Review I Color Home & Stay Cameron Highland

Siapa yang tak pernah bosan pergi Cameron Highland setiap tahun? I la tu hahaha. Tahun ni pergi lagi tapi kali ni ada Ayhan! Rasanya last pergi tahun lepas masa mengandungkan Ayhan pergi makan bbq dekat Taman Apple Cameron. Seronoknya bila Cameron Highland tak ada jauh sangat dari rumah. Boleh terus plan je nak pergi sana. 



Kali ni pergi dengan family mertua dan tidur Cameron Highland sekali. Sebulan sebelum tu mesti la dah plan nak cari homestay semua tapi plan jela, book homestay nya seminggu sebelum pergi. Nasib baik la tak full booking sebab tarikh yang kiteorang pergi tu Hari Merdeka dan Awal Muharram. Memang pack la sepatutnya tapi nasib baik masih ada homestay yang available. Nanti I senaraikan beberapa homestay yang I dah tanya rate di entry lain okay senang la siapa yang cari homestay di Cameron Highland untuk refer situ je.



Kiteorang lapan orang dewasa, tiga orang kanak-kanak dan sorang baby. Jadinya antara ciri-ciri homestay yang dicari mesti la yang cantik, luas dan ada extra bantal dan tilam. I pilih ‘I Color Home & Stay’ untuk penginapan kiteorang di Cameron Highland. Tak silap I bangunan homestay ni baru lagi sebab sebelum ni I ada tidur homestay yang berhadapan dengan bangunan homestay sekarang, Gobok Homestay. Masa tu pun baru juga. Jadi bila homestay baru ni mesti la semua berfungsi dengan baik hahaha



Apa yang best di homestay ni korang tak perlu risau pasal security. Insha Allah selamat. Nak masuk pagar kena guna kad, nak naik lif pun kena touch card. Ada pondok pengawal jaga depan tu jadi tak perlu la risau sangat. Nak checkin pun tak ada proses yang rumit. Semua lancar dan senang je.









Paling I suka dengan design dan hiasan homestay ni. Lawa sangat! Colourful dan banyak corak tapi tak terlalu sakitkan mata. Warna pastel lembut macam tu memang favourite I la. Perabot dia pun tak terlalu banyak jadi ruang luas untuk bebudak lari-lari. Ada dapur lengkap dengan pinggan dan alatan memasak semua, peti ais pun ada. Tv, heater semua ada.








Homestay ni ada tiga bilik dan dua bilik air. Dua-dua bilik air hot shower berfungsi dengan baik. Yang tak ada adalah wifi dan mesin basuh. Jadi nikmati la percutian tanpa internet dan basuh baju dekat dobi atau bawak balik rumah je okay.



Untuk ketiga-tiga bilik, bilik pertama ada toilet dan ada iron . Katil queen. Bilik kedua pula ada dua katil queen jadi ramai boleh tidur. Dekat bilik kedua pun ada sediakan beberapa tilam single extra. Bilik ketiga pun ada katil queen jadi maksimum dalam 10 orang la boleh menginap di homestay ni.








Homestay ni tingkat dua dan dekat balkoni boleh terus nampak parking kereta. Pemandangan biasa je nampak bangunan apartment sebelah, depan, tepi, belakang hahaha Parking kereta pun banyak tapi kalau bawa lebih dari satu kereta, untuk dapatkan lebih access card berdasarkan budi bicara juga. Nasib kiteorang baik sebab dapat dua. Pengalaman duduk homestay ni satu malam selesa dan cantik tapi cuma ada satu je yang tak best, pintu bilik dan toilet tak boleh kunci. Kunci dah rosak jadi kalau nak pergi toilet redho jela kalau tetiba orang bukak pintu hahahahha



I book homestay ni di booking.com dengan harga RM250 lepastu tambah RM50 untuk cleaning fee. Jangan lupa guna Shopback tau masa booking tu.



Ayhan pun lena je tidur malam sejuk dan selesa




2 comments

  1. colourful dan ceria nampak homestay ni. Nampak kemas bersih dan sesuai untuk family staycation

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betl tu salah satu homestay yang paling cantik Airah pernah stay

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.