Misi Blog 2019

Selamat Tahun Baru. Alhamdulilah tahun baru, azam baru. I harap tahun 2019 ni membawa sinar dan harapan baru untuk korang jugak. Jangan lupa tengok semula tahun 2018 tu, yang buruk dijadikan pengajaran. Untuk tahun 2019 ni semestinya lebih banyak benda yang I nak buat, lebih banyak misi dan azam yang I nak capai.



Salah satu misi mesti la untuk blog kesayangan. Banyak jugak entry yang I dah update untuk tahun 2018. Harap tahun 2019 ni lebih rajin nak update blog hahahha. Jadi dalam entry ni I nak kongsikan empat misi I untuk blog bagi tahun 2019. Empat je tau itu pun I harap tercapai la. Nanti beria set target macam-macam last satu apa pun tak capai tsktsk. Jadi mari usaha sama-sama haha.







1. Adsense Cashout

Untuk tahun 2018 ni I berjaya cashout sekali sahaja. Alhamdulillah. Rezeki sebab ramai lagi blogger dekat luar sana masih dalam usaha nak tingkatkan blog dan cashout Adsense diaorang kan? I pun rezeki tak sangka berjaya juga capai jumlah minimum untuk cashout Adsense. Itu pun hujung-hujung tahun baru merasa.



Tahun 2019 ni I harap dapat la cashout Adsense lebih dari sekali. Mungkin 3 kali?? Okay tak salah pun berangan dan I harap I rajin jugak usaha hahahha. Tapi bila fikir balik 2019 nanti dah ada baby fuhhhh ada ke masa macam sekarang nak update blog. Biasa I baca pengalaman ibu-ibu blogger lain confirm dah lewat malam, anak dah tidur baru ada masa nak update blog haha. I harap semangat I kuat la nak teruskan.



2. Lebih banyak entry

Tahun 2018, entry I sepanjang tahun lebih kurang 156 entry sahaja. Berbanding tahun-tahun sebelumnya lebih banyak. Tahun ni memang banyak job blog I dapat tapi sebab mood mengandung I yang kadang okay kadang tak, mempengaruhi kerajinan nak update blog jugak. Harap tahun 2019 ni lebih banyak la entry sharing I untuk blog.



Lepasni tak sabar nak share entry mengandung, entry berpantang, review barang baby hahahhaha. Nanti tetibe je niche blog dah tukar dari beauty and lifestyle blogger je parenting eh. Tak apa I memang suka share semua benda lagi-lagi benda yang I guna.



3. Theme/Layout baru untuk blog

Ini salah satu misi I dari 2018. Bawa ke tahun 2019 hahaahha. Tak ada siapa ke nak belanja I theme baru untuk blog tsktsk. Bila ada duit confirm lesap beli benda lain. Tak sempat nak simpan sikit pun untuk blog. Tapi tahun 2019 ni I rasa kena buat tabung siap-siap untuk blog. Nak beli template baru siap bayar domain lagi. Caiyok menabung !



4. Big Giveaway

I dah lama plan nak buat big giveaway. Ikutkan hujung tahun 2018 nak buat, hadiahnya trial kit Laneige tapi busy sangat dengan semua benda. I rasa kena postponed ke tahun 2019. At least tahun 2019 ni I nak buat dua kali big giveaway yang semestinya hadiah kena best-best.



I suka bila join giveaway yang hadiah dia best ni jadi bila nak buat giveaway I pun kena la bagi hadiah best jugak. Jadi memang kena betul-betul menabung ni hahaha.




Okay itu je kot misi blog I untuk tahun 2019 ni. Harap berjaya la nak capai 4 misi ni. Walaupun hanya empat tapi I rasa I perlukan sepanjang tahun untuk capai. Entah-entah sampai tahun depan tak capai-capai.















7 comments

  1. Selamat tahun baru dan semoga misi tercapai :)

    ReplyDelete
  2. all the best! kacang goreng je tuu. yukenduit :D

    ReplyDelete
  3. Happy new year and hopefully misi tercapai ! :D

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Wahh banyak benda nak share tu, bagus sebenarnya share feedback barang kita guna at least ia berguna untuk orang awam kan.. Happy new year Airah 😍

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru 2019. semoga semuanya berjaya dicapai.. ^^

    ReplyDelete
  6. selamat tahun baru Airah . And, wish you goodluck for your goal in 2019. <3 Nadia pun tgh berazam untuk lebih rajin update blog Nadia . Tahun 2018 was my worst year to update my blog. =(

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.