Stroller penting ke tak? Bagi I penting sebab anak I berat gila dan I terlalu lembik kalau nak dukung dia je. Kalau keluar pergi shopping mall ke memang berguna sangat ada stroller. Tapi macam biasa la ada pros and cons dia bila guna stroller ni. Salah satunya tak boleh guna stroller bila naik escalator. Kena tunggu la setahun depan lift tu lagi-lagi kalau masa tu ramai gila nak guna lif. Personally I lagi suka guna escalator tapi I tak faham yang tak bawak stroller, tak bawak apa ni nak guna lif juga kenapa? Kalau I tak ada bawak stroller ke apa memang escalator je jadi pilihan.


Ayhan bahagia dalam stroller



Tapi redha jela lif kan hak semuaorang nak guna jadi kita sabar je la tunggu turn. Sekarang I guna Europe Premium Highest Class Baby Stroller. Kemain nama. Tak silap I nama stroller ni ada pelbagai jadi kalau nak check dekat Shopee ke Lazada boleh la try guna nama yang I bagi tu.



Best ke tak stroller ni? Bagi I boleh tahan la. Sebab ada satu stroller je jadi tak dapat nak bandingkan dengan stroller lain tapi I nak share juga pengalaman pakai stroller ni. Lepas habis pantang je terus rasmikan stroller ni bawak pergi tidur hotel dan shopping mall haha. I beli dekat shopee dengan harga RM280. Dalam pantang busy survey stroller yang sesuai untuk baby kecik dengan harga yang berbaloi.


Gambar penuh stroller


I memang nak stroller jenis bukan mengadap depan punya. Baby hadap kita. I ada tengok orang lain tolak stroller baby tu kecil lagi tapi dah menghadap depan, hadap bahagian luar tau. I rasa macam bahaya sikit sebab kita tak dapat tengok keadaan baby. Itu yang I rasa la, jadi I pilih stroller yang boleh hadap luar dan hadap dalam jadi rasa selamat sikit boleh tengok baby okay ke tak nanti tetiba muak ke.


Bahagian brek dan tempat letak barang


Macam  I cakap tadi baby boleh facing depan atau facing parent. Lepastu ada beberapa posisi boleh guna nak baring ke nak duduk ke boleh adjust. Stroller ni sesuai untuk newborn smpai 6 tahun dengan berat sehingga 25kg. Dekat bahagian bawah pula ada tempat letak barang. Space letak barang memang banyak. I suka bawa stroller ni pergi shopping tak ada lenguh tangan nak pegang beg plastic. Lepastu ada bahagian brek juga dekat bawah tu. I pernah try guna brek ni bila naik escalator bukan jenis tangga tu. Kuat juga brek dia tak ada stroller bergerak bila naik atau turun escalator jenis tu.





Bahagian tempat untuk tolak stroller pun boleh adjust ketinggian dia ikut keselesaan tangan kita. Masa pasang I dengan adik perempuan I dua orang pasang. Boleh tahan la 80% je boleh siap lepastu dah pening-pening lalat tunggu adik lelaki I balik sekolah, dia settlekan pasang semua. Ikutkan senang je nak pasang tapi perempuan kan stress juga la nak study benda tu hahaha.



Stroller ni ada dua bahagian. Maksudnya kalau nak pasang atau buka kena tanggalkan atau attach dua bahagian tu. Satu bahagian rangka stroller tu dan lagi satu bahagian tempat baring baby macam baby coat tu. Nak pasang pun senang je tak perlukan tenaga yang banyak pun. Setakat ni I guna selamat la tempat attach dia tu tak ada masalah. Cuma I rasa mungkin sesetengah orang tak suka sebab leceh kena pasang dua benda bila nak guna dan bila nak masukkan dalam bonet kereta pun kena buka dua benda.






Stroller ni berat ke tak? Tak berat sebab I okay je angkat dan masuk keluar bonet. Bagi I kacang je la bila nak guna stroller ni tapi mungkin ambil masa sikit berbanding stroller jenis lain. Lepastu body dia agak besar berbanding stroller lain. Makan ruang juga bila letak dalam bonet. Tapi sekarang I daj jarang bawa stroller ni keluar sebab lebih suka guna carrier. Senang tak payah nak tunggu lif hahaha nanti I buat review carrier pula okay.



