Melaka : Lebih Banyak Makanan !

Sambungan dari entry Melaka yang pertama. Petang tu lepas berehat kejap dekat bilik, pergi cari Keria Antarabangsa Hjh Rahmah pula. Keria ni memang famous sangat sampai orang rela beratur pepanas tunggu keria siap. I la tu tunggu bawah matahari petang yang terik tuuu. Tapi bagi I keria ni tak sedap. Beli RM6 tak habis pun. Tiga ketul je kot I makan, Aiman lagi rasa sikit je sebab dia pun tak berkenan. Dulu beli keria dekat tempat asam pedas yang I makan lunch lagi sedap. Beza gila dengan yang ni :(


Keria





Memang tak la nak beli dah. Sebelah Keria ni pula ada Avocado Choc Melaka. Plan asal memang nak beli air avocado dulu tapi masa tu boleh pulak kedai tutup -.- I rasa macam nak mengamuk dekat situ. Dah lama teringin air avocado yang ada coklat sekali. I siap call tanya betul ke tutup harini sebab sepatutnya bukan hari off diaorang hahaha. Esok datang semula.


Pantai Klebang


Angin kuat sangat terbang-terbang shawl


Next destinasi pergi Pantai Klebang. Dulu dah pernah pergi tapi pergi jela lagi tengok orang jual makanan. Lepak sini kejap je. Beli air coconut shake yang jual dekat food truck, duduk sesembang berdua kejap lepastu chaw. Pergi Masjid Selat pula. 


Masjid Selat


Masjid Selat


Pertama kali sampai Masjid Selat, ramai jugak pelancong datang. Maksud I yang bukan beragama Islam. Memang ramai orang datang solat sini. I pun sempat la solat dekat masjid ni memang selesa, pemandangan menarik, angin bertiup best lagi. Gambar dekat Masjid Selat kemain banyak sebab masjid ni seolah-olah terapung atas air. Memang cantik la tangkap gambar lagi-lagi dah lewat petang, matahari cantik je, golden hour orang cakap. 



A Famosa




Seterusnya, pergi AFamosa waktu malam pula. Malam pun masih meriah lagi dekat sini tapi tak ada la naik atas tu. I jalan-jalan dekat sekitar situ je. Dulu dah pergi siang punya, kalini pergi malam punya pulak. Tengok beca warna-warni malam-malam memang cantik.



Lepas AFamosa pergi dekat Jonker Walk semula sebab I nak jalan dekat tepi susur sungai yang Melaka River Cruise selalu lalu tuuu. Nak jalan siang tadi tak sempat so jalan malam je. Banyak lampu-lampu cantik sebab memang itu tarikan untuk Melaka River Cruise lalu situ. I jalan dekat sini pun tak lama sangat sebab dah rintik-rintik hujan. Payung tak bawa so jalan laju-laju pergi ke kereta yang park boleh tahan jauh tu.


Dinner @ Ikan Bakar Parameswara

Masa untuk makan malam pula. Makan malam di Ikan Bakar Parameswara yang famous tu. Dulu tak dapat makan sini walaupun dah datang sebab orang ramai gila ! Nak duduk pun tak ada tempat. Kali ni datang bukan weekend, lepastu siap booking. Boleh duduk dengan aman. Yang tak aman nya dapat port dekat sungai scary gila ombak dia. Ombak kuat sebab hujan lebat. I ajak Aiman tukar tempat dia taknak -.- I risau je lantai kayu tu dihanyut ombak. Dah siap plan dengan Aiman kalau macam nak roboh nak lari macam mana nanti hahahaha.



Tapi jangan risau tak ada apa pun. Bila makanan dah siap terus diam tak takut dah, boleh je makan. I order udang salted egg, ikan sambal, sotong goreng tepung dan kerang rebus. Gambar kerang tak ada sebab dia sampai masa I busy makan hihi. Cara nak makan dekat sini lepas dah pilih meja, pergi pilih makanan laut pula. Pilih la berapa banyak nak dan jenis masakan apa. Lepastu duduk dediam nanti makanan sampai.



Entry lain nanti I update semua harga makanan okay. Itupun kalau I jumpa resit dia semua hihi. Memang boleh tahan banyak lauk kiteorang order jadi sotong goreng tepung tapau, buat breakfast pagi esok. Lepas makan terus dah tak larat pergi mana-mana, balik homestay terus berehat. Nak supper Pak Putra Tandori dan Naan yang orang cakap sedap sangat tu pun tak mampu dah.



