, burger dan nasi pun ada kalau korang tak nak makan western. Pilihan air pun boleh tahan. Kalau korang suka minum manis, ada air yang macam ada kek ke apa sekali dia letak atas air tu boleh la cuba tapi I tak cuba sebab I diet manis hahaha.


I order Mac n Cheese dan Aiman order Grilled Chicken Chop tak silap I. Air pula I order yang biasa je, teh o ais dan teh o suam. Masa menunggu untuk makanan tak lama pun sebab tak ramai orang. I nak order kek tapi kek tak ada pulak masa tu tsktsk. 









I suka deko café ni sebab tenang dan santai je. Bertambah tenang mungkin sebab tak ada orang sangat. I bahagian meja dengan sofa jadi boleh santai lepak dekat situ. Kalau duduk bahagian cermin boleh cuci mata tengok pasar malam dekat bawah, kereta lalu lalang. I taksempat nak tangkap banyak gambar café ni sebab Ayhan tak nak duduk dalam baby chair hahaha. Tapi deko kedai dia memang instaworthy. Dekat dinding ada mural lepastu hiasan cantik untuk tangkap gambar.



Makanan dia dua-dua menu sedap. Mac n Cheese pun sedap dan creamy, sos cheese semua cukup. Aiman punya sos Chicken Chop pun sedap. Portion pun okay mengenyangkan. Bagi I menu dia boleh tahan la sesuai dengan citarasa I dan Aiman. Lepasni boleh datang lagi cuba menu yang lain.



Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.