Overall I rasa stroller ni tak sesuai kalau korang jenis tak suka barang besar-besar ambil space banyak dan malas nak leceh  banyak benda kena jaga. Bagi I okay je sebab semua Aiman yang settlekan hahahah. I tanya Aiman dia okay je guna stroller ni. Cuma yang tak best dia makan ruang je dalam bonet. Adik Ayhan nanti maybe nak try stroller lain pulah hihi




Europe Premium Highest Class Baby Stroller Okay ke Tak?



Kalau untuk setiap hari punya penggunaan, I lagi suka guna bb cushion ataupun foundation dalam bentuk cushion. Lagi natural dan pantas siap. Salah satu cushion foundation yang I suka sekarang, Aprilskin Magic Snow Fixing Foundation. Ini pertama kali I cuba pakai cushion foundation macam ni. Biasa beli bb cushion je. Pertama kali juga I cuba produk dari Aprilskin.



I rasa produk Aprilskin semua banyak review dan feedback best. Sama juga pendapat I tentang Aprilskin Magic Snow Fixing Foundation ni memang best. I mula-mula confuse nak beli Aprilskin atau Moonshot. Tapi harga Aprilskin lebih rendah dari Moonshot, try Aprilskin dulu. Lagipun warna casing cushion ni cantik sangat! Warna pink, rose pink gold macam tu la.










Aprilskin Magic Snow Fixing Foundation ni 15g je tapi boleh tahan lama jugak I pakai. Memang I pakai setiap hari pergi kerja. Lepastu lepas solat pun pakai juga kadang-kadang kalau rajin. Bagi I, isi dia dengan berapa kali penggunaan I boleh guna memang berbaloi. I guna sikit je pun dah okay kulit. Fixing foundation ni juga mengandungi SPF30 dan PA++. Boleh tahan okay la tapi tak cukup jadi pastikan korang pakai sunscreen dulu okay.



Untuk bekas cushion ni I rasa tak ada masalah sebab semua macam sama je. Ada cermin dan puff warna pink. Salah satu sebab jugak la I tertarik nak beli cushion ni sebab pink. Finishing dia bukan dewy tapi matte pun macam tak sangat. Semi matte macam tu. Yang pasti kalau pakai memang nampak natural. Macam tak pakai apa-apa tapi still membantu tutup cela di muka I ni. I rasa kalau nak tutup redness dan parut sikit-sikit tu boleh la. Kalau acne yang teruk sangat maybe tak sesuai coverage dia.












I punya code 23 natural beige. Tak silap ada lagi dua code yang lain. Code ni memang sesuai dengan kulit I. Biasa kalau I tak pakai skincare pun terus tempek je foundation ni tak ada masalah. Tak buat kulit I rasa kering atau ada patch. I boleh rasa dia lembap juga pada kulit. Kalau pakai seharian memang akan rasa berminyak tapi untuk kulit I, rasa berminyak tu tak teruk sangat. I pakai atas skincare dan sunscreen pun tak ada masalah. Masih nampak natural dan senang je nak ratakan.



Puff dia pun lembut je. Bau foundation ni ada bau wangi yang soft. Tak menggangu hidung tapi boleh bau juga la tapi nanti lama-lama bau tu hilang. Selama I pakai memang I suka cushion foundation ni. Casing cantik, finishing natural, senang je nak ratakan dan tahan lama bila I pakai sebab tak perlu pakai banyak pun. Repurchased? Yes.



Contoh kulit I bila pakai foundation ni. Ni gambar tak ada filter or edit apa ya.



Review Aprilskin Magic Snow Fixing Foundation

Bila bab-bab potong kuku baby ni memang seram sikit. Dah la jari kecik, kuku lagi la kecik. Macam mana la nak potongnya. Ayhan punya kuku masa lahir memang panjang dan halus je. Adik I siap cakap macam kuku pontianak hahaha. I ingat lagi baru je nurse tolak katil I masuk ward, Aiman dukung Ayhan time tu. Lepastu boleh Ayhan korek mata sendiri. Okay over sangat pula perkataan korek tu. Cucuk mata sendiri la kot sebab Aiman yang cerita Ayhan korek mata dia.



Disebabkan kuku dia tu, I pun google la boleh ke nak potong kuku baby kecik sangat lagi ni. Rata-rata pengalaman ibu lain semua cakap tunggu sebulan lebih dulu baru potong. Antara sebabnya risau nanti nak potong kuku tapi terpotong isi sekali. Kan nanti trauma pula. Lagipun baby dah pakai mittens so dah okay la tak ada dia garu muka. Tapi kuku baby masa baru lahir sebulan dua tu I rasa nipis je. Senang nak patah sendiri.



