Pregnancy Diary : Scan Baby di Klinik Hidayah

Waktu paling excited masa mengandung ni mesti la masa nak scan baby. Nak tengok keadaan baby okay ke tak duduk dalam perut tu. I memang dah lama plan nak pergi scan baby sampai dah tujuh bulan baru pergi scan. Sebelum pergi scan tu survey dulu klinik mana yang berbaloi dan tak mahal sangat.



I survey dekat facebook dan google je. Memang macam-macam pakej dan promotion ada jadi kena pandai pilih la ikut kesesuaian. Rezeki masa I tengah cari klinik untuk scan baby area JB ni, ada satu klinik baru bukak dan diaorang buat promotion untuk scan. Ikutkan bulan December haritu dah habis promotion tapi diteruskan sampai bulan januari.



Klinik Hidayah, Damansara Alif, Johor Bahru. I pm dekat facebook tanya harga semua. Ada 2d, 3d, 4d, 5d scan. Harga pulak harga promosi semua scan tu bawah RM100 je. I lupa pulak nak tanya harga biasa berapa RM tapi rasanya RM100 ke atas la sebab kebanyakkan klinik yang I dah survey semua 100 ke atas.



I hantar semua harga dan senarai klinik dekat Aiman lepastu suruh dia pilih nak pergi yang mana hahaha. Tapi disebabkan Klinik Hidayah ni dekat sangat dengan rumah, pergi klinik ni jela. Lepas habis checkup dan scan baby dekat klinik kesihatan terus pergi Klinik Hidayah. Aiman first time nak tengok baby scan dan dengar degup semua. I dah selalu sangat dengar sebab dua minggu haritu kena ulang alik klinik.





Sampai klinik tengah hari macam tu, lunch pun tak lagi. Klinik tak ada pelanggan lain. Masa I scan tu baru dengar suara bebudak dan ramai tengah tunggu turn. Lepas tanya beza scan semua, daftar dan tunggu kejap terus masuk bilik doktor. Doktor pun tanya bila due date blablabla ada sakit apa-apa ke tak.



Doktor dekat sini doktor perempuan so selesa laa nak tunjuk perut semua kan. Aiman pun ikot masuk sekali. Doktor dah pesan awal-awal kalau ada apa-apa nak tanya masa scan tu terus boleh tanya. I tak ada banyak soalan sangat sebab I tak ada masalah kesihatan cuma masa scan dekat klinik kesihatan, doktor cakap kepala baby besar sikit so I suruh doktor tengok betul ke besar semua. Doktor cakap okay je ukuran, ukuran kaki, rupa tulang, perkembangan otak semua sihat.



Paling best dapat tengok jelas baby menguap lepastu bukak tutup mata. Comel teruk wehhhhh rasa nak menangis tengok tak sabar nak tunggu baby keluar hahaha. I cakap dekat Aiman, pagi tu memang I tak cukup tidur, bangun awal nak pergi checkup, I mengantuk baby pun mengantuk duk menguap dalam perut hahha.



Nak tengok gender pun ambil masa jugak. Mula-mula doktor cakap girl tapi dia cakap rasa berat hati nak cakap sebab risau keluar nanti boy. Lepastu cuba lagi tengok, lepas tengok benda lain, cuba lagi try tengok gender baby. Last-last memang betul boy. Nasib baik baby I baik nak tunjuk gender dia walaupun last-last hahahah. Ramai cakap baby I boy, I pun rasa boy. Masa scan pun kemain kick kuat bebenor.






Bahagian muka baby pun dapat tengok jelas cuma masa tangkap gambar tak nampak sangat sebab muka baby dekat dengan uri jadi halang bentuk muka baby. Tapi I puas hati la tak dapat tangkap gambar pun, dah tengok muka baby dekat screen. I harap baby I sihat je lagi beberapa bulan ni nak duduk dalam perut. I harap jugak baby dan I selamat sihat masa bersalin nanti. Amin.



Kalau korang berminat nak scan baby jugak dan duduk area JB boleh la datang klinik ni. Doktor perempuan sangat soft spoken, lembut je dan disulami dengan bacaan bismillah bila nak buat apa-apa. Lepastu siap whatsappkan gambar baby semua. Doktor cakap jugak kalau nak tanya apa-apa boleh je whatsapp. Memang lepasni I pergi klinik sini jela sebab servis best.




1 comment

  1. Memang xcited time nk scan.. Kalau boleh setiap bulan nk scan.. hehe

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.