Pregnancy Diary : Batuk semasa mengandung

Ini merupakan check kali ke empat I kalau tak silap. Hahaha dah lost count pulak berapa kali checkup. Kali ni macam biasa la checkup. Kena ambil air kencing, check darah dan lepastu beratur tunggu giliran jumpa nurse. Sekarang I pergi checkup lambat sikit dari biasa sebab kalau pergi awal sikit nanti ramai sangat orang dan tempat duduk pun tak ada. Biasa nurse bagitau boleh datang dari 10 hingga 1030. Itu jadual yang biasa dia bagi. Sebelum ni sebelum pukul 10 I dah datang dah. Sekarang 1015 macam tu baru sampai tempat parking klinik haha.



Checkup kali ni sebab pagi tu I sakit perut dua kali pergi toilet, masa nak ambil air kencing, air kencing dah tak ada dah -.- kena la tunggu sambil minum air banyak-banyak walaupun bukan cepat pun air tu nak proses jadi air kencing hahaha. Sebab kena tunggu tu la checkup kali ni I jadi orang terakhir sekali. Klinik dah tak ada orang, nurse doktor semua dah nak keluar rehat, I tak siap-siap lagi.




Disebabkan I batuk tak berhenti dua minggu jugak, I kena pergi klinik kesihatan ni buat checkup selang sehari -.- Bayangkan dah la busy dengan kerja, nak mintak bos time off pergi klinik lagi eiiii sabar jela. I batuk memang dah dekat dua minggu tapi tak ada rasa sakit tekak atau sesak nafas atau lain-lain yang bahaya. Hanya batuk dan tekak gatal je. 



Lepastu nurse suruh rujuk doktor untuk check I ada masalah lain atau tak. Kena buat ujian darah lagi. I paling tak suka ambil darah sebab ambil masa nak cari urat, urat halus dan darah main-main nak keluar tak nak keluar. Dah la sakit. Bila doktor dah check I punya paru-paru, pernafasan semua okay still kena checkup selang sehari juga selama seminggu, dua minggu macam tu untuk pastikan semua okay. Kalau tak okay kemungkinan I tetiba ada asma atau TB.



I kalau boleh memang tak nak la sakit apa-apa tsktsk penat tau sakit, lepastu bila mengandung dan sakit, jadi double double sensitif dan bahaya untuk ibu dan anak. Bagi ibu mengandung yang ada batuk ke demam ke lebih dari sehari dua tu terus pergi check okay. Jangan tunggu lama dan kalau boleh elakkan beli ubat dari luar. Doktor pun cakap dekat I, ubat untuk ibu mengandung ni terhad dan bukan sembarangan boleh bagi.



Untuk hari pertama I kena check selang sehari tu, check macam biasa je. I ingat kena check/ambil darah lagi ke apa. Memang pengsan I dekat situ kena ambil darah je. Tapi tak. Check air kencing, tekanan darah dan check baby punya heartbeat ni. Masuk 6 bulan pregnant ni dah dua kali I dengar heartbeat baby and I am excited ! Tak sabar nak tunggu next scan dan buat scan 3d ke 4d ke apa tu haha.










Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.