Nail trimmer


Ketip kuku



Bila I dah tak pakaikan Ayhan mittens, memang kena la potong kuku.Pertama kali potong kuku, adik I yang potongkan sebab mak dia seram nak potong. Lepastu dah adik I pun sambung belajar semula tak ada siapa I nak buli suruh potongkan kena la I potongkan sendiri. I guna dua benda nak potong kuku Ayhan ni. Satu ketip kuku jenis biasa yang baby punya. Lagi satu baby nail trimmer.



Baby nail trimmer ni ikutkan I tak ada nak beli pun tapi mama tengok orang lain guna dekat instagram macam senang je so suruh I beli. Harga dia dekat shopee murah je jadi kalau nak beli boleh la survey dekat sana okay.



Kalau nak guna baby nail trimmer ni untuk potong kuku baby yang sememangnya dah panjang, ambil masa yang lama. I rasa sebab nail trimmer I beli ni biasa punya, murah kan so tak berapa berkesan sangat. I tengok orang lain punya  nailtrimmer dekat IG senang dan cepat je potong kuku baby tu.


Nail trimmer





Yang I punya ni biasa je jadi nak trim sampai pendek tu lama la nak hadap. I pernah sekali je trim sampai pendek sebab masih seram lagi time tu nak guna ketip kuku biasa. Nail trimmer ni pun boleh guna dari baby sampai orang dewasa so berbaloi juga la tapi lebih baik beli yang ada brand dan berkualiti sikit.



Adik I siap guna nak kilatkan kuku dia lagi jadi tak rasa membazir kalau beli.



Ketip kuku pula kakak sedara I bagi. Thank you Kak Dayah! I memang guna ketip kuku je sekarang kalau nak potong kuku Ayhan. I rasa ketip kuku baby punya ni kurang tajam sikit jadi lebih selamat kot. I selalu potong kuku dia masa tidur. Kalau masa jaga memang bersilat la nak potongnya. Setakat ni potong kuku Ayhan tak ada peristiwa berdarah lagi cuma bila I telupa nak check kuku dia dah panjang sikit memang tetiba je ada la luka dekat muka.



Setakat ni dah dua tiga kali juga la muka Ayhan luka sendiri cakar. Ikutkan tak ada la panjang mana pun kuku dia. Tapi ada bahagian-bahagian yang tajam yang boleh sebabkan luka. Ayhan pun bila nak gesel tangan dekat muka kemain ganas. Jadi bila I dah potong kuku dia I akan trim pula bahagian kuku  tu bagi tak tajam. Kalau banyak masa memang I trim jela setiap hari bagi sentiasa pendek dan tak tajam. Trim tu pun tak ada la kasar atau boleh sebabkan luka pada kulit baby. Selamat.


Ya kuku Ayhan masih selamat lagi.







Nervousnya nak potong kuku baby


Sejak I tahu betapa pentingnya penggunaan sunscreen ni, memang kalau boleh keluar rumah I akan pakai. Kadang tu bukan tak nak pakai tapi tak sempat. Lupa pun ye jugak, terus pakai makeup je. Berdasarkan skincancer.org, sunscreen membantu mengurangkan risiko kanser kulit. Sekarang kan kemain panas sangat matahari. Bayangkan kalau terdedah lama bawah matahari memang lebih berisiko la. Sunscreen juga membantu mengelakkan premature skin aging seperti kedutan, bintik hitam dan lain-lain. 



I ada tengok gambar perbandingan kulit orang yang pakai sunscreen dan yang tak pakai sunscreen. Memang berbeza sangat la. Korang boleh try goggle tengok gambar tu okay. I tak nak nampak tua sebelum usia jadi lebih baik la start pakai sunscreen dari sekarang. 



I pernah guna Sunplay Watery Cool punya sunscreen, Biore punya pun pernah try, Althea Petal Velvet Sunaway I dah try dua botol dan sekarang I guna Cetaphil UVA/UVB Defense sunscreen.


















Kotak dan packaging seperti gambar di atas. Isi sunscreen ni 50ml je jadi tiub dia tak ada la besar mana. Sesuai lagi nak bawa dalam handbag tanpa ambil space yang banyak. Harga dia pula boleh tahan mahal bagi I. I tengok di drugstore lebih kurang RM90++ macam tu. Di online pula RM70++. I survey harga sebab rasa macam nak repurchased lagi tapi emmm kena tengok duit dulu hahaha.



