Ninso Berhantu

Hantu, pukau, nafsu bila masuk kedai jenis RM2 ni memang tak boleh nak elak atau tepis. Kalau masuk je kedai macam ni confirm tak ada keluar kalau tak beli apa-apa. Lepastu bukan nak beli dua tiga barang je. Rasa nak borong satu kedai. Dulu I ada share barang yang berguna juga la kalau korang nak beli di kedai RM2 dekat entry SINI (Eco Haul). Boleh baca okay.



Kali ni I shopping dekat Ninso pula. Kalau dekat Johor ni tak silap banyak juga la kedai Ninso ni. Kedai macam RM2 jugak tapi kedai dia warna kuning dan besar. Dari sebelum pregnant sebenarnya teringin nak pergi Ninso ni sebab terbaca entry blog blogger lain shopping dekat sini baru sekarang ada masa nak pergi. 





I pergi yang dekat Pasir Gudang punya. Plan nak beli hanger je sebab baju bertambah-tambah tapi hanger tak cukup-cukup. Stress nak kemas baju bila tak ada hanger ni. Sampai ke Pasir Gudang mencari hanger kannnnn hahaha. Ikutkan boleh tahan jauh juga la JB ke Pasir Gudang sebab kalau dekat baik pergi kedai RM2 belakang rumah je tapi ambil kesempatan nak jalan-jalan. Dah setahun lebih juga la tinggal dekat Johor ni baru pertama kali jejak kaki dekat Pasir Gudang haha.



Ninso dekat Pasir Gudang ni bagi I memang best. Besar dua tingkat tapi nak ke tingkat dua kena naik tangga la. Kawasan dia macam kawasan kilang perindustrian macam tu jadi parking banyak dan selesa. Tak ada masalah nak parking kereta. I parking depan kedai je haritu. Ninso ni berdekatan dengan Tesco, dari jalan raya dah boleh nampak bangunan kuning dia.





Jadi apa yang I beli? Boleh tahan banyak juga la kot sebab bila tanya Aiman berapa total barang boleh tahan terkejut juga la. Ini yang nafsu ambil je semua benda tak ingat dunia penuh raga. Barang yang paling penting mesti la hanger. Beli 3 ikat terus tapi dah beli tiga ikat pun I rasa cukup-cukup je nak hanger baju macam tak ada lebih jadi kena la pergi Ninso lagi tambah hanger hahaha.



Kedua beli chopping board sampai tiga sebab nak asingkan untuk sayur, buah, ikan, daging. Suka tengok chopping board dia ada macam-macam warna. Tau tak kalau boleh chopping board pun kena kerap tukar sebab dia boleh jadi tempat pengumpulan bakteria. Sama macam span pencuci pinggan yang kita guna tu.



Ketiga beli sabun cuci tangan untuk singki. Sabun dia biasa je tak ada bau wangi sangat tapi bila sabun tangan kulit tak kering. Beli berus toilet sebab Aiman cuci toilet ganas sangat dia pergi patahkan berus tu. Mangkuk putih beli dua sebab nak test best ke tak hahahhahah Ada ke mangkuk yang tak best haaa. Mangkuk ni jenis ceramic. Mangkuk ni pun nak beli lagi nanti.








Dua barang ayhan, mainan loceng-loceng dan dua jenis buku. Saja test buku dia tu okay la untuk ayhan pegang tengok-tengok. Gambar ada yang guna real punya ada yang cartoon punya. Nanti nak cari buku lain yang gambar real. Pouch pink tu I jadikan bekas pencil, pen, washi tape. Boleh tahan besar dan muat semua benda. Tak tahu la tahan berapa lama.



Last sekali keropok fav I yang setahun sekali je boleh makan sebab berperisa gila mesti banyak msg hahah. Sedap dia sehari dah habis I dengan Aiman makan. Okay itu je yang I beli. Ninso ni best jugak sebab banyak barang dia jual sampai I rambang mata nak beli semua nasib baik la dah set budget awal-awal kalau tak hanyut.  





Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.