AM Skincare Routine

Dah lama rasanya tak kongsikan skincare routine I dekat blog. Dekat instastory ada juga I share skincare routine yang I selalu buat. I akan tukar skincare routine I ikut mood dan ikut keadaan kulit I. Kalau kering I akan buat layering step guna toner dan pakai mask. I akan lebihkan bahagian hydration. Kalau berminyak, I akan lebihkan hydration juga tapi tak terlampau berat.





Tapi kali ni I nak kongsikan penjagaan kulit I waktu pagi pula. Kalau pagi punya sincare routine I simple je, malam yang banyak produk I pakai. Salah satu sebab I tak suka rasa berminyak atau rasa berat pada kulit bila waktu siang. I suka produk yang ringan, tak terlalu banyak sebab I banyak bergerak. Yang I perasan kalau over pakai skincare waktu siang dan I terlalu aktif serta berpeluh, kulit I akan rasa tak selesa. Peluh tu macam melekit sangat sebab ada produk hahaha.



Jadi bergantung pada kulit korang okay dan aktiviti yang korang buat waktu siang.





Step pertama am skincare I mesti la cuci muka. Pagi-pagi I suka pencuci muka yang soft dan ringan je. I guna Himalaya Neem Face Wash. Pencuci muka favourite I sejak dulu. Walaupun dah macam-macam jenis pencuci muka I guna, I akan pastikan dekat rumah ada je stok pencuci muka ni. Boleh baca review penuh pencuci muka Himalaya Neem ni di entry lama I okay.



Step kedua I akan pakai Innisfree Green Tea Seed Serum. I suka pakai serum ni waktu siang sebab skincare routine I sikit je. Jadi serum ni membantu memberi kulit I kelembapan yang mencukupi. I suka juga pakai serum ni sebelum pakai makeup. Serum ni pun I ada buat review penuh di sini.






Step ke tiga, pelembap. I guna Rosken Dry Skin Cream. I guna Rosken Cream ni dua tube dah. I suka kelembapan yang dia bagi kepada kulit I. Tapi tricky sikit cream ni. Kalau korang jenis cepat berpeluh di bahagian muka nanti rasa tak selesa. Jadi I akan pakai cukup-cukup je.



Step terakhir dan yang paling penting, sunscreen. Buat masa ni I pakai Cetaphil UVA/UVB Sunscreen. Boleh baca full review dekat SINI. I suka sunscreen ni sebab boleh buat kulit nampak glowing tapi still ada pros and cons dia. Yang penting cari sunscreen yang sesuai dengan kulit korang dan pakai selagi kulit kena cahaya matahari okay.





Untuk bahagian mata I akan pakai eye patch kalau I ada masa. Sekarang I guna Koelf Ruby Bulgarian Rose eye patch ni. Eye cream I lagi suka pakai waktu malam. Untuk bibir pula I pakai Vaseline Rosy Lips ni. Baru guna dalam dua tiga minggu. I tak sure I suka ke tak tapi nanti I buat full review okay. Kalau nak keluar baru pakai lipstick. Malam pula I pakai sleeping lip mask. I plan nak beli lip balm yang ada spf tapi tak sempat-sempat lagi nak pergi beli. Itu je skincare rutin siang I yang simple sahaja. Kadang tu malas juga nak pakai apa-apa. Terus pakai sunscreen je hahaha.



12 comments

  1. Tak pernah pun pakai eye patch tu tau! Nak cuba laa lepas nie

    ReplyDelete
  2. kalo kulit sy ni sensitif.. nk2 lg lps branak itu ari..
    silap pkai produk jd kering dan gatal2..
    bila check blk selidik pnya selidik kulit sy alah dgn pottasium
    skrg pkai cetaphil.. alhamdulillah.. ok..

    ReplyDelete
  3. sama la kite guna cleanser brand himalaya jgk..soft je rse kulit after pakai cleanser ni :)

    ReplyDelete
  4. wahh.. jealous tengok orang yang berani test produk and find out which one is the best..

    ReplyDelete
  5. memang macam-macam juga kena buat ni.. wife saya pun sama jugak..

    ReplyDelete
  6. Lengkapnya rutin penjagaan dia
    Rawlins ada masanya malas nak selesaikan semua rutin hahaha

    ReplyDelete
  7. koelf ruby rose tu macam best je rasa macam nak try pulak hahaha

    ReplyDelete
  8. Yeah...... All of this product are the best. I love Innisfree GreenTea Seed Serum. Memang keeps my face moist. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  9. Wahh macam2 brand dan banyak pulak tu. Rajin sungguh jaga kulit. Kalau sis pakai sabun je..lps tu pelembab..:D, bukan barang tak ada..kdg2 tu malaihh..hehehe

    ReplyDelete
  10. Nak kulit sihat dan cantik, kenalah rajin kan ;) Mai pula guna Loreal je

    ReplyDelete
  11. Bagusnya skincare routine dia. Marina pakai pencuci muka je. Lain-lain tak pakai. Hehe

    ReplyDelete
  12. Tak try lagi Sunscreen Cetaphil. Ramai kata memang bagus untuk kulit muka. Part muka ni kena extravaganza skit jaga kalau. Lebih baik mencegah dari merawat .. penjagaan simple takpe asal jadikan rutin

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.