Tekstur dia creamy. Bukan jenis watery cecair ke apa. Senang je nak ratakan pada kulit tapi agak melekit. Bagi I tak ada masalah rasa melekit tu tapi kalau korang jenis tak selesa produk melekit lebih baik tak payah cuba sunscreen ni sebab rimas juga melekit dia tu. I suka finishing dia je buat muka nampak glowing bila pakai. Pakai sunscreen tu je dah boleh perasan acah glass skin hahaha. No white cast and bila I layerkan foundation atau bb cushion atas dia, semua okay je.








Boleh tengok bahan-bahan sunscreen ni di atas. Boleh try google juga tengok bahan mana yang boleh triggered kulit korang. So far I pakai tak ada kesan apa pun yang buat kulit I naik ruam ke apa. Semua okay. Bau dia pula ada bau wangi yang soft je. Setakat ni I pakai tak ada mengganggu.



I pakai sunscreen ni I tak ada sukat guna dua jari ke apa. I Rasa sunscreen tu dah cukup then done. Tapi lebih baik sebelum pakai tu sukat dulu jumlah sunscreen tu sebanyak dua atau tiga jari. Pengalaman I pakai tak ada rasa kulit pedih dan kulit terbakar bila berjemur bawah matahari. Rasanya sunscreen ni berfungsi dengan baik sebab I tak ada berbelak bila pakai tudung. Tona kulit sama je.






Tak buat kulit I rasa kering. Rasa juga la melembap sebab dia jenis creamy lepastu melekit. I personally suka sunscreen ni sebab dia buat nampak glowing je. Harga memang dah over sangat bagi I. Kalau Aiman belanja I akan repurchased. Kalau kena beli sendiri, no. I try sunscreen lain hahahaa. Sekarang ni I ada stok sunscreen Sunplay. Nanti I buat review juga okay. 



Apa-apa pun depends on your skin okay. Kena test juga mungkin bagi I melekit tapi bagi kulit korang okay je.





Current Favourite Sunscreen, Cetaphil


Perlu ke tak urut lepas pantang?? I ada juga terfikir masa mengandung dulu kena ke urut-urut ni sebab malas betul nak mencari tukang urut. Lepastu boleh tahan mahal ratus-ratus baik la I guna duit tu beli makanan sedap-sedap atau beli barang baby. Tapi masa mengandung I rajin baca itu ini persedian lepas pantang nanti, semua macam galakkan berurut. Semua mesti ada sesi mengurut la. Mama I pun sama tanya dah book tukang urut ke belum nanti penuh pulak tak ada orang nak urut.



I memang berurut lepas bersalin haritu. Bukan dua tiga hari lepas bersalin terus urut macam orang tua selalu suruh tu. Dah seminggu ke dua minggu lepas bersalin baru urut hahaha. Jadi perlu atau tak urut ni? Perlu kalau rasa badan perlu dimanja. Lepas bersalin kan penat meneran, penat jaga anak lagi jadi kalau nak manjakan diri dengan urutan, nak orang jaga buat air mandian, sapu-sapu minyak dekat badan boleh la tempah tukang urut.


Belanja muka kembang pregnant enam bulan hahah sempat join car boot sale


Urut ni tak wajib pun. I ada follow beberapa orang doctor dekat facebook memang diaorang tak ada galakkan pun berurut ni. Kalau ada duit boleh je nak urut. Tak ada nya kalau tak urut nanti mati ke, badan sakit ke, tak boleh habis pantang ke macam tu. Berurut ni cuma salah satu step nak manjakan diri lepas bersalin je.



Fikir tak kalau tak cukup budget nak tempah tukang urut tapi anggap berurut tu memang wajib. Kan dah membazir dekat situ padahal duit tu boleh je guna untuk buat benda lain contohnya beli makanan berkhasiat masa pantang. Kalau dah siap kumpul budget untuk urut masa tahu awal pregnant tu seronok la kan. Sebab tempoh berpantang memang penat sangat. Mana nak uruskan diri sendiri, uruskan anak, kalau anak dah berderet kena uruskan anak-anak-anak dan suami lagi, tidur tak cukup. Kalau dapat orang urutkan badan memang segar sikit la rasa.



Jadi kumpul duit awal-awal untuk sesi korang manjakan diri dengan berurut  masa pantang nanti okay. Masa I mengandungi, I cari tukang urut dekat facebook. Ramai dan macam-macam range harga ada. Kalau korang nak cari tukang urut sekitar Perak terutamanya dekat Batu Gajah, Ipoh, Seri Iskandar boleh try contact number dekat bawah ni okay.



