Makan Apa? Sate, Kek, Kopi, Nasi Goreng Salted Egg, Yee Sang, Tomyam





Hai. Bersua kembali dalam entry makan. Kalau tak tahu nak makan apa, nak makan dekat mana, apa yang sedap dimakan boleh la refer entry makanan I hahaha. I pun stress kadang tak tahu nak makan dekat mana ataupun tak tahu nak makan apa. Bila ada suggestion macam ni senang sikit nak buat pilihan kan.



Jadi yang pertama adalah Al Mizan Restoran. Tak silap I betul kot tu nama restoran ni. Baru bukak dekat kawasan Bandar Baru Uda Johor Bahru. Berdekatan dengan Kamdar, sebaris Dominos BBU tu. Orang JB boleh la kalau nak singgah makan sini sebab satay dia famous. Pertama kali I pergi order satay dengan nasi goreng gunung berapi ke apa entah nama dia I pun tak ingat.





Nama makanan dia ada pepelik sikit bukan macam biasa tapi nasi goreng ni memang sedapppp. Terliur nak rasa lagi. I pergi sekali je haritu lepastu tak pergi dah sebab memalam tak makan dekat luar sangat. I rasa dia bukak malam je kot. Apa-apa info boleh la refer fb dia confirm ada. Satay dia pun sedap, lembut dan kuah sedap. Selalu I makan satay Wak Radol je sebab dekat dengan rumah tapi kali ni dah ada pilihan lain selain Satay Wak Radol.



Menu kedua adalah Kula Cakes Mango Cheesecake ! I dah mengidam nak rasa Mango Cheesecake dia lama gilaaaaa. Tapi memang tak la nak pergi kuantan semata mata nak makan kek je kan. Kena sediakan budget lebih sikit la. Nasib baik dekat JB ni ada personal shopper boleh order cake ni. Lepas mengidam.






I order dari @/kcakesjb dekat instagram. Kalau korang mencari jugak Kula Cakes area jb ni boleh la beli dari dia je. Haritu I order satu slice. Saja nak rasa. Second time order yang 0.6kg terus tak silap I. Puas sikit nak makan sebab pregnant ni asyik nak makan benda manis je. Terus simpan sekotak kek dalam peti hihi.



Next, Starbuck. I tak ada la rajin sangat minum Starbuck ni tapi bila teringin tu nak jugak la. Ikutkan tak plan nak minum Starbuck. I nak beli yang Coffee Bean punya sempena Valentine Day sebab air dia warna pink dan review banyak cakap sedap. Tapi pergi Paradigm Mall tak ada Coffee Bean pulak tsktsk Amende la tak search dari awal haha. Lepastu Starbuck pun ada promo sempena Valentine jadi kira okay la.





I pilih java chips, aiman ambil mocha. I dah save dua tiga jenis jugak air Starbuck yang sedap untuk order nanti. Teringin nak rasa yang sekali red velvet cake blend tuu. Yang tak reti order Starbuck macam I ni simpan cara order dekat fon siap-siap hahaha.



Hua Mui Kopitiam. Dah lama jugak kedai ni dan antara kedai yang famous orang singgah makan kalau datang JB. I pernah pergi dua kali je. Sekali dengan officemate dan sekali dengan Aiman. Dua kali order nasi goreng telur masin diaorang sebab sedap ! Selain tu I pernah rasa nasi ayam telur masin jugak tapi yang ni biasa je.








Banyak jugak makanan diaorang yang famous dan sedap yang I tak pernah rasa lagi. Tak silap Sultan Johor pun ada singgah makan sini. Boleh la kalau nak melawat Johor, nak cari kedai makan, masukkan kopitiam ni dalam list korang.




Sempena Tahun Baru Cina yang lepas, merasa jugak la I makan Yee Sang ni dengan bos and officemate. Pertama kali makan, not bad la rasa dia. Rasa macam nak lagi pun ada haha. Ada yang Yee Sang dengan salmon tapi sebab tengah pregnant, tak boleh la makan salmon mentah tu tsktsk.





Siapa nak ajak I makan Yee Sang CNY nanti boleh la pm tepi, I dah reti nak makan Yee Sang ni hahaha.



Tak silap I promosi Secret Recipe ni ada lagi kot. Ke dah tak ada? Korang check la dekat FB atau IG dia okay. Start dari pukul 6 petang sampai tutup rasanya. 2 main course dengan harga yang agak murah. Menu dia boleh tahan best macam I order kuetiaw tomyam dan Aiman order spaghetti meatball sebab masatu dia ngidam spaghetti tu yang singgah makan SR.









I suka kuetiaw tomyam SR. Rasa nak makan lagi la pulak bila tengok gambar. Susahnya bila taip entry makanan ni. Baru lepas makan dah rasa lapar balik hahaha. Okay sampai sini je entry makan kali ni. Babai.




2 comments

  1. lemah jiwaaa kita tergoda tengok gambar2 makanan. memang nampak sedap2 semuanya =D

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.