Penggunaan esen pandan dalam masakan memang dah jadi benda wajib. Kalau nak tambah rasa guna esen pandan, nak tambah warna pun guna esen pandan. Kalau I memang akan pastikan esen pandan sentiasa tersedia dalam fridge. Bukan apa memang kebanyakkan menu utama, pencuci mulut, minuman di Malaysia ni selalu gunakan esen pandan jadi wajib la simpan satu dalam peti kan.



Baru-baru ni I guna Natural Pandan Leaf Extract dari Bio Nutricia. Kenapa guna Natural Pandan Leaf Extract Bio Nutricia???

- Rasa dan warna esen ni semulajadi.
- Phytonutrient (Chlorophyll, Polyphenol, Flavonoid, Triterpene, Saponin, Amino acid)
- Pilihan sihat dan mudah
- Bahan semula jadi
- Tinggi antioksidan, pemberi tenaga, dan sebagai minuman yang menyegarkan



Bio Nutricia Extract menggunakan teknologi Green Bio Technology untuk menghasilkan ekstrak pandan yang berkualiti tinggi, semula jadi tanpa mengubah atau menambah bahan lain menggunakan daun pandan yang sememangnya berkualiti. Teknologi Encapsulation juga membantu memelihara warna dan rasa pandan. Aroma semula jadi pandan lebih terserlah apabila dipanaskan.



Sebab tu la I suka guna Pandan Leaf Extract ni. Masa masak memang bau pandan tu wangi sangat ! Warna dia pun cantik dengan kuning hijau lembut. Bukan warna yang nampak fake terlebih pewarna tu. 



I dah cuba tiga menu dengan menggunakan Natural Pandan Leaf Extract ni. Mula-mula nak try satu menu je tapi macam best la pulak guna ekstrak pandan ni, terus buat sampai tiga menu. Lagi-lagi hujung minggu ni memang sesuai nak buat resepi yang I dah cuba. Sesuai untuk menu petang seisi keluarga.



Menu 1 : Agar-Agar Pandan







Bahan :
20 gram agar-agar bertali
1500 ml air
1 cawan gula pasir
1 cawan santan
3 ketul gula batu
2 sudu besar Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract
1 biji telur



Cara :
Masak agar-agar dengan air sampai agar-agar hancur. Dah hancur, masukkan gula dan gula batu. Kacau semua sebati guna api sederhana.







Masukkan Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract. I suka bau wangi pandan dia. Kemudian masukkan santan dan kacau sampai menggelegak. 






I tunggu sejuk sekejap dalam periuk tu baru masukkan dalam loyang untuk keraskan dalam fridge. Dah keras boleh potong dan makan ! Agar-agar paling sedap makan sejuk.







Menu 2 : Roti Jala


Roti jala ni I buat petang. Kari dah siap masak tengah hari, boleh cicah roti jala lepastu sampai malam makan hahaha. I suka resepi yang senang-senang je sebab malas duduk dapur lama-lama.


Bahan : 
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
1 biji telur
Santan + air (ikut kepekatan untuk tepung)
2 sudu besar Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract



Cara :





Blend kan semua bahan hingga sebati. Kalau rajin tapis sekali bahan yang dah blend tu bagi adunan memang cair tak ada ketul-ketul dan bendasing. Letak dalam acuan ataupun I guna botol mineral tu je sebab tak ada acu roti jala tu tsktsk.







Lepastu guna non stick pan bagi roti jala tak melekat. Ni first time tau I buat roti jala nasib baik sedap dan laku satu rumah makan hahaha. Roti jala biasa I makan dengan kuah kari yang pekat sikit.










Menu 3 : Onde Onde / Buah Melaka





Bahan :
4 senduk tepung pulut
1 senduk tepung beras
3 sudu besar Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract
Gula Melaka
Kelapa parut
Secubit garam



Cara :
Bancuh tepung pulut, tepung beras bersama Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract dan air secukupnya. Uli doh sampai tak melekat di tangan dan boleh gentel cantik.



Ambil adunan yang secukupnya untuk buat bola kecil dan masukkan gula melaka. Dah siap uli semua boleh rebus buah melaka tu dalam air mendidih. Air mendidih tu boleh masukkan satu sudu Pandan Leaf Extract untuk aroma wangi. Bila bola buah melaka dah terapung boleh angkat dan golekkan dalam pinggan berisi kelapa parut.






I masukkan secubit garam dalam kelapa parut tu untuk rasa lemak-lemak masin sikit. Dah boleh hidang !