Next day, I tak ingat pukul berapa baru bersiap. Pukul 10 lebih kot. Malam tu memang tidur lena. Hujan lebat sejuk gila nasib Aiman terjaga tolong tutup aircond. I memang tak sedar apa dah hahhaa. Breakfast sotong goreng tepung semalam yang masih sedap. Sos pun diaorang siap tapaukan, banyak pulak tu.





Lepas tawaf kawasan penginapan tu, pergi Avocado Choc Melaka yang tutup semalam. Kena pergi jugak sebab I suka sangat minum air avocado sejak pregnant ni. Selalu beli dekat pasar malam kawasan rumah je. Beli dua jenis, Aiman punya Avocado Choc Double Scoop Ice Cream Special, kemain nama panjang gilaaaa. I punya Avocado Choc with Ice Cream. Rasa dia sedap ! Bahan tak kedekut, tak manis sangat, memang sesuai dengan tekak kiteorang.



Kemudian plan nak pergi Ayam Samurai Melaka yang I idam-idamkan. Dah lama teringin sebab nampak sedap, bukak facebook dia, tengok status harini tak bukak sebab semua pekerja demam. Yihhhhhhhhh geramnya. Jauh tau datang sebab teringin. Last-last tak ada rezeki nak merasa. I siap dah star dekat itinerary, wajib pergi. Aiman dah janji sebelum balik Perak singgah beli ayam ni, so kita tengok macam mana nanti hahahahhaha. 


Senarai menu


Cendol durian.



lunch @ Jonker88


Jadi untuk mengubat hati yang sedih, pergi makan dekat Jonker88 yang tak sempat makan semalam sebab kenyang makan Mamee Jonker House. Memula sampai meja tak ada. Tunggu kejap last-last dapat meja. Cepat je diaorang makan sebab ramai makan cendol, makanan ringan macam tu. Kiteorang order asam laksa dan kari laksa rasanya nama dia. Itu pun tanya pekerja situ mana makanan orang selalu order hahaha. Dah tambahan Cendol !



Cendol durian dia geram je. Sedap ! Suka tengok curahan gula melaka tu. Nampak cantik je semua. Rasa makanan pun sedap. Terliur taip entry ni rasa nak pergi lagi. I baru tahu cara nak order makan dekat sini. Korang boleh pilih meja dulu atau pergi order dekat belakang dulu. Order dia pula, Cendol kaunter lain. Means orang lain jaga, kena bayar terus. Makanan laksa-laksa ni orang lain jaga. Makanan lain lagi kaunter lain pula. Pening tau. Lepastu macam layan diri la, ambil makanan yang dah siap dekat kaunter tu dan duduk meja korang. 



Lepas makan jalan-jalan kejap. Plan nak beli magnet tambahan dekat fridge tetiba eh dah sampai dekat park kereta. Malas nak patah balik so bye bye magnet hahahaha. I ingat dah minum air avocado tadi, malas singgah Mango Royale tapi Aiman cakap boleh je singgah so apa lagi kita singgah la.







Nak cuba menu baru diaorang, Mango Cheese. I tengok video diaorang dekat facebook nampak macam sedap. Yassss memang sedap ! Beli dua, satu kongsi minum dalam perjalanan balik ke JB, satu lagi simpan tak berusik haha. Banyak sangat minum air manis dan ais. Aiman second day tu memang dah selseme berpanas sejuk. 



Lepas beli mango cheese terus balik. Awal jugak gerak dalam pukul 1, 2 macam tu. Pukul 4,5 dah sampai rumah. Malam tu I ada jemputan media so kena rushing sikit balik rumah nak ready baju semua haha. Sebab dah dua kali pergi Melaka, Aiman cakap next trip pantai timur pulak. Memang selalu utara selatan je pergi, pantai timur jarang sangat. Dah berapa tahun tak pergi padahal banyak gila makanan I teringin nak makan dekat sana. Harap next year boleh la pergi pantai timur dengan baby hahaha.





4 comments

  1. Orang Melaka lagi suka beli kuih keria kat Batu Berendam. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la airah ada baca diaorang cakap sana sedap jugak nanti kena try

      Delete
  2. Macam-macama da dekat melaka sekarang. Kena tau je lokasi dia dekat mana..hehehe..Bolehla terjah bila bercuti dekat melaka nnati

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu banyak sangat makanan sedap dekat sana, sempat ke tak sempat je nak terjah semua

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.