Gift to myself from Althea.kr






Skincare dan I memang tak boleh dipisahkan. Tapi baru-baru ni I bukan sahaja rasa nak tambah skincare, nak tambah barang makeup lagi. Jadi tak tahu la aktiviti menabung I untuk tahun 2019 ni macam mana nanti tsktsk. Makin lama makin banyak pulak produk yang I nak cuba haha. Jadi gambar dekat atas tu adalah mini haul yang I sempat beli sempena birthday diri sendiri. Birthday I bulan September. Kalau korang nak belikan hadiah boleh la ready bulan September nanti okay hihihi.



Birthday bulan September, Januari baru nak update apa yang I beli hahaha Lambat betul progress nya. Semua barang dekat atas I beli di Althea.kr. Althea.kr dah jadi platform kegemaran I untuk beli skincare dan makeup. Banyak pilihan, senang nak beli, review banyak, info cukup dan paling best harga berpatutan. Korang pun patut cuci mata dekat Althea.kr tau biar sama-sama poket kering macam I -.-






Produk pertama yang I beli, Laneige Lip Sleeping Mask.
https://my.althea.kr/lip-sleeping-mask

I dah lama gila nak cuba lip mask dari Laneige ni sebab baca banyak review positif mengenai produk ni. Sesuai sangat untuk korang yang jenis malas pakai lipbalm dan bibir kering yang teruk. Bagi I lip mask ni lebih tinggi tahap kelembapan dia berbanding lipbalm biasa yang I pernah guna. Bau dia pun wangi bau berry dan tak kuat sangat pun. Setakat ni I guna memang best ! Bibir lembut, lebih mungil (?) hahahhaha dan tak ada dah bibir kering. 



Bila terskip pakai lip mask ni nanti mula la bibir kering sebab I sejak mengandungi ni kalau tak lembapkan badan, muka, bibir ke apa cepat je kering. Muka pun kalau satu malam skip skincare routine, tengok la esok dia punya kering buruk gila bila pakai makeup. Jadi bibir I memang suka sangat lip mask ni. I siap bekalkan adik I dua orang tu satu pot kecil lip mask ni sebab isi dia boleh tahan banyak kalau nak pakai sorang sebab bahagian bibir kan kecil je tak payah banyak-banyak pun.



https://my.althea.kr/freshly-juiced-vitamin-drop

Produk yang dah lama sangat ada dalam wishlist I. Kalau korang nak kulit yang cerah memang kena cuba apa-apa serum yang ada vitamin C. I simpan serum ni dalam fridge supaya warna serum tak bertukar kepada kuning dengan cepat dan serum tahan lebih lama. Buat masa ni I dah pakai dua bulan macam tu, kurang dari suku je berkurang. I rasa serum ni boleh bertahan lama dalam skincare routine I.



Kesan dia pulak bangun pagi nampak la kulit lebih cerah dan tak kusam berbanding kalau I terskip serum ni tak pakai untuk night routine. I pakai serum ni waktu malam je. Dia cepat serap dan tak rasa melekit.



https://my.althea.kr/midnight-blue-calming-cream

Lagi satu produk Klairs yang I guna. Kalau boleh nak cuba semua produk Klairs sebab bila I tengok instagram dia, gambar before and after guna produk tu macam 'wowwww'. Terus rasa nak guna jugak haha. Untuk krim ni I guna selepas pakai moisturizer. Guna banyak bila kulit I kering, guna sikit bila kulit I okay je. Lepastu I tak guna di semua bahagian muka. Guna dekat area pipi, hidung dan dahi je sebab kawasan tu yang kadang-kadang mengelupas kering dan redness teruk.



Bangun pagi memang dah tak ada bahagian kulit yang kering. Kulit rasa lembap je. I suka kulit I sejak masukkan produk ni dalam skincare routine.



Produk keempat yang I beli, The Face Shop Ink Lasting Foundation Slim Fit.
https://my.althea.kr/ink-lasting-foundation-slim-fit

Tak silap I, I berminat nak cuba foundation ni sebab I dah try dekat outlet Face Shop. Lepastu I dah pass foundation Maybelline I dekat adik I so tak ada foundation dah jadi kita beli la. I baru pakai beberapa kali sebab tak rajin sangat pakai foundation. Pakai bila ada event dan pergi kenduri je haha. Coverage dia okay je cuba kena sapu lebih kalau ada parut jerawat. Bila pakai dengan concealer memang best. Foundation ni nampak natural dan dia bukan dewy atau matte. Mungkin semi matte macam tu.



Sebab I bukan jenis pakai makeup tebal, foundation ni tak ada rasa berat atau tak selesa pun. Rasa natural je dan tak cakey. Biasa I mix dengan Klavuu White Pearlsation Cream. Nampak lebih glowing dan cantik.



https://my.althea.kr/fixing-foundation-2016-new

I baru je guna Aprilskin ni dalam dua tiga kali sebab baru bukak. Lepas The Face Shop Miracle Finish I habis baru I guna Aprilskin ni. I suka gila dengan kulit I lepas pakai Aprilskin ni. Tak nampak macam pakai foundation tapi kulit licin dan nampak natural je. Tak bercapuk, bila peluh tak cakey ke apa. Nice je. Buat masa ni I baru test pakai seharian dan bila time peluh la tengok kesan dia macam mana.



Nanti I buat full review okay !



Yang terakhir I beli Pure Artemisia Watery Calming Sheet Mask. I tak ingat la review sheet mask ni sebab biasa I akan buat review sheet mask dekat twitter atau igstory. Biasa sheet mask ni I excited nak cuba tak sempat tangkap gambar pun. Jadi kalau korang nak tengok review yang cepat boleh follow instagram (@shesyeeraa) dan twitter (@airahsyahirahh)  I okay.



Insha Allah nanti I update full review untuk setiap produk yang I beli dekat atas ni. hihi so stay tuned.







5 comments

  1. Yang April Skin product tu menggoda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ! airah pakai pergi kerja memang sesuai dengan kulit. tapi coverage dia biasa je

      Delete
  2. sheet mask tu nampak macam best untuk dicuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah suka sheet mask. pamper session kalau letak dalam fridge bagi sejuk memang best pakai

      Delete
  3. dulu pakai April Skin tapi tataula formula baru depa ni macam mana macam da x ngam.. kena cari yang lain. product Klairs one day nak cuba =D

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.