Ayhan Tiga Bulan




Walaupun Ayhan baru tiga bulan, dah macam-macam benda I belajar. Yang paling ketara tak senang sebenarnya nak jaga anak ni hahahaha. Waktu tidur ke laut, menguji kesabaran dan menguji mental fizikal juga. Dalam sebulan pertama ke dua bulan tu mungkin la okay sikit sebab baby banyak tidur ni. Ni bila kaki tangan dah kuat macam-macam benda nak buat.



Ayhan dah pandai menerap bila dia tiga bulan. Teruja juga la tengok dia dah pandai menerap. Dah reti juga keluarkan sebelah tangan yang kena tindih dengan badan tu. Kadang terlupa nak keluarkan lepastu stress je hahhaha. Kepala dan leher pun dah kuat nak angkat bila menerap. Bila dah pandai menerap ni bahaya juga takut dia lupa nak bagi hidung bernafas nanti penyet je hidung dekat tilam. Bahaya betul. Risau juga I bila I tidur tapi dia dah jaga dan dia nak menerap. Sebabtu I akan tidur sedekat mungkin dengan dia, jadi bila dia gerak I boleh sedar.





Melompat pun dah pandai. Maksud I bila dukung dia kemain kaki nak melonjak nak lompat. Nasib la kaki banyak lemak so kuat juga la dia lompat. Bila I dah lenguh nak pegang dia nak lompat, I stop kemain sedih muka terajang-terajang hahaha.



Selain itu, apa yang I perasan Ayhan ni boleh tahan cepat bosan dia. Bagi mainan kejap je main lepastu mainan entah kemana, dia nak suruh I angkat. Asyik push angkat kepala nak bangun je bila I sandarkan dia duduk dekat bantal. Memang nampak sangat la kekuatan dia tu nak bangun, kuat menendang dan nangis pun kuat. Owh Ayhan dah pandai pegang dan main rattle juga so lepas ni boleh la suruh abah belanja mainan banyak-banyak. Buat masa ni mainan Ayhan ada dua je, rattle dan tiga biji bola ada loceng dalam dia.






Waktu tidur dia pula kadang-kadang okay, kadang-kadang enam jam tahan mata tak nak tidur tapi nak ngamuk. Geram tengok budak kecik ni. Dia yang tak nak tidur, dia pulak yang nak ngamuk. Lepastu tak nak tidur bukan nak duduk diam main tapi sampai I pun tak tahu dia nak apa. Check pampers dah, perut okay, tempat tidur selesa, suhu selesa, kadang tu I siap mandikan terus bilas badan dia bila tengok dia tak keruan nak nangis je hahaha.



Tapi bab susah tidur berjaga lama tu kadang-kadang je ada hari dia nak badmood. Kadang tu ada je hari dia tidur okay je sempat la mummy nak update blog haha. Dalam dua bulan macam tu I perasan air liur dia dah start meleleh. I curious juga sebab orang cakap lepas bersalin nanti rambut gugur teruk blablabla tapi I tak ada pun. Hambekkkk sekali Ayhan dah start air liur meleleh dalam umur dua bulan nak masuk awal tiga bulan kemain rambut I gugur teruk macam sakit apa dah. Harap tak ada la tetiba ada spot botak dekat kepala ke apa mummy tak rela.



Itu je kot I nak share bila Ayhan dah umur tiga bulan ni. Tak sabar nak tunggu dia empat bulan, lima bulan dan enam bulan lepastu dah boleh makan yeayyy. I dah siap nak kumpul resepi dia macam lepastu nak shopping barang, mangkuk, bib semua untuk Ayhan makan hahaha. Sekali sekala over tak apa kot.



7 comments

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.