AMF Healthy Enterprise – 014 213 2065
Mas – 011 1090 9921
Qalieysa Aura – 019 567 9082
Aura Jemari Intan – 019 221 3861
Ida – 016 9418433


Banyak lagi sebenarnya I dah survey tapi mana entah hilang contact.



I ambil tukang urut yang mak mertua I dah biasa. Dia memang selalu pergi berurut jadi dah biasa dengan makcik tukang urut tu. Memang sedap dia urut walaupun sakit tapi sakit jenis sedap hahaha. I berurut tiga hari macam biasa rakyat marhaen . Jealous jugak tengok orang yang berurut sampai sebulan tu siap ada sauna, scrub semua harap la next pregnancy I kaya so boleh book tukang urut sebulan!




Perlu ke tak urut lepas pantang?


Hai,






Maaf sangat ambil masa yang lama nak umumkan pemenang Skin Care Giveaway yang I anjurkan haritu. Sibuk sangat lepastu laptop pula buat hal. Hari ni baru ada masa sikit nak siapkan semua. Terima kasih yang join giveaway I walaupun hadiah biasa-biasa je. Insha Allah next giveaway I bagi lebih lagi okay.



Pemilihan pemenang dibuat guna lucky draw je walaupun I suka guna cara klasik, tulis dekat kertas lepastu cabut tapi ambil masa sangat nak buat macam tu haha. Nanti bertambah lama nak tunggu pemenang. So bawah ni senarai blog yang dah join giveaway I. Thank you nanti I terjah semula okay!



1. https://helenarosez.blogspot.com/2019/06/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
2. https://www.raydahalhabsyi.com/2019/06/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
3. http://www.ombakbergigi.com/2019/06/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
4. https://aienienka.blogspot.com/2019/06/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
5. http://zzzyy.blogspot.com/2019/06/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
6. http://www.zianaeunos.com/2019/06/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html?m=1
7. https://cikaddacomel79.blogspot.com/2019/06/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
8. https://sweetepalhijau.blogspot.com/2019/06/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
9. http://www.sayidahnapisah.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
10. https://munirahmohdhasan.blogspot.com/2019/06/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
11. https://jombercontest.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
12. https://www.farhanajafri.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
13. http://www.adianiez.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
14. http://www.mamapipie.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
15. https://sayasukala.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
16. http://www.bajuwarnacoklat.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
17. https://izahafizah.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
18. https://ikashoid.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
19. https://hayatisuki.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
20. http://www.rubiahkadir.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html?m=1
21. https://www.shimajelani.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
22. https://abeautybutabeast.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
23. https://www.vitaminkesihatansejagat.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
24. http://sovitamin.com/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah/
25. https://www.atulhamid.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
26. https://www.mialiana.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
27. https://idakamiliamudzakir.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
28. https://hamkarosli.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
29. http://www.suriaamanda.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
30. https://www.safenifeni.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
31. https://seindahcerita.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
32. https://puansyah.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
33. https://nnirquotes.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
34. https://ciknurul23.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
35. https://beehaazman19.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
36. https://byfarahw.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
37. https://mummysupplementshop.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
38. https://ohthrillers.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
39. http://www.mariafirdz.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
40. http://www.huhahuhajerr.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
41. https://akukaudansesuatu.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
42. https://www.bondezaidalifah.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
43. https://messarah.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
44. https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
45. https://fiqadira.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
46. https://yamanaimy.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
47. https://baizurabahar.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html?m=1
48. https://madamcaramel.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
49. https://cikroxa.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
50. http://madamcaramel.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
51. https://ematunz.blogspot.com/2019/08/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
52. https://itsthesuraya.blogspot.com/2019/08/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
53. https://stnrsyfh.blogspot.com/2019/08/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
54. https://www.shuhaidasaad.com/2019/08/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
55. https://nurain-syahirah.blogspot.com/2019/08/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
56. https://thethoughtsintowords.blogspot.com/2019/08/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html
57. https://yansaflina.blogspot.com/2019/08/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html




Pemenang pertama :



https://nnirquotes.blogspot.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html



Pemenang kedua :



http://www.rubiahkadir.com/2019/07/skin-care-giveaway-by-airah-syahirah.html?m=1



Tahniah! Terima kasih join giveaway. Boleh bagi detail nama, alamat dan no tel di email I, helloairahsyahirah@gmail.com okay. Yang tak menang jangan risau Insha Allah nanti I buat giveaway lagi stay tuned sebab I ada juga buat giveaway di instagram.





