DIY Vanity Mirror

Hari ni I nak kongsikan segmen DIY. Do It Yourself hahaha. I dah lama sangat nak ada vanity mirror yang siap lampu vanity tu macam yang cantik-cantik dan viral dekat laman soscial tu. Tapi disebabkan I mungkin pindah tahun depan I malas la nak hangkut semua benda waktu pindah nanti. Memang kalau nak beli apa-apa perabot, benda ni jadi masalah. Nak beli tapi nanti nak pindah banyak sangat benda nak kena bawa. Kerja Aiman ni dah la kemungkinan pindah je.



Jadi disebabkan itu, Aiman rajin la nak buatkan vanity mirror untuk I. Senang je step pertama pergi kedai RM2 dan beli cermin. Haritu I pergi Ninso jadi sempat la ambil enam keping cermin. Boleh baca entry Ninso dekat SINI. Kalau cermin tu ada bingkai, boleh la buka bingkai dia sebab kita nak cermin je.








Jangan lupa beli double tape sekali sebab nak lekatkan cermin di dinding guna double tape. Cuci dinding bersih-bersih lepastu boleh la lekatkan cermin tu di dinding. Pastikan ukur elok-elok nanti senget pulak. Tada! Dah siap.







Nak nampak lebih cantik boleh la order vanity light macam I dekat Shopee murah je RM30 lebih kurang. Ada empat jenis cahaya tak silap I. Lepastu boleh adjust kecerahan jadi boleh la kita fefeeling sambil makeup.  Thank you Aiman siapkan vanity table dengan mirror dengan lampu sekali hahaha. Tak sabar nak tunggu rumah sendiri siap lepastu boleh hias dengan macam-macam benda.



Jadi bahan yang digunakan,
Cermin kedai RM2
Double Tape



Dua benda ni je. Senang dan cepat. Yang lain-lain tu boleh beli online kemudian.



Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.