Menginap di Agrofarmstay, Durian Tunggal, Melaka

Untuk trip ke Melaka haritu, I menginap di Agrofarmstay Resort. Terima kasih kepada pihak Agrofarmstay bagi I peluang menginap di sini. Sebelum check in, I sempat jalan-jalan sekitar bandar Melaka dulu. Kalau korang belum baca entry tempat menarik yang I lawati di Melaka dan makanan-makanan yang I cuba di Melaka boleh baca di entry yang lepas okay. Atau boleh je cari guna search box dekat sebelah sidebar.



Perjalanan dari bandar Melaka ke Agrofarmstay ni lebih kurang 30 minit. Agrofarmstay ni terletak betul-betul tepi jalan je. Tak ada kena masuk lorong jauh ke dalam. Senang nak jumpa dan perjalanan ke sana pun lancar. 



I check in agak lewat dekat pukul 3. Masa tu ada kem budak sekolah sekali baru sampai. Tengah nak cari tempat check in boleh pulak tersilap ingat I join sekali kem tu hahaha. Nak check in cari je bilik Lobi Attap ni. Tak payah jalan jauh pun, dekat je dari tempat parking.


Lobi Attap


Lepas dah settle urusan check in, orang tu terus tunjukkan bilik. Bilik I river view double room. Untuk bilik ni ada jenis twin jugak iaitu dua katil jenis single. I punya katil jenis queen bed. Melangkah masuk je bilik ni I macam wow. Suka sangat perabot dia.



Perabot jenis design lama dengan sentuhan warna pink ! I memang suka la bab-bab warna pink ni. Harap rumah sendiri pun dapat deko warna pink hahah. 



Bilik ni semua lengkap. Katil, almari, meja solek, ada aircond dan kipas, heater dan bilik air yang ada air panas. Tv pun ada okay jadi kalau korang lepak bilik je pun tak bosan sebab boleh tahan banyak channel tv yang disediakan berbanding hotel-hotel yang I pernah menginap sebelum ni.










Katil pun selesa je. Tak ada serangga yang boleh buat gatal-gatal dan memang I tidur lena. Lagi-lagi malam dengan pagi tu hujan kemain lebat, sejuk la tidur. Nama bilik ni river view, memang ada sungai depan dia. Keluar bilik dah boleh dengar air mengalir. Warna sungai macam teh ais sebab hujan sebelum I tangkap gambar ni hahaha.


River view


Pemandangan depan bilik


Pemandangan depan bilik, dapat tengok kehijauan macam ni. Memang cantik nak tangkap gambar. Rasa macam ada dekat kampung-kampung. 



Pagi sebelum check out baru I berkesempatan nak jalan-jalan tengok sekitar resort ni. Boleh tahan luas dan macam-macam aktiviti boleh buat. Sebab tu banyak sekolah buat kem dekat sini. Bilik pun banyak jenis bergantung kepada berapa ramai orang yang ada. 



Contohnya Villa Anggerik yang mempunyai 9 bilik dan boleh memuatkan 20 orang, Villa Sakura ada 6 bilik boleh memuatkan 20 orang juga, Villa Mawar mempunyai 6 bilik untuk 16 orang, River View macam bilik I yang ada katil twin atau double sharing untuk dua orang, River View yang sesuai untuk keluarga 6 orang, Garden View untuk keluarga 6 orang juga. Dormitory pula sesuai untuk sekolah atau kursus yang dibuat di sini untuk 8 orang dan Camp Site sesuai untuk 80 orang.



Jenis bilik banyak, macam-macam aktiviti boleh dilakukan seperti hari keluarga, majlis syarikat, untuk sekolah dan university, team building atau majlis perkahwinan. Pihak Agrofarmstay pun ada buat pakej yang berbaloi kalau datang ramai-ramai ni.


Peta


Kolam renang



Antaranya ada kolam renang yang memang luas, tasik yang boleh berkayak, taman herba, rumah haiwan, kolam teratai, surau, ladang lembu dan lain-lain.



Tempat nak ootd pun banyak dan semua cantik-cantik ! I rasa setiap sudut dalam Agrofarmstay ni I tangkap gambar hahhaha.







Pengalaman menginap di sini semua okay. Tak ada yang menyusahkan sebab facilities semua lengkap dan boleh digunakan. Pagi tu sebelum check out sempat bancuh Nescafe yang memang dah disediakan dalam bilik. Urusan checkout pun mudah je. Kalau korang berminat nak menginap di sini boleh hubungi talian di bawah okay.




Family Day / School / Event Reservation
Whatsapp / SMS / Call:
012 – 202 5647 / 012 – 211 8246 / 016 – 209 8623
Office:
06 – 232 2761


Corporate / Travel Agent Reservation
Whatsapp / SMS / Call:
012 – 202 5949


Email 
Email:
pertanyaan@agrofarmstay.my







11 comments

  1. wah iolss orang melaka pun x taw wujud benda ni .. nice info sis! :)

    ReplyDelete
  2. bestnya..teringin nak menginap dekatsini sebab ada macam-macam kemudahan dan ada binatang kan..menarik kalau nak bercuti nginap dekat sini

    ReplyDelete
  3. Kenapa tak mention terus harga untuk yang datang rombongan bas? Sesuai sangat nak buat family day atau reunion geng belajar dulu. Melaka ni ok la untuk pertemuan semua negeri di semenanjung. Cuma bilik tu agak tak sesuai. Bukan old design. Macam scary pun ada. Huhu

    ReplyDelete
  4. waa nampak menarik jugak yea agro farm stay nii. so far tak pernah lagi menginap kat situ, tapi bila baca ni mcm bagus jugak yea kat situ. sukaa jugak laa perabot pink diaa hehe! comel2.

    ReplyDelete
  5. Tempat ni memang sesuai sangatlah kalau nak buat aktiviti atau kursus dalam kumpulan besar. Kalau ke Melaka nak rasai suasanan kampung, bolehlah cuba menginap di sini nanti.

    ReplyDelete
  6. Seronok pergi tempat macam ni dengan keluarga, banyak benda boleh belajar jugak sebenarnya. Nanti kalau anak dah besar sikit dah boleh faham bolehlah cuba bawak dia ke sini.

    ReplyDelete
  7. Wow. Best nya tempat nini. Macam ala2 kampung. Sesuai untuk tenangkan fikiran dari kesibukkan kerja di bandar. Memang sesuai lah tempat ni dijadikan aktiviti perjumpaan keluarga.. Trima kasih kongsi info ni..

    ReplyDelete
  8. Wah. Menarik melaka ada tempat macam ni. Selama ni hala tujunya hulu langat dengan janda baik. Hehe. Bolehlah masuk list ni.

    ReplyDelete
  9. Feel really nice to stay here and stay close to nature! I always been to Melaka but never been to this little town here, next time will drop by here.

    ReplyDelete
  10. Menarik lokasi nie. Macam boleh bawa anak saudara and family kalau depa mai dari Sarawak nie.
    TQ share info tu - boleh la nak tinjau-tinjau kelak.

    ReplyDelete
  11. wahhh macam best. teringin pulak kita nak menginap kat sini. nanti nak cuba jugak lah.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.