Makan Apa? Chicken Delight, Ice Cream, Pizza, Susu, Topokki





I suka makan. Kalau ada kedai, restoran baru yang viral, makanan nampak sedap mesti rasa nak pergi. Selalu yang sedap-sedap tu semua jauh dari rumah la macam dekat area KL ke Selangor -.- Paling I teringin nak makan sekali, ayam gepuk yang orang duk viral pedas tu. I dah la suka makan pedas tapi sejak mengandung memang kurangkan bab pedas. Kesian baby makan pepedas nanti haha.



Tapi I still aktif makan menu baru salah satunya Chicken Delight yang famous dekat Johor Bahru ni. I pindah JB baru tau Chicken Delight. Itu pun kawan office yang suka singgah lunch sini. Dah 2,3 kali jugak la I makan Chicken Delight yang dekat Setia Tropika. Lagi 2,3 kali pergi lupa yang Chicken Delight tutup hari isnin hahaha.





Antara menu yang I dah cuba adalah ayam 2pcs dan ayam sambal diaorang. Nasi goreng kampong pun pernah try. Not bad la. Kawan I cakap Chicken Delight ni memang dah lama ada, sejak diaorang kecik makan sini. Menu dia ala-ala kfc, ada ayam goreng, coeslow, fries dengan tambahan macam-macam menu lain seperti nasi goreng semua tu. Kalau singgah JB boleh la cuba makan Chicken Delight ni ok.







Next makanan adalah ice cream Mcd. Ice cream ni tak ada yang special pun tapi sebab korang boleh dapatkan secara percuma so kena share. Caranya download je apps McDonald. Dekat bahagian bawah bar tu ada pilihan untuk feedback. Korang isi feedback tu nanti akan keluar promo korang boleh dapat ice cream atau McFreeze secara percuma.



I pilih Ice cream la. Tak ada minimum pembelian ke apa. Boleh terus redeem.









Lapar pulak bila taip entry makanan ni. Dah lama tak makan Pizzahut. Haritu pergi makan pizzahut dengan Aiman, ambil set untuk dua orang yang ada soup, pizza, spaghetti, ayam, ice cream dan air. I tak rasa pizza baru pun. Beli yang biasa je. Asalkan dapat makan pizza hahaha. 




Now I craving ayam dia ni. Walaupun kecik je rasa not bad laa.







Susu favourite I sekarang. Dulu macam tak suka sangat susu kurma ni. Sejak pregnant, kalau boleh nak cari makanan berkhasiat untuk kongsi dengan baby. Salah satunya Goodday Kurma Flavoured Milk ni la. Dah berapa kotak I beli. Sehari pun boleh habis sekotak tapi rabak poket nak membeli. I rasa untuk susu kurma, jenama Goodday paling murah sikit dari jenama lain. Sebelum ni I ada try jugak jenama lain, sedap ! Tapi mahal.



Nak senang buat sendiri pun boleh tapi I tak ada masa nak blend kurma haha. Rasa macam nak buat susu kurma sendiri je pagi esok. Nak resepi tak?




Salah satu makanan yang I craving masa pregnant ni adalah topokki ! Walaupun rasa dia tak ada la sedap mana tapi nak jugak makan haha. Haritu jalan-jalan dekat Paradigm Mall jumpa Yopokki ni harga RM15. Beli perisa cheese sebab Aiman nak cheese. Isi dalam dia boleh tahan banyak. Ikutkan sos cheese tu dia ada bahagi dua tapi I terus je masak semua. Tak habis :(



Membazir je simpan dalam peti pun rasa macam tak sedap dah terus buang hahaha. Tapi rasa dia not bad la. Terasa cheese dia, serbuk sos tu tak kedekut pun Cuma kekenyalan topokki tu buat I rasa tak best. Agak liat. Nanti balik Perak nak pergi makan Myeondong Topokki pulak. 






Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.