The Face Shop Rice Ceramide Review

Pernah tak korang keliru apa fungsi dan perbezaan toner dan lotion ni? Ye I selalu keliru. pernah baca, benda tu tak ada beza pun. Apa yang I faham memang toner dan lotion ni ada perbezaan. Toner lebih ringan dari lotion dan lotion lebih kepada pelembap yang lebih ringan. I ada baca jugak lotion ni lebih kepada Japan punya toner. Haaaa keliru ke tak?! hahahha.



Korang boleh je pilih sama ada nak pakai toner atau lotion atau pakai dua-dua sekali bergantung kepada keperluan kulit sendiri. Macam I, I lebih suka extra, pakai dua-dua sekali. Nanti I share skincare routine I sekarang okay. Harini nak share review The Face Shop Rice Ceramide.



The Face Shop Rice Ceramide ni adalah sejenis toner yang lebih pekat dari toner biasa sebab dia lebih melembapkan dari toner biasa. I ada baca kepentingan atau fungsi ceramide untuk kulit muka. Salah satunya untuk membantu skin barrier korang. Antara tanda skin barrirer dah rosak kulit kering, kulit kasar, penuaan, iritasi, redness. Jadi nak selamat boleh la cari produk yang mengandungi ceramide. Bila skin barrier korang okay, kulit lebih sihat dan lembap.



Produk : The Face Shop Rice Ceramide
Isi : 150ml
Harga : RM33 (Althea)






I suka botol produk ni. Packaging botol dia jenis plastik, besar tapak tangan I je. Rasa macam tak ada la besar sangat kalau nak bawa travel. Tekstur dia macam I cakap tadi lebih pekat sikit dari toner biasa. Warna pula transparent milky putih macam tu. Bau dia pula wangi sebab bahan dia ada pewangi. Kalau korang jenis tak tahan produk yang ada pewangi test dulu okay sesuai atau tak. Bila sapu dekat muka pun masih boleh bau lagi wangian dia. Bagi I bau dia tak ada la kuat sangat. bau wangi yang lembut je.



Kebanyakkan bahan yang digunakan memang selamat untuk kulit tapi ada beberapa yang risiko rendah boleh menyebabkan iritasi seperti pewangi tadi.







I pakai The Face Shop Rice Ceramide ni lepas cuci muka. Kira macam step pertama la lepas cuci segala kotoran pada muka. Cara I pakai pula I masukkan The Face Shop Rice Ceramide dalam botol jenis spray yang kecil tu I beli dekat Mr DIY. Ikutkan I buat macam tu sebab nak jadikan produk ni sebagai mist. Bila kena bangun dua tiga jam sekali nak susukan baby, bagi segar sikit, I spray la dekat muka.



Last-last masa buat skincare routine pun I pakai macam tu juga. Spray je dekat muka lepastu sapu rasa sampai serap pada kulit. Bagi I tahap penyerapan dia boleh tahan la. Tak lama sangat nak tunggu semua serap pada kulit. I biasanya bukan sapu produk skincare pada kulit muka sahaja, pada bahagian leher pun kena sapu okay. Nanti muka je nampak sihat, leher dah banyak kedutan, garisan penuaan hahaha.





Kalau korang tak nak guna spray botol macam I, pakai macam biasa la. Bentuk botol dia macam I tunjuk dekat gambar atas ni. Tuang je produk atas tangan lepastu sapu pada muka. Bagi I tak berbaloi sangat kalau nak gunakan produk ni pada cotton pad baru sapu pada muka sebab tekstur dia agak pekat. Kalau toner biasa yang cair sikit tu sesuai la sebab nanti semua isi dia pergi dekat cotton pad je tak kena sangat pada kulit muka.



Kesan I pakai The Face Shop Rice Ceramide ni memang rasa kulit lembap. Kalau pakai produk ni je pun kulit I dah rasa lembap tapi tak cukup kena tambah pelembap biasa juga. Bila I pakai produk ni boleh nampak kulit lebih glow. Itu yang paling best bila kulit sihat.





