Chicken Feet Stock Versi 1

Chicken Feet Stock atau CFS ni sebagai penambah rasa dalam masakkan untuk anak. Baby kan tak boleh makan gula, garam, msg sebab dia pun masih kecil. Memang tak elok penambah rasa ni semua. Jadi CFS berfungsi sebagai penambah rasa seperti kiub ayam orang dewasa la kiranya. CFS ni pun berkhasiat sebab penggunaan kaki ayam dalam proses penyediaan. Boleh la google khasiat apa yang ada dalam kaki ayam tu okay.



Sejak dah ada stok CFS dalam fridge ni tiap kali buat bubur Ayhan I akan masukkan satu kiub. Untuk versi CFS I kali ni, rasa dia masam, manis dan manis yang sesedap rasa. Boleh la buat penambah rasa tak ada la bubur baby tasteless sangat.





Bahan
Kaki ayam
Celery
Carrot 
Bawang holand
Bawang putih
Tomato
Sup Bunjut


Ukuran dia bergantung la korang nak masukkan banyak mana tapi I masukkan sebiji setiap bahan. Kaki ayam pula I beli yang dah siap paket dekat Giant jadi tak ingat berapa gram. 



Cara
Cara dia pula senang je. Rebus semua bahan sampai kaki ayam dah nampak tulang. I masak dalam 3 ke 4 jam je. Biarkan je dia mereneh dengan api paling perlahan atas dapur. Bila tengok semua macam dah lunyai, kaki ayam dah lembik terlerai dari tulang boleh la tutup api.

Warna CFS



Kemudian tapis dan ambil air rebusan sahaja. I simpan dalam bekas sos kecil-kecil macam ni senang nak ambil bila nak guna. Nak simpan dalam fridge pun senang.


Tapis ambil sup sahaja


Letak dalam jug senang nak isi dalam bekas



Pastikan korang punya CFS warna keruh macam I punya tau sebab ada mummy-mummy lain yang buat warna agak jernih tu maksudnya tak cukup masak lagi.



Senang je nak buat CFS untuk baby ni. I pun pertama kali buat dan hasilkan boleh tahan. Ayhan sedap je makan bubur dia. Ada I baca mummy yang anak dia dah umur dua tahun pun masih buat CFS ni sebagai penambah perasa makanan anak. Kalau anak susah makan mungkin boleh cuba buat untuk rasa makanan yang lain dari biasa. I ada baca juga CFS ni membantu untuk kuatkan imunsasi anak tapi semuanya bergantung pada persekitaran dan pemakanan anak kan untuk bagi antibody dia kuat. 








CFS ni pun ada banyak versi tau I baru cuba resepi yang ni lain kali bila stok dah habis I nak cuba tambahan bahan lain pula. Nanti I kongsikan di entry lain okay. I simpan CFS ni pada bahagian sejuk beku. Boleh tahan lama jugak rasanya dalam tiga bulan tapi kalau kira berapa kiub yang I dapat, sebulan lebih je boleh habis ni.



Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.