Pemenang Skin Care Giveaway




'In life, all you nedd is faith, trust and a little bit of pixie dust! Highlight the desired areas on your face with just a little bit of our pixie dust and experienced the magic!' - Beautyra Pixie Dust



Siapa je yang tak pernah tengok produk dari Beautyra ni lalu dekat timeline Twitter kan? I salah seorang yang excited bila Beautyra nak launch highlighter diaorang. Masa produk ni belum launch lagi, Beautyra pun belum expose apa produk terbaru diaorang tiba-tiba ada orang lain pulak expose gambar Beautyra Pixie Dust ni. I antara salah sorang yang sempat tengok awal gambar tu dan siap save sebab nak beli!








Jatuh hati dengan design dekat packaging dia. Comel and so fairy. I bukan selalu beli makeup pun walaupun wishlist kemain panjang tapi simpan je wishlist tu. Bila Beautyra keluarkan highlighter terus rasa nak beli. Walaupun I suka juga tengok lip cream dan blusher diaorang tapi tak apa beli yang tak ada dulu.



Harga untuk highlighter ni RM45 tak silap I untuk 7g. Boleh tahan mahal bagi I tapi sebab cantik kita beli je la. Packaging dia jenis kotak, bukan  plastic atau kaca jadi macam selamat sikit la jatuh tak pecah bekas dia tapi tak jamin highlighter tak pecah. Bahagian dalam ada cermin jadi senang bila nak pakai. Bawa dalam handbag pun boleh sebab bekas kecil siap cermin boleh guna bila-bila masa je tapi I tak ada la nak bawak highlighter dalam handbag hahah. Biasa bb cushion dan lipstick je untuk touch up semula.





Tak silap highlighter ni ada satu code je, Fairy Ever After BH01. Warna dia gold tapi bila I pakai tak ada la warna dia pop sangat. Kena pandai nak ambil banyak mana ikut kesesuaian makeup korang. Setakat ni I pakai memang best sebab boleh nampak natural glowing je ataupun nak nampak pop pun senang je. Layerkan lebih sikit. Warna dia boleh tahan pigmented. Guna jari pun senang je produk nak lekat dan guna brush pun okay je. 



Kalau nak tengok contoh highlighter ni di muka I boleh check gambar di bawah okay. I tak ada masalah nak pakai highlighter ni since I pun beginner dalam makeup tapi nak pakai highlighter ni senang je. Kesan iritasi atau merah-merah pun tak ada jadi semua bahan yang digunakan sesuai dengan kulit I.








BeauTyra Pixie Dust

Alhamdulillah laptop I kembali bernyawa. Dah lama hidup rasa kelam, suram je bila banyak idea nak taip blog tapi laptop sakit. Nak taip dekat handphone memang I tak minat sebab rasa mood tak sampai hahaha.Jadi macam-macam cerita dan idea pending. Sekarang laptop dah hidup semula boleh la terusnya update blog kesayangan ni.



Cerita dia haritu I tengah tengok Running Man dengan Ayhan. Eh tetiba screen laptop gelap lepastu mati. I try on semula lepastu okay then shut down semula. Sedih gila lepastu Aiman cakap mungkin charger dah rosak kot. I macam ye ye je Aiman ni padehal dia bukan tengok lagi laptop nya. I bagitau masa tu dia ada dekat office.





Rupanya memang betul charger laptop yang rosak sebab masa balik Perak, cuba charger adik I okay je laptop on. Hebat juga Aiman ni tak tengok laptop pun boleh tahu apa masalah dia hahahaha. Padehal memang laptop dia jadi dah tahu la apa sakit laptop tu kan.  So segala job dan review untuk blog nasib baik la I balik Perak masa tu boleh la pinjam laptop adik I. Kalau tak kena ajak Aiman pergi cc. Dah lama juga tak jejak kaki dekat Cyber CafĂ©. 



Kalau korang pun ada masalah charger laptop rosak tapi tak tahu nak cari dekat mana boleh la survey Shopee. Aiman memang survey Shopee dulu sebab nak bandingkan harga. Lepastu balik JB baru cari dekat Plaza Pelangi. Kalau nak tahu Plaza Pelangi Johor Bahru dah ada macam-macam jenis kedai jual barang laptop, pc, printer semua benda la ada. Jadi senang juga boleh compare harga dan banyak pilihan.






