Addon White Coffee

Kali ni I pergi makan di Addon White Coffee yang terletak di Jalan Raja Ekram. Tak silap I Addon White Coffee ni dah ada tiga empat cawangan dah. Banyak nak bukak. Haritu lalu dekat area Ipoh juga ada cawangan baru lagi. I pergi yang cawangan pekan Ipoh.



Bila balik Perak memang banyak la list makanan, kedai, cafe, restoran nak pergi tapi bila dah sampai sana terus gelabah tak tau nak makan mana. Tiap kali balik Perak macam tu -.- Masa tu la baru nak google semua benda padahal masa dekat JB kemain nak makan itu ini. Nasib baik kali ni sempat la nak rasa makanan yang ada di Addon White Coffee.









I terjumpa Addon White Coffee punya post viral dekat facebook sebab minuman dia macam gambar dekat atas ni la. Unik sikit sebab kena tuang sendiri lepastu gelas dia pun lain dari yang biasa. I order air green tea dan Aiman punya pearl white coffee tak silap.



Rasa air dia boleh tahan sedap.






Masa I datang tak silap hari isnin. Ada dua tiga meja je yang ada orang so memang sepi la seronok datang time orang lain kerja ni hahaha. Suasana cafe dia memang best. Susunan dan pemilihan perabut dia buat cafe ni nampak cantik dan best la nak tangkap gambar. Staff Addon pun friendly. 



Parking je masalah kalau datang time weekend memang susah la sebab parking tepi jalan je tak ada kawasan parking yang luas. Cafe ni bukak setiap hari tau dari 9pagi hingga 12 tengah malam jadi sesuai la nak breakfast, lunch, dinner, lepak semua dekat sini. 








I tak ingat nama menu Aiman tapi macam gambar dekat atas ni la hahaha. Dia punya tak silap mee tarik. Mee tarik diaorang pun ada pelbagai jenis. Rasa dia sedap bagi I tapi bagi Aiman biasa je. Susah nak menepati citarasa Aiman ni.





Atas ni pula menu I. Yang ni pun I suka jugak. Terasa kari dia tapi tauhu tu Aiman la habiskan, I tak suka. Mee diaorang sedap memang terasa perbezaan dengan mee biasa sebab jenis mee tarik. Lepastu order juga set roti dengan telur separuh masak ni. Roti dalam bekas kukus macam ni confirm la gebu sangat.





Bagi I memang sedap makanan dekat sini. Baru rasa tiga menu je I teringin jugak nak rasa yang lain-lain kena tunggu balik Ipoh nanti. Haritu masa bulan puasa sempat juga la berbuka pilih set ramadhan diaorang. Bagi I set ramadhan tu biasa je lagi best pilih menu yang macam I pilih. Kalau datang Ipoh boleh la singgah makan sini. Masukkan dalam list food hunting korang okay.



Addon White Coffee
From 9am till 12am midnight
Buka setiap hari
Instagram : addonwhitecoffee
Facebook : addoncoffee





4 comments

  1. ipoh pun byk tmpat best makan sebenaqnya. tpi bila pegi mesti mcm emm nk makn mana eh.. mmg mcmtu kan haha

    ReplyDelete
  2. menarik lah cafe ni.decoration cantik, besar dan selesa. menu pun nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang airah rasa salah satu tarikkan cafe ni, dekorasi dia. Cantik

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.