Staycation Ipoh

Siapa je kan yang tak suka tidur hotel sambil berehat, tenangkan fikiran dan luangkan masa dengan keluarga. Lepas habis pantang haritu, Aiman ada book hotel untuk I. Jadi bertiga la tidur dekat hotel tu. Ayhan baru keluar dari perut terus dah tidur hotel hahaha. I rasa Aiman baik hati belanja tidur hotel sebab tengok I macam nak jadi zombie dah kot masa berpantang. Macam nak jadi zombie ke memang dah jadi zombie hahahha.



Hotel yang Aiman book tak jauh pun dari rumah. Dekat Weil Hotel. Kalau korang pernah pergi Ipoh Parade, hotel ni sebelah Ipoh Parade je. Bangunan dia bersambung dengan Ipoh Parade jadi sambil bersantai dekat hotel boleh la pergi shopping dekat Ipoh Parade. I tidur situ dua hari satu malam je. Check in tak silap pukul 3 petang. Sebelum pergi hotel sempat singgah Aeon St18 dulu beli starbuck.






Salah satu sebab utama pilih Weil Hotel ni jugak sebab nak bathtub! I suka hotel yang ada bath tub sebab suka berendam lama-lama. Jadi sebelum tu dah siap-siap order bath bomb untuk bath tub hahaha. Entry review bath bomb nanti I share lain kali okay. Korang boleh search je dekat search box tepi blog ni. Tak silap I, semua bilik di Weil Hotel ni ada bath tub. Siap ada bilik yang ada jakuzi okay best gila. Tapi tak ada la nak book bilik tu sebab mahal. Mampu yang ni je haha.



Parking untuk hotel ni korang kena ikut parking shopping mall Ipoh Parade. Nanti dah naik sampai atas, belah kiri boleh nampak parking untuk hotel pula. I memang dah selalu pergi Ipoh Parade selalu la nampak parking hotel tu banyak kosong. Pandang sepi je sebab parking shopping mall dah penuh.





Masuk je bilik dia, wow best nya. Cantik! Bilik I jenis dua katil single tu sebab tak silap katil double dah full rasanya. Masuk je bilik, belah kiri wardrobe, belah kanan toilet.







Lepastu jalan depan sikit ada tempat letak luggage/bangku dan bahagian refreshment. Ada kopi, teh, heater, mug, glass semua siap. Kacang pun ada tau biasa I pergi hotel biasa diaorang bagi minuman je. Dalam wardrobe pula ada bathrobe, hanger, iron dan iron board. Hair dryer pun siap complete.



Toilet pun cantik dan bersih. Macam biasa ada favourite bath tub I dan ada rain shower sekali.










Tv pun ada macam-macam channel yang best. Memang malam tu kiteorang lepak bilik tengok movie je haha. Petang tu dah siap-siap tapau dinner dekat Ipoh Parade. Lepas check in tu diaorang ada bagi welcome drink kena pergi minum dekat cafe dia la. Cafe pun lawa gila.









Esoknya sempat la round-round kejap dekat pool. Pool sini jenis infinity pool tu tau kalau tangkap gambar memang cantik. I mampu tengok je la sebab baru habis pantang kan tak kan dah nak mandi pool hahaha. Next time kena try hotel lain pula sebab nak berendam lagi.



Kalau tengok dekat meja antara katil tu ada sediakan handphone untuk memudahkan korang search apa yang best dekat Ipoh ni. Siap boleh call lagi tau jadi memang berguna untuk pelancong. I memang selesa sangat menginap dekat sini. Walaupun tak ada la jauh mana dari rumah tapi acah-acah berjalan jauh juga la. Seronok dapat berehat dekat hotel selesa macam ni. Kalau datang Ipoh Perak boleh la try Weil Hotel. Terletak dekat je dengan Pekan Ipoh. Senang nak berjalan ke mana-mana.



Weil Hotel
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak
+605 208 2228



11 comments

  1. omg! bestnya. Lepas berpantang tenangkan diri~ :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih memberi review yang sangat baik . Suasana bilik agar selesa, lepas ini boleh pergi hotel ini.

    ReplyDelete
  3. I asal Ipoh. Teringin juga nak stay sini saja2 sebab ramai cakap best! Kena pergi satu malam jugak ni excited baca review ni! Hehe

    ReplyDelete
  4. Wah, Wan. Bilik air private yang tak berapa private. Sesuai sangat untuk puan yang mempunyai baru 3 ahli keluarga. Kalau dah ada anak besar macam tak sesuai. Bertuah puan dapat menenangkan fikiran kat sini

    ReplyDelete
  5. Biasa tak berapa cerewet untuk hotel asalkan semua lengkap selesa. Kalau dapat yang murah dan cantik memang bonus la utk gambar cantik. Kalau ke Ipoh bolehlah cuba Weil Hotel.

    ReplyDelete
  6. suka sangat tengok tandas dia! Cantik & bersih, nampak elegan

    ReplyDelete
  7. What a nice family trip, I can't wait for my next family trip tempted to plan one in Ipoh after reading your blogpost.

    ReplyDelete
  8. kadang2 memang kena ada stayvacation macam ni. untuk relaks dan tenang fikiran...suka dengan konsep hotel ni ringkas dan sederhana tapi tetap selesa

    ReplyDelete
  9. This hotel room looks super cosy and comfortable to stay. I always having hard time to find hotel in Ipoh, thanks for sharing this beautiful and affordable hotel!

    ReplyDelete
  10. Wah.. Cantik hotel dia dan npk selesa next time pg ipoh blh nginap kat hotel6ni

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.