Review Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum

Serum baru yang I include dalam skincare routine I. Sanny & Joleen Lifestyle. I memang suka masukkan serum dalam skincare routine I. Serum ni tekstur dia senang serap dengan mendalam pada kulit jadi serum lebih khusus untuk masalah kulit tertentu.






Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant  Serum merupakan serum dengan premium Vitamin E dan formulasi tidak berminyak. Antioksidan ni membantu kulit nampak lebih sihat dan lebih muda. Paling penting mengurangkan tanda-tanda penuaan. Siapa je yang nak tua sebelum usia kan?



Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant  Serum melembapkan dan memperbaharui kulit. Dalam serum ni ada premium Vitamin E iaitu Tocotrienol. Tocotrienol ni mengandungi 40-60 kali aktioksidan yang lebih tinggi. 






Apa yang I suka dengan serum ni, formulasi tidak berminyak dia. Bila I pakai pada muka, cepat je serap dan memang tak ada kesan berminyak. I tak suka kalau waktu siang pakai benda berat berat atau berminyak pada kulit muka. Rasa rimas lagi-lagi kalau berpeluh. Kalau pakai waktu malam tak apa. Tapi dengan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant  Serum ni tak kisah nak pakai siang atau malam, selesa je. Cepat serap jadi jimat masa nak pakai skincare. Tak payah tunggu serum betul-betul serap baru buat next skincare rutin tu.



Waktu siang berpeluh berpanas pun tak ada rasa tak selesa. Bila dalam aircond pulak kulit tak rasa kering sebab antara fungsi serum ni membantu melembapkan muka. Bau serum pula kalau dekatkan pada hidung ada la bau pelik sikit. Vitamin E kan, tak kan bau wangi pula. Tapi bila pakai pada muka tak ada pun bau busuk tak menyenangkan. Tak ada bau apa pun so tak perlu risau kalau korang tak suka skincare yang ada bau atau ada bau busuk.











Warna serum ni bukan putih jernih tapi macam putih susu tu. Packaging dia pula macam biasa dalam botol serum yang selalu digunakan. I suka botol serum macam ni sebab boleh nampak isi dia dah nak habis ke belum. Ada sesetengah botol yang tak nampak isi dalam so tak sure dah nak habis ke apa. Bila dah nak habis boleh la restock cepat-cepat kan.


Serum ni selamat digunakan tau. Tak ada harsh chemicals.  Kalau korang ambil berat pasal skincare dan bahan yang digunakan. Serum ni ada dermatologist tested. Insha Allah selamat dan ada GMP Certified. Serum ni tak ada SLS dan Paraben serta tak ada synthetic fragrance. Paling penting berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Bahan dia ialah





Cara I gunakan, lepas cuci muka, pakai toner dan sapu serum ni pada muka dan leher. I pakai dua kali sehari. Pagi dan malam. Selain di kulit muka, korang boleh pakai dekat badan sekali tau. I pakai dekat tangan sebab serum ni membantu juga untuk mencerahkan kulit. Kulit tangan kan selalu terdedah dengan matahari so I sapu sekali pada tangan.


Kesan dia pada kulit I memang best! Okay pertama sekali yang I nampak, lepas pakai serum ni kulit nampak lebih sihat dan glowing jadi sesuai sangat kalau nak pakai waktu pagi sebelum keluar, pakai sebelum makeup atau boleh je campurkan sekali dengan foundation korang.





Parut jerawat I pun ketara sangat pudar. I ada jerawat dekat dahi. Jerawat yang sakit dan bump besar tu. Jerawat tu tak selalu naik dekat kulit I tapi bila dah naik memang lama betul nak surut tsktsk. Tapi bila konsisten pakai serum ni dalam tiga hari I perasan dah pudar parut jerawat tu. Lagi beberapa hari confirm hilang. Atas ni kulit I lepas seminggu pakai serum ni. Nampak perubahan ketara.



Lepastu dekat hidung I boleh dikatakan redness teruk. Tapi nampak berbeza dah kurang redness bahagian hidung tu. Kulit pun lembut. Kalau konsisten pakai confirm lagi banyak perbezaan pada kulit I.





Serum ni ada dua jenis size. 10ml dan 30ml. Yang I punya ni 10ml nanti I share berapa lama 10ml ni bertahan dengan I dekat entry empties nanti okay.






Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.