Ekstrak beras membantu melembut, mencerah dan menyerikan kulit. Ceramide pula macam I taip dekat atas tadi memberi pelindungan kepada kulit dari kekeringan. Hyaluronic acid pula menarik lembapan agar kulit kekal lembap sepanjang masa.Buat masa ni The Face Shop Rice Ceramide ni sesuai untuk kulit I. Skincare routine I yang sekarang memang membantu sangat kulit lebih lembap, cerah dan mengelakkan masalah kulit yang teruk.



Mungkin I akan beli lagi kalau I tak jumpa produk lain yang mengandungi ceramide ataupun produk lain tak best.





23 comments

  1. Rice ceramide isnt made for me T_T

    ReplyDelete
  2. tak pernah tahu pun beza die..selalunya dengar toner je. dah lama tak jenguk faceshop ni..selalunya beli perfume die je. nice share

    ReplyDelete
  3. Mrs. A suka toner tapi yang TFS Rice Ceramide ni tak pernah cuba lagi

    ReplyDelete
  4. Tak pernah tru produk The Face Shop tapi teringin nak cuba sebab produk dia semua nampak bagus. Bahan-bahan yang dorang guna pun best jugak. Maybe boleh try produk yang ni dulu.

    ReplyDelete
  5. i pun suka pakai dua-dua sebab rasa lembab dia best! Before tidur & lepas mandi pagi. Rasa fresh la muka. Quite nice la pakai beras sebab dulu my mom suruh basuh muka dengan air beras tapi I malas haha

    ReplyDelete
  6. Pening kan nak tahu beza toner dengan lotion. Thanks for the sharing, maka faham sikit la apa beza. Rawlins memang suka produk yang Althea bawa - mudah, murah dan selamat kan

    ReplyDelete
  7. Terbaik review ini, kerana wanita akan menyukai artikel ini. Sebab apa? kerana kecantikan tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan harian mereka. hehe

    ReplyDelete
  8. Nica sharing. Mat Drat ingat sama je fungsi toner dan lotion tu. Baca ni baru tahu berbeza rupanya..
    Biasalah lelaki, bab bab ni memang gagal sikit

    ReplyDelete
  9. Ada baca juga yang orang kata ingredient ceramide ni bagus. Nad for now pakai Mario Badescu punya mist jee, tu pun jarang-jarang sebab tarlupa hahah. Spray-spray ni memang lagi mudah sebenarnya.

    ReplyDelete
  10. I rasa macam nak try produk ni jugak, sebab I baca ceramide pun bagus untuk bantu kulit. Thank you for this review.

    ReplyDelete
  11. I like The Face Shop products, will check out this one also.

    ReplyDelete
  12. Wah macam ni mudah. Spray je. Tak suka betul toner2 yng nk kena sapu. Lelaki fhm2 je la kan. hahaha. Boleh try soon ni

    ReplyDelete
  13. Mmg best nampak produk ni. Suka dengan jenama face shop yg mmg ramai org tahu ttg kualitinya heheheh

    ReplyDelete
  14. Biasa brand dari Jepun kebanyakannya refers toner as a lotion, tak kira lah hydrating toner ke apa, diorang panggil lotion & mostly negara lain diorang refers lotion tu as a moisturizer. Moisturizer yang tekstur dia macam lotion, tak terlalu light and tak terlalu thick, kira nice ahh. Betul tak? Haha

    ReplyDelete
  15. Macam best je produk 2 in 1 ni. Xpernah try lagi produk Face Shop ni. Macam best dia punya function kan.

    ReplyDelete
  16. dulu masa remaja memang selalu guna produk berasaskan beras. sabun beras, shampoo beras la. macam-macam. btw product ni good to try.

    ReplyDelete
  17. Macam best je produk ni. Paling penting boleh melembapkan kulit muka dan bagi kesegaran berpanjangan. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  18. wahhh dah macam sk2 pulakkk ...nanti nak cuba jugaklah , patut muka airah ploles sajaa

    ReplyDelete
  19. Ohh dia jenis cecair ye bukan jenis likat.. Sbb ada sstgh toner pekat sikit kan.. Tp wawa lebih suka toner yg cair sbb rasa fresh je muka bila pakai

    ReplyDelete
  20. This products with ceramide looks really interesting! Glad that it makes your skin looks glowy and healthier too.

    ReplyDelete
  21. Like the watery toner type, not feeling sticky and refreshing immediately after apply it.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.