Nervousnya nak potong kuku baby

Bila bab-bab potong kuku baby ni memang seram sikit. Dah la jari kecik, kuku lagi la kecik. Macam mana la nak potongnya. Ayhan punya kuku masa lahir memang panjang dan halus je. Adik I siap cakap macam kuku pontianak hahaha. I ingat lagi baru je nurse tolak katil I masuk ward, Aiman dukung Ayhan time tu. Lepastu boleh Ayhan korek mata sendiri. Okay over sangat pula perkataan korek tu. Cucuk mata sendiri la kot sebab Aiman yang cerita Ayhan korek mata dia.



Disebabkan kuku dia tu, I pun google la boleh ke nak potong kuku baby kecik sangat lagi ni. Rata-rata pengalaman ibu lain semua cakap tunggu sebulan lebih dulu baru potong. Antara sebabnya risau nanti nak potong kuku tapi terpotong isi sekali. Kan nanti trauma pula. Lagipun baby dah pakai mittens so dah okay la tak ada dia garu muka. Tapi kuku baby masa baru lahir sebulan dua tu I rasa nipis je. Senang nak patah sendiri.



Nail trimmer


Ketip kuku



Bila I dah tak pakaikan Ayhan mittens, memang kena la potong kuku.Pertama kali potong kuku, adik I yang potongkan sebab mak dia seram nak potong. Lepastu dah adik I pun sambung belajar semula tak ada siapa I nak buli suruh potongkan kena la I potongkan sendiri. I guna dua benda nak potong kuku Ayhan ni. Satu ketip kuku jenis biasa yang baby punya. Lagi satu baby nail trimmer.



Baby nail trimmer ni ikutkan I tak ada nak beli pun tapi mama tengok orang lain guna dekat instagram macam senang je so suruh I beli. Harga dia dekat shopee murah je jadi kalau nak beli boleh la survey dekat sana okay.



Kalau nak guna baby nail trimmer ni untuk potong kuku baby yang sememangnya dah panjang, ambil masa yang lama. I rasa sebab nail trimmer I beli ni biasa punya, murah kan so tak berapa berkesan sangat. I tengok orang lain punya  nailtrimmer dekat IG senang dan cepat je potong kuku baby tu.


Nail trimmer





Yang I punya ni biasa je jadi nak trim sampai pendek tu lama la nak hadap. I pernah sekali je trim sampai pendek sebab masih seram lagi time tu nak guna ketip kuku biasa. Nail trimmer ni pun boleh guna dari baby sampai orang dewasa so berbaloi juga la tapi lebih baik beli yang ada brand dan berkualiti sikit.



Adik I siap guna nak kilatkan kuku dia lagi jadi tak rasa membazir kalau beli.



Ketip kuku pula kakak sedara I bagi. Thank you Kak Dayah! I memang guna ketip kuku je sekarang kalau nak potong kuku Ayhan. I rasa ketip kuku baby punya ni kurang tajam sikit jadi lebih selamat kot. I selalu potong kuku dia masa tidur. Kalau masa jaga memang bersilat la nak potongnya. Setakat ni potong kuku Ayhan tak ada peristiwa berdarah lagi cuma bila I telupa nak check kuku dia dah panjang sikit memang tetiba je ada la luka dekat muka.



Setakat ni dah dua tiga kali juga la muka Ayhan luka sendiri cakar. Ikutkan tak ada la panjang mana pun kuku dia. Tapi ada bahagian-bahagian yang tajam yang boleh sebabkan luka. Ayhan pun bila nak gesel tangan dekat muka kemain ganas. Jadi bila I dah potong kuku dia I akan trim pula bahagian kuku  tu bagi tak tajam. Kalau banyak masa memang I trim jela setiap hari bagi sentiasa pendek dan tak tajam. Trim tu pun tak ada la kasar atau boleh sebabkan luka pada kulit baby. Selamat.


Ya kuku Ayhan masih selamat lagi.







20 comments

  1. Bam bam nye ayhan... Haah kinah pun macam airah juga, agak seram nak potong kuku baby pada mulanya. Lama-lama nanti biasalah hehhe.

    ReplyDelete
  2. Syaza masa anak 1st dulu tak tahu pun ada kewujudan nail trimmer ni haha, sampailah masa anak dah 5 bulan kot ada sepupu tunjukkan. Sepupu tu belum kahwin pun but dia guna untuk trim kuku dia hahaha.

    Masa tu baru tahu ooooo ada je rupanya yang lagi mudah haha.