Masa pergi Plaza Pelangi tu ada la dalam empat, lima kedai I dengan Aiman masuk nak survey harga. Ada yang jual sampai RM100++ tau. Padehal dekat Shopee RM30 pun dah boleh dapat. Tapi I beli je dekat Plaza Pelangi harga RM50 je. Rasa sesuai la harga tu walaupun beli online lagi murah. Tak payah nak tunggu penghantaran lagi. Balik rumah boleh on laptop tengok Running Man. Wayar charger yang I beli ni ada waranti 3 bulan tak silap jadi okay la tu. Setakat ni guna semua okay.




Wajar charger I rosak bukan bahagian plug dia tu tapi sambungan kotak bateri dia. Jadi kalau korang nak beli terus plug sekali pun ada RM10 je.






Laptop Rosak!




Hada Labo Premium Whitening Lotion. Dah dua bulan juga la I guna lotion ni. Kalau tak tahu lotion atau toner lebih kurang sama je. Cuma yang I perasan lotion lebih pekat sikit dari toner. Jadi step nak pakai dia, cuci muka dulu then boleh la apply toner/lotion ni. Kemudian sambung la dengan step seterusnya.



Sejak guna Hada Labo Premium Whitening Lotion I perasan memang kulit I banyak peningkatan. Sebabnya I hanya tukar skincare routine I dengan tambah Hada Labo Premium Whitening Lotion dalam step skincare routine. Jadi boleh nampak la perbezaan yang lotion ni boleh buat.





Pertama I nak kongsi bentuk packaging dia. Botol dia memang besar. Besar tapak tangan I kot. Botol jenis plastic.  Kalau nak bawa travel jalan jauh tu macam susah sikit la sebab tu kadang I suka transfer produk dalam  botol kecil jenis spray tu. Nak pakai pun senang spray je kat muka. Kalau tak rajin nak tukar botol I bawak je segedebuk macam ni.



Bau dia pula tak ada bau apa pun kot. Cuma ada bau soft yang tak ketara sangat. Dalam bahan yang digunakan pun tak ada pewangi jadi sesuai la untuk korang yang kulit sensitive. Tekstur pula lebih pekat dari toner biasa dan berwarna milky sikit. Bagi I produk ni cepat juga serap pada kulit. Ada la rasa sticky sikit sebab kepekatan dia tu kan tapi tak lama pun nanti dah tak rasa dah sebab lepas sapu lotion ni I sapu benda yang lebih sticky lagi seperti moisturizer dan sleeping mask haha.  Hada Labo ni memang banyak jenis jadi korang boleh la pilih produk dia yang bersesuaian dengan kulit. Tapi I rasa kalau korang bukan jenis suka skincare yang rasa sticky, better tak payah guna yang ni sebab macam I cakap Hada Labo ada je yang lightweight punya lotion.






Apa yang buat I tertarik nak cuba Hada Labo lotion ni sebab produk ni claim boleh mencerahkan kulit dalam masa yang sama dia bagi kelembapan yang tinggi untuk kulit. Selain itu, produk ni juga anti dark spots, anti redness dan anti dullness.



Pengalaman I pakai, untuk dark spot memang ada perubahan ketara. Haritu ada serangga gigit I dekat muka, dia jadi macam jenis jerawat bump tak ada mata tu tapi bukan jerawat. Kemain gatal I tonyoh sampai tinggal kesan macam bekas jerawat hahaha. Bila pakai lotion ni dalam seminggu nampak perubahan dah nak hilang kesan parut dia.





Muka I memang ada redness yang agak teruk terutama bahagian hidung. Nasib baik ada beberapa produk kecantikan yang I pakai berkesan nak kurangkan redness termasuk la lotion ni. I kalau konsisten pakai memang dapat dibendung kot redness ni. Muka pun tak nampak kusam dah bila pakai. Untuk kesan brightening dia I tak pasti berfungsi dekat I ke tak sebab I tak ada kesan belak atau tona kulit tak sekata dah. Cuma memang nampak la kulit lebih berseri, glowing, lembap sangat.



I paling suka bila layerkan lotion ni. Pakai banyak kali masa buat skincare routine. Bertambah-tambah rasa lembap pada kulit tu. Kadang bila malas buat skincare routine waktu pagi, I pakai lotion ni je. Bukan sebab malas pun, sebab tak sempat.



Antara bahan penting yang digunakan adalah Traneamic Acid yang membantu merawat bintik hitam, mengimbangkan kulit dan memberi keserian pada kulit. Hyaluronic Acid pula I rasa memang tak perlu diperkenalkan lagi sebab banyak kebaikan dia pada kulit. Lebih-lebih lagi dalam bab memberi kelembapan yang diperlukan oleh kulit.








