Review Althea Pore Purifying Serum Cleanser

Double cleansing memang penting bagi I. Pakai sunscreen, makeup sepanjang hari, kulit I perlukan pembersihan yang baik. Kalau tak cuci bersih sunscreen dan makeup yang ada pada kulit, masalah lain pulak yang timbul nanti seperti pori tersumbat, jerawat dan macam-macam lagi la. Jadi kalau dah rajin pakai sunscreen dan makeup tu, kena la rajin jugak nak cuci bersih-bersih.



Double cleansing adalah cara membersihkan muka dua kali. Sekali guna oil based cleanser dan kali kedua guna water based cleanser. Untuk oil based cleanser, I gunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser






Produk : Althea Pore Purifying Serum Cleanser
Isi : 150ml
Harga : RM33
Beli : Althea.kr



Althea Pore Purifying Serum Cleanser
- Cleanser dengan formula seperti serum
- Menanggalkan makeup, kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit
- Mengimbangkan pH kulit agar sentiasa sihat






Bagi kulit jenis kering, I rasa memang sesuai sangat guna pencuci muka ni. pH level dia diantara 5.5-6.5 dan formulasi tekstur produk yang seperti serum memberikan kelembapan kepada kulit. Pencuci muka ni juga boleh exfoliate kulit untuk menanggalkan sel kulit mati dan pori tersumbat dengan penggunaan ektrak mint.






Tekstur dia tak cair walaupun warna dia macam air je transparent. Macam I bagitau dekat atas tadi, dia lebih kepada tekstur serum macam tu. Pekat sikit. Bau wangi yang tak terlampau. Kalau dekatkan produk pada hidung baru bau. Bau tu pun mungkin dari bahan seperti mint leaf extract, jojoba oil dan tea tree. I dah la memang suka bau tea tree haha. Tekstur dia pun bukan jenis berat, tak berminyak, tak buat kulit rasa tak selesa.



Cara penggunaan yang disyorkan, lembapkan muka dengan air. Tuang produk atas tangan kemudian urut pada muka dalam 5-10 saat. Bilas dengan air. Boleh jugak guna tanpa lembapkan muka. Ikut kesesuaian kulit okay. I dah cuba semua cara dan semua boleh menanggalkan makeup.






I ada juga try guna kapas. Tuang produk atas kapas dan lap pada muka. Buat macam ni pun berkesan untuk menanggalkan makeup tapi membazir sikit la produk kan. Jadi I lebih suka tuang je pada tangan dan urut guna tangan jugak. I try kapas tu sebab nak test keberkesanan dia hihi.




I suka dengan kuasa pembersihan dia. Terasa makeup yang I pakai mencair macam tu. Masa I test produk ni pun I memang pakai makeup over sikit dengan foundation, eyeliner, eyeshadow, blusher, lipstick semua cukup la. Semua boleh tanggal. Eyeliner I yang waterproof tu pun tanggal jugak. Tapi ada satu je yang I tak suka, dia agak memedihkan mata masa I nak tanggalkan makeup pada bahagian mata. 





Itu je yang I tak suka yang lain semua best. Tak buat kulit I kering lepas cuci muka, bau best, lembut pada kulit dan senang nak simpan sebab botol dia bukan jenis besar tapi kurus je.






Kalau korang ada masalah kulit dan susah nak cari produk double cleansing yang bersesuaian, boleh cuba Althea Pore Purifying ni. Formulasi dia memang dibuat untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, tak kering pada kulit dan lebih lembap dari penggunaan pencuci muka yang lain. Mint leaf membantu untuk iritasi pada kulit, jojoba seed oil membantu untuk melembapkan kulit dan tea tree mempunyai antibakteria untuk membersihkan kulit. 



Kalau korang nak shopping di Althea boleh sign up Althea account dekat SINI dan dapat 20% off untuk order korang. Jimat banyak tau 20% off tu jadi jangan lepaskan peluang. I suka shopping dekat Althea sebab details produk complete, harga berbaloi, ada free shipping dan barang terus dari Korea. Tak ada alasan barang fake ke apa.














29 comments

  1. kak liez suka la dgn pore purifying ni.
    klau malas nak pakai makeup remover dan facial mmg ini cara yg paling senang.