    Sebabnya SYaza sendiri takut nak potong kuku anak. Kami suami isteri beli nail clipper yang biasa yang untuk budak, mata kecik je gitu, tapi seram la kan nak potong hehe.

    ReplyDelete
  3. kak dulu pun gerun nak potong kuku baby. selalunya suami yg potongkan. haha. sebab dia biasa jaga anak saudara. kak tak penah ada pengalaman sebab anak saudara pun takda. hahahahhaa

    ReplyDelete
  4. wahhh , nice info . saya biasa potong je kuku baby time diorang tidur . Memang kena berhati-hati . Your baby boy is so cute . Geramnyaaaa tengok pipi dia . .

    ReplyDelete
  5. Wow, so canggih nowadays. This is really a good product to use. During Auntie time, I freaked out cutting or trimmimg my young kids nails, takut terpotong or trim too deep cause those toes & fingers are so tiny & it's hard to trim.

    ReplyDelete
  6. Biasa potong kuku anak buah time diorang tido..kalau x sure payah...ada sedikit seriau kalau nak potong kuku baby sebab lembut kan..kena cari nail clipper yg sesuai utk baby...

    ReplyDelete
  7. ya ampunnn debot nyee si babyyy haha germa nengok comel sangatt!! nisa pun geram tengok kuku baby panjang tapi kita pun serammm nak potong kan haha

    ReplyDelete
  8. comelnya! hehe. tak terfikir pulak ada isu tentang potong kuku baby. mungkin sebab saya belum ada baby sendiri, and dekat rumah pun jarang ada baby. alhamdulillah, baru2 ni saya baru dapat anak buah. bolehlah share dekat kakak saya tentang isu ni.

    ReplyDelete
  9. Ohhh ada rupanya alat potong kuku khas untuk baby yer kita tak tahu pun hehehe jalau macam tu lebih mudah dan selamat tak bimbang sakit. Tak ada ker alat tuk potong kuku kucing kita takut juga nak potong kuku kucing kita hehehe serammm....

    ReplyDelete
  10. ala syomelnya ayhan.. So far tak pernah lagi potong kuku baby sebab belum ada baby. potong kuku anak buah pun tak pernah. Tapi betul la, kuku depa ni halusss so memang seriau sket nak potong

    ReplyDelete
  11. Memang seram nak potong kuku baby tapi cuba jugak sedaya upaya pakai yg kecik punya nail clipper, zaman skrg bagus ada produk mcm ni

    ReplyDelete
  12. comelnya baby awak ni. potong kuku baby memang paling scary masa mula-mula dulu. tapi mak iza ajar guna gunting which lagi senang nk control. so sejak tu memang pakai gunting je. dah besar ni pun still pakai gunting sebab dia tak duduk diam.

    ReplyDelete
  13. kena tunggu baby tidur lagi okey..seram nak potong tapi kena potong jugak. hahaha

    ReplyDelete
  14. wah. Ada alat khusus utk ketip kuku baby rupanya. Selama ni guna pengetip kuku yg biasa tu je. Berhati2 jgk buat masa dia tidur. Buasss. Dh besar nanti boleh buat sendiri

    ReplyDelete
  15. Hahahaahaha comel je perangai seram nak potong kuku baby. Sama mcm kak ipar nur. So bila nur balik uma mak, nur tolong potong kuku anak dia. Syukur nur tkde masalah nk potong kuku baby. Cuma kene hati2 betul2 laaa

    ReplyDelete
  16. Sejak lahir sehingga dah besar panjang ni mek tak pernah potong kuku anak. Huhu. Bukan nak mengada ngada tapi papa dia terlebih cakna bab ni. So kuku anak sentiasa pendek. Paling utama guna pengetip kuku lah jugak.

    ReplyDelete
  17. ya. potong kuku bayi memang menggerunkan sebab kuku dia lembut dan kecik. silap2 kena kulit. uish seram!

    ReplyDelete
  18. Yerlah kuku baby kan halus. Takut pulak tersalah potong. Nak kena beli juga nail trimmer sebab duk jaga anak buah gak kan

    ReplyDelete
  19. I see ade rupanya nail trimmer ni. Saya anak dh 3 n plg kecik dh nk masuk 3 thun baru tahu ttg ni. Huhu tp bab potong kuku mase baby mmg sy pn tngu baby sebulan dlu baru berani potong.

    ReplyDelete
  20. Kita part ni mmg surrender.. Pass kt laki kita utk potong.. Hahhahaha.. Teruk nau bunyi kan

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.