Hada Labo Premium Whitening Lotion Review

I nak sambung entry Cameron Highland haritu. Entry lepas I dah share review salah satu homestay yang korang boleh cuba kalau nak bermalam di Cameron Highland, I Color Home & Stay. I suka homestay ni asalkan selesa, cantik dan berfungsi dengan baik. Entry kali ni pula I nak share aktiviti kiteorang di Cameron Highland.



 Bilik homestay yang selesa



Rancang macam-macam tempat nak pergi. Cameron Highland ada pelbagai tarikan yang best. Ada yang baru ada yang lama pun I rasa nak pergi lagi tapi disebabkan bercuti masa cuti umum, tak banyak tempat la boleh pergi. Dengan jem, tempat tarikan penuh, tak ada parking. I nasihatkan kalau korang nak bercuti di Cameron Highland elakkan cuti umum. Hari biasa lebih tenang. I pun baru pertama kali datang masa cuti umum ni. Biasanya datang weekdays je ataupun hari jumaat.



Lepas settle checkin homestay, unpack barang semua ready nak buat bbq. Kali ni tak pergi bbq steamboat dekat luar. Buat dekat homestay je sebab sebelum ni dah banyak kali bbq and steamboat dekat restoran luar. Kalau korang nak cuba bbq di Cameron Highland, I suggest pergi Restoran Taman Apple Cameron Buffet Steamboat and Grill, puas hati. Semua dah lapar lepastu suasana sejuk memang seronok la bbq dekat rumah je. Antara menu bbq, daging, kambing, sosej, udang dan untuk steamboat, bebola dan isi ketam.








Lepas dah kenyang, lewat petang tu siap-siap nak pergi pasar malam. Sampai je pasar malam Golden Hills tu jem teruk. Dengan bas, kereta, motor, lori semua ada sesak-sesak dekat situ. Kalau boleh korang nak pergi pasar malam jangan lewat sangat. I rasa pukul 5 ke 6 petang macam tu dah sesuai dah. I pergi nak dekat maghrib kemain berhimpit nak cuci mata pun tak senang. Dah la parking jauh. Dekat pasar malam ni la sesuai nak borong strawberry. Banyak juga I beli strawberry. Harga pelbagai jadi memang kena survey semua yang jual strawberry kalau nak cari paling murah.



Lepas balik dari pasar malam, sambung buat bbq, makan-makan strawberry dan ice cream strawberry sambil layan movie. Malam I rasa tak ada aktiviti sangat nak dibuat di Cameron Highland ni. Esok pagi kena bangun awal pagi siap-siap nak jalan.


Tanaman sayuran MARDI


Ladang teh MARDI



Tempat pertama, MARDI. Apa yang paling best di Mardi ni Isuka ice cream strawberry dia. Kalau pergi Cameron confirm singgah Mardi nak beli ice cream ni. Lepastu pertama kali juga la cuba scones dan set teh strawberry dekat sini. I memang dari awal nak try scones tapi dekat tempat lain tapi tak sempat nak pergi sebab jem jadi try scones dekat MARDI ni pun boleh tahan sedap sampai balik JB teringat-ingat lagi. Dah siap ajak Aiman plan next trip Cameron Highland sebab I nak scones! Tiket untuk masuk MARDI ni RM5 je tak silap I.


Ice cream and scones




Dekat MARDI ni pelbagai tanaman dan bunga korang boleh tengok. Ada ladang teh jugak. I sempat la beli dua kaktus dan satu dah mati bila I jaga dekat JB ni. Masalah betul kaktus pun tak reti nak jaga tsktsk. Next stop pergi lunch di Nasi Lemak Abang Strawberry. Dekat sini tak ada gambar sebab lupa nak tangkap. Tapi boleh baca entry I yang lepas di SINI, dan boleh tengok gambar dekat situ. Memang cantik dekorasi kedai dia, sesuai nak tangkap gambar. Sempat la beli sambal ikan masin strawberry dan cordial dia dekat sini.



Itu je kot tempat yang sempat singgah sebab jem sangat malas nak singgah tempat lain nanti dah malam baru turun dari Cameron tu. Memang malam jugak la baru sampai bawah. Memang relax je trip kali ni. Next Cameron Highland I rasa nak repeat semua tempat yang dah pergi sebab rasa macam dah lama je tak masuk semula hahaha. Lepastu ada tarikan terbaru lagi ada kambing la, anggur la semua tak sempat pergi lagi. 




Apa yang best di Cameron Highland

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.