Europe Premium Highest Class Baby Stroller Okay ke Tak?

Stroller penting ke tak? Bagi I penting sebab anak I berat gila dan I terlalu lembik kalau nak dukung dia je. Kalau keluar pergi shopping mall ke memang berguna sangat ada stroller. Tapi macam biasa la ada pros and cons dia bila guna stroller ni. Salah satunya tak boleh guna stroller bila naik escalator. Kena tunggu la setahun depan lift tu lagi-lagi kalau masa tu ramai gila nak guna lif. Personally I lagi suka guna escalator tapi I tak faham yang tak bawak stroller, tak bawak apa ni nak guna lif juga kenapa? Kalau I tak ada bawak stroller ke apa memang escalator je jadi pilihan.


Ayhan bahagia dalam stroller



Tapi redha jela lif kan hak semuaorang nak guna jadi kita sabar je la tunggu turn. Sekarang I guna Europe Premium Highest Class Baby Stroller. Kemain nama. Tak silap I nama stroller ni ada pelbagai jadi kalau nak check dekat Shopee ke Lazada boleh la try guna nama yang I bagi tu.



Best ke tak stroller ni? Bagi I boleh tahan la. Sebab ada satu stroller je jadi tak dapat nak bandingkan dengan stroller lain tapi I nak share juga pengalaman pakai stroller ni. Lepas habis pantang je terus rasmikan stroller ni bawak pergi tidur hotel dan shopping mall haha. I beli dekat shopee dengan harga RM280. Dalam pantang busy survey stroller yang sesuai untuk baby kecik dengan harga yang berbaloi.


Gambar penuh stroller


I memang nak stroller jenis bukan mengadap depan punya. Baby hadap kita. I ada tengok orang lain tolak stroller baby tu kecil lagi tapi dah menghadap depan, hadap bahagian luar tau. I rasa macam bahaya sikit sebab kita tak dapat tengok keadaan baby. Itu yang I rasa la, jadi I pilih stroller yang boleh hadap luar dan hadap dalam jadi rasa selamat sikit boleh tengok baby okay ke tak nanti tetiba muak ke.


Bahagian brek dan tempat letak barang


Macam  I cakap tadi baby boleh facing depan atau facing parent. Lepastu ada beberapa posisi boleh guna nak baring ke nak duduk ke boleh adjust. Stroller ni sesuai untuk newborn smpai 6 tahun dengan berat sehingga 25kg. Dekat bahagian bawah pula ada tempat letak barang. Space letak barang memang banyak. I suka bawa stroller ni pergi shopping tak ada lenguh tangan nak pegang beg plastic. Lepastu ada bahagian brek juga dekat bawah tu. I pernah try guna brek ni bila naik escalator bukan jenis tangga tu. Kuat juga brek dia tak ada stroller bergerak bila naik atau turun escalator jenis tu.





Bahagian tempat untuk tolak stroller pun boleh adjust ketinggian dia ikut keselesaan tangan kita. Masa pasang I dengan adik perempuan I dua orang pasang. Boleh tahan la 80% je boleh siap lepastu dah pening-pening lalat tunggu adik lelaki I balik sekolah, dia settlekan pasang semua. Ikutkan senang je nak pasang tapi perempuan kan stress juga la nak study benda tu hahaha.



Stroller ni ada dua bahagian. Maksudnya kalau nak pasang atau buka kena tanggalkan atau attach dua bahagian tu. Satu bahagian rangka stroller tu dan lagi satu bahagian tempat baring baby macam baby coat tu. Nak pasang pun senang je tak perlukan tenaga yang banyak pun. Setakat ni I guna selamat la tempat attach dia tu tak ada masalah. Cuma I rasa mungkin sesetengah orang tak suka sebab leceh kena pasang dua benda bila nak guna dan bila nak masukkan dalam bonet kereta pun kena buka dua benda.






Stroller ni berat ke tak? Tak berat sebab I okay je angkat dan masuk keluar bonet. Bagi I kacang je la bila nak guna stroller ni tapi mungkin ambil masa sikit berbanding stroller jenis lain. Lepastu body dia agak besar berbanding stroller lain. Makan ruang juga bila letak dalam bonet. Tapi sekarang I daj jarang bawa stroller ni keluar sebab lebih suka guna carrier. Senang tak payah nak tunggu lif hahaha nanti I buat review carrier pula okay.



Overall I rasa stroller ni tak sesuai kalau korang jenis tak suka barang besar-besar ambil space banyak dan malas nak leceh  banyak benda kena jaga. Bagi I okay je sebab semua Aiman yang settlekan hahahah. I tanya Aiman dia okay je guna stroller ni. Cuma yang tak best dia makan ruang je dalam bonet. Adik Ayhan nanti maybe nak try stroller lain pulah hihi




12 comments

  1. Rupa macam mahal, tapi kenapa murahnya harga dia??

    ReplyDelete
  2. Cantek stroller ni. Rekaannya mmg nampk esklusif macam stroller high end. Plg penting ciri keselamatan dan keselesaan itu ada

    ReplyDelete
  3. Suka tengok stroller jenis macam ni kalau nampak parents yang bawa anak guna kat mall. Tapi yaya dengan husband suka yang jenis compact dan senang buka dan tutup. Tapi memang cantik la stroller ni baby pun nampak selesa

    ReplyDelete
  4. Masa anak nina baby pun nina suka guna stroller gini. Baby facing kita. Lebih senang tengok keadaan baby. Stroller gini pun tahan lasak. Harga tu murah laaaa

    ReplyDelete
  5. mek dah anak dua and memang tak gunakan stroller lansung. entah kenapa tapi memang kalau ke mana memang dukung dan pimpin sahaja. bab sado tangan tu memang sado terus lah. lenguh habis tapi mengenangkan stroller melecehkan (haha) so tak pernah beli stroller.

    ReplyDelete
  6. Waa cantiklaa nampak stroller nii, ada mcm ala2 classic look and nampak sturdy je mcm ok la tu kan. Suka jenis baby menghadap kita jugak actually, senang nak tgk keadaan dia kan. 😊

    ReplyDelete
  7. okay sangat tu, nampak sangat style dan xnampak typical baby stroller. harga dia pasti mahal. sekarang nie stroller banyak main peranan. kena panadai dan bijak pilih.

    ReplyDelete
  8. cantik pulak tengok stroller ni. best, ada tempat letak semua dalam tu.

    ReplyDelete
  9. Saya pun setuju la bab orang yang tak bawa apa2 tu tapi still nak guna lif. Diorang pun orang biasa badan sihat. Pergi la guna escalator kan. Beri la ruang dan peluang kat kita yg guna stroller nihh!! Haha sis geram. Sbb saya pun antara org yg menunggu depan lif sebab bawa stroller!!!!

    ReplyDelete
  10. cantik stroller ni. saya setuju ianya patut jadi pilihan ibu bapa yang ada anak kecil.

    ReplyDelete
  11. This stroller looks nice~ Should have bought it earlier!
    Susah payah saya cari stroller yang mcm ni!
    Thank you for introducing.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.