    ReplyDelete
  2. Tak pakai Althea pun dah lawa. Dah pakai apatah lagi kan?. Banyak ye produk Althea kat pasaran. Nak pakai suncreen pink rose Althea tu. Teringin sangat.

    ReplyDelete
  3. Rawlins suka after effect dia - buat kulit Rawlins rasa ringan, tak melekit atau kering dan kulit jadi lembut semacam je lepas pakai. Bahagia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ! dia punya kesan best sangat pada kulit

      Delete
  4. Senang nak buat makeup remover dan cuci muka skali, tak rasa kering kat kulit. 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kebanyakkan cleanser yang meltkan makeup buat kulit rasa kering tapi this one tak

      Delete
  5. I'm using this cleanser too.. the serum is really great.. i like to shop in althea... great..

    ReplyDelete
  6. yess!!! i love this product and i love althea! barang2 kat sane sume best2 and harga sangat berpatutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaa airah pun dah addict dengan althea ni hahaha

      Delete
  7. Nampak bagus produk ni...mudah bersihkan makeup...dan hargapun amat berpatutan....Boleh juga nanti BC mencuba produk ni....mana tau sesuai dgn kulit muka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha harga dia memang berbaloi dengan keberkesanan produk

      Delete
  8. Bagusnya..memang cari produk bagus camni dah la harga sangat berpatutan

    ReplyDelete
  9. Bagus jugak ya produk althea ni. Korea bab2 kosmetik ni memang tak disangkal. Sangat advance. Produk skin care saya pun dh nak habes ni. boleh try guna produk althea ni pula lepas ni.

    ReplyDelete
  10. The best serum yang nad pakai selama ni.. Boleh tanggalkan makeup yang tebal. .Pulak tu terus cuci.. Then, cuci lagi dengan pencuci muka althea. .Fuh.. Segar muka.. Rasa bersih giler2

    ReplyDelete
  11. Kita pun dah cuba Althea Pore Purifying ni awak. Serius puas hati dan tanggal habis mekap. Mudah nak tanggalkan makeup lelagi part eyeliner dan mascara. Bila pakai ni, jadi senang keje untuk clean kan muka ❤️

    ReplyDelete
  12. Memang tak dapat dinafikan produk althea ni semuanya high quality dan bijak sangat mengikut citarasa dan kehendak pelanggan. Mana tidaknya, buat peoduk mcm ni. Serum cleanser. 2in1. Jimat mudah dan berbaloi. Tabik dgn Althea! Good job!

    ReplyDelete
  13. Bukan senang nak dapat product cleansing yang dalam masa yang sama dapat membantu kesihatan kulit macam Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni. Lagipun kalau sebut je product Althea mesti la best kan.

    ReplyDelete
  14. Seronok ada produk 2-in-1 ni. Senang nak bawak bagi org yg malas tapi nak jaga kulit bagi elok ni. Althe ni pun dgr ramai puji bagus kan.

    ReplyDelete
  15. produk ini bisa saya dapatkan di mana ya kak, sepertinya ringan di kulit dan tidak terlalu oily

    ReplyDelete
  16. Althea's product ni memang menjadi kesukaan ramai sejak beberapa masa ni. Tengok review semua pun best2.

    ReplyDelete
  17. Produk Althea ni semua best2 kan. Suka sangat dengan Pore Purifying Serum ni dapat remove makeup dan bersihkan wajah. Lepas cuci makeup rasa kulit bersih je tak berminyak.

    ReplyDelete
  18. Sis pun gunakan produk ni..best senang nak bawak travel sebab tak payah bawak byk2. Bawak ni dah boleh guna utk buang makeup n boleh cuci muka terus. Berbaloi baloi

    ReplyDelete
  19. so many ppl blog about this, i supposed it must be a good product! good to know that it is suitable to your skin, i would love to try it someday too!

    ReplyDelete
  20. sorry to know that bahagian mata you pedih bila guna cleanser ni, macam I kalau bahagian mata i prefer pakai cotton pad or kurangkan amaun direct to bahagian mata. heee.. sebab mana mana cleanser sama ada facial foam, oil cleansing kita kena agak amaun yang diperlukan sebab nak elakkan lebihan masuk dalam mata... hope this helps !

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.