Review Aprilskin Magic Snow Fixing Foundation



Kalau untuk setiap hari punya penggunaan, I lagi suka guna bb cushion ataupun foundation dalam bentuk cushion. Lagi natural dan pantas siap. Salah satu cushion foundation yang I suka sekarang, Aprilskin Magic Snow Fixing Foundation. Ini pertama kali I cuba pakai cushion foundation macam ni. Biasa beli bb cushion je. Pertama kali juga I cuba produk dari Aprilskin.



I rasa produk Aprilskin semua banyak review dan feedback best. Sama juga pendapat I tentang Aprilskin Magic Snow Fixing Foundation ni memang best. I mula-mula confuse nak beli Aprilskin atau Moonshot. Tapi harga Aprilskin lebih rendah dari Moonshot, try Aprilskin dulu. Lagipun warna casing cushion ni cantik sangat! Warna pink, rose pink gold macam tu la.










Aprilskin Magic Snow Fixing Foundation ni 15g je tapi boleh tahan lama jugak I pakai. Memang I pakai setiap hari pergi kerja. Lepastu lepas solat pun pakai juga kadang-kadang kalau rajin. Bagi I, isi dia dengan berapa kali penggunaan I boleh guna memang berbaloi. I guna sikit je pun dah okay kulit. Fixing foundation ni juga mengandungi SPF30 dan PA++. Boleh tahan okay la tapi tak cukup jadi pastikan korang pakai sunscreen dulu okay.



Untuk bekas cushion ni I rasa tak ada masalah sebab semua macam sama je. Ada cermin dan puff warna pink. Salah satu sebab jugak la I tertarik nak beli cushion ni sebab pink. Finishing dia bukan dewy tapi matte pun macam tak sangat. Semi matte macam tu. Yang pasti kalau pakai memang nampak natural. Macam tak pakai apa-apa tapi still membantu tutup cela di muka I ni. I rasa kalau nak tutup redness dan parut sikit-sikit tu boleh la. Kalau acne yang teruk sangat maybe tak sesuai coverage dia.












I punya code 23 natural beige. Tak silap ada lagi dua code yang lain. Code ni memang sesuai dengan kulit I. Biasa kalau I tak pakai skincare pun terus tempek je foundation ni tak ada masalah. Tak buat kulit I rasa kering atau ada patch. I boleh rasa dia lembap juga pada kulit. Kalau pakai seharian memang akan rasa berminyak tapi untuk kulit I, rasa berminyak tu tak teruk sangat. I pakai atas skincare dan sunscreen pun tak ada masalah. Masih nampak natural dan senang je nak ratakan.



Puff dia pun lembut je. Bau foundation ni ada bau wangi yang soft. Tak menggangu hidung tapi boleh bau juga la tapi nanti lama-lama bau tu hilang. Selama I pakai memang I suka cushion foundation ni. Casing cantik, finishing natural, senang je nak ratakan dan tahan lama bila I pakai sebab tak perlu pakai banyak pun. Repurchased? Yes.



Contoh kulit I bila pakai foundation ni. Ni gambar tak ada filter or edit apa ya.



19 comments

  1. This is so pretty! AprilSkin is my favorite brand now! Let me check if they have my tanned color :) Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. Yess April Skin memang foundation yang terbaik. Sis pun pakai produk ni, ni rasanya nak beli lagi lagi n simpan stok bebanyak

    ReplyDelete
  3. Good read for me. But Auntie Lilly always have a problem with this kind of compact size foundation cause the product cepat dries up. Do u have this kind of problem?

    ReplyDelete
  4. Bestnyaa.. Tak pernah cuba lagi yang ini, mungkin boleh try lah lepas ni. Tak dinafikan bekasnya memang comel dan sangat menarik perhatian.

    ReplyDelete
  5. Menarik juga foundation dia. Suka tengok effect lepas ratakan kat muka. Memang nice. Boleh try nanti. Casing pun cantik je. Comel

    ReplyDelete
  6. Lawa nyer packaging bedak nie. You pun nampak flawless dan berseri dgn product nie. Thank you for sharing this review.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya kulit bila dah apply ke kulit muka. Flowless sangat. Takde pun bercapuk. Atau sebab muka you dah lawa? Kalau saya pakai macam mana la ek. Hehe tengok kandungan macam sikit je

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas perkongsian ya. walaupun saya tak berapa nak tau tentang barangan make up semua ni, tapi nampak macam produk ni bagus. :)

    ReplyDelete
  9. Nad pun lebih suka pakai bb cushion kalau nak cepat..hehehe..baru tau pasl aprilskin..bekas dia lawa..hehe..tengok foundation dia pun not bad..sheera pakai pun elok je

    ReplyDelete
  10. sukalah tengok produk yg cute dan pink. of course tertarik nak beli. jarang jumpa foundation yang bau wangi :)

    ReplyDelete
  11. wahhh nampak baguslah foundation nie. blend dengan bagus dekat kulit. kena suggestkan benda nie dekat kakak n ibu nie. mesti dorang suka

    ReplyDelete
  12. The packaging is so pretty, I really like how it looks on u, it has a slight pinkish glow very nice

    ReplyDelete
  13. Baru tahu oasal Aprilskin. Nampak best pulak bb cuhsion ni. Saya suka pakai mekap yang jenis half matte atau matte sebab sesuai dengan kulit muka. Saya pun pakai jenis natural beige. Apa apa beli memang grab code ni.

    ReplyDelete
  14. Nice photo ! nanti nak try juga lepas baca review awak ni, nampak best dan tak heavy kat wajah

    ReplyDelete
  15. Sisturr, muka sis dah memang cun dah hihi tak pakai foundation pun lawaaa. Saya memang tak pernah pakai foundation, rasanya lepas ni boleh try la mana-mana untuk tutup cela kat wajah hihi

    ReplyDelete
  16. first time dengar produk ni, semoga ianya selamat dan cantik dipakai

    ReplyDelete
  17. Cantiknya skin. Ploles guna april skin foundation ni ye. Bolehla try nanti april skin ni.

    ReplyDelete
  18. cantik ! mek pernah cuba pakai dulu yang jenis macam ni. boleh lah untuk kerja dalam aircond. tapi bila keluar agak tidak sesuai. mungkin sebab kulit mek. lain orang lain kesannya.

    ReplyDelete
  19. packing dia tu lawa. kadang kat kedai suka juga tengok yang lawa2 bentuk dia terus beli haha

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.