Bila guna Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract dalam masakan, lebih mudah kerja memasak. Tak payah guna cara lama nak beli atau tanam pokok daun pandan untuk stok esen pandan. Guna je Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract sebab produk ni memang semula jadi. Warna semula jadi, rasa semula jadi, tak payah risau dah nak guna. Rasa dia memang original dan satu sudu besar Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract bersamaan dengan 7 helai saun pandan asli tau.



Selain guna untuk masakan, boleh digunakan untuk minuman juga. Next entry I share resepi untuk minuman pula okay. Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract juga boleh didapati dalam bentuk serbuk. Jadi kalau nak beli boleh ikut citarasa sendiri. 



Untuk pembelian boleh ke
Shop - Bio Nutricia Extract (https://bionutriciaextract.com/shop/)
Website - bionutriciaextract.com
Facebook - Natural Pandan Leaf Extract Concentrate (https://www.facebook.com/pandanextract/)







Tiga Menu Minum Petang Dengan Natural Pandan Leaf Extract

Bercuti ke Melaka. Entry I masa bercuti ke Melaka haritu I dah lengkap siap semua update dalam blog. Rajin jugak I update semua dalam blog walaupun ada satu lagi entry I plan nak buat tapi tak jadi sebab resit yang I simpan semua dah hilang. Entry blog tu entry makanan menarik di Melaka lengkap dengan harga sekali. Tapi disebabkan I rasa Aiman dah buang semua resit, sebab I simpan resit tu dalam dashboard kereta je, jadi tak ada dah panduan I nak tulis blog.



Lupakan jela entry tu. Entry lain korang boleh klik link dekat bawah ni untuk baca okay.


1 : ITINERARY MELAKA TRIP
2 : MELAKA : MAMEE JONKER HOUSE TAK SEDAP?
3 : MELAKA : LEBIH BANYAK MAKANAN !
4 : MENGINAP DI AGROFARMSTAY, DURIAN TUNGGAL, MELAKA



Selain itu, I ada buat short youtube video masa di Melaka jugak. Korang boleh tonton video tu di sini.









Jangan lupa tengok, like dan subscribe okay !






Melaka Youtube Video

Ingat tak pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser yang I pernah buat review dalam entry ini dan ini? Kenapa I suka sangat dengan pencuci muka Aloe AC ni? Pertama, keberkesanan pencuci muka ni membantu menyahkan jerawat yang bermaharajalela dekat kulit I. Dengan buih yang gebu dan lembut, kulit I rasa lebih bersih dan tak kering pun. Minyak pada muka pun semakin hari semakin berkurang menjadikan kulit I lebih sihat. Sebab itu kalau tengok entry I yang lepas, gambar before dengan after berbeza sangat.



Kenapa I percaya dengan jenama Hansaegee Nature?
Bagi yang tak tahu, Hansaegee Nature merupakan jenama produk kecantikan yang dah wujud sejak tahun 2011 lagi. I dari dulu dah tengok positif review orang lain terhadap produk Hansaegee Nature ni tapi baru sekarang berpeluang nak merasai sendiri. Produk yang dihasilkan original Made in Korea dengan bahan yang berkualiti tinggi.






Hansaegee Nature komited untuk menghasilkan produk penjagaan kulit dan kecantikan yang berkualiti untuk wanita di Malaysia yang semestinya senang digunakan dan selamat. 



Entry lepas I ada bagitau I akan repurchased pencuci muka ni sebab rasa tak lengkap dah skincare routine I tanpa pencuci muka Aloe AC ni. Semua produk Hansaegee Nature dijual melalui official Online Website jadi memang senang kalau nak shopping skincare. I rasa beli melalui website lebih mudah, jimat masa, tunggu je barang sampai depan rumah.



Cara pembelian di Website Hansaegee nature
1. Pergi ke www.hansaegee.com






2. Tekan Sign Up di tab belah kanan dan isi semua maklumat yang diperlukan. I tick ‘Sign Up for Newsletter’ terus sebab senang la nak tahu kalau Hansaegee Nature ada buat promo ke apa kan.





Tadaaa dah settle. Senang je nak sign up lepas tu dah boleh terus shopping ! 





3. Tekan bahagian ‘Products’ untuk tengok barang apa korang nak beli. Macam I, I nak beli Aloe AC Cleanser, terus la tekan nama produk tu. Selain terus ke bahagian ‘Products’, korang boleh tengok jugak Best Sellers, Promotions, Reviews, Tutorial dan What’s New di Hansaegee Nature ni.





Tapi disebabkan I ada tengok Instagram Hansaegee Nature ada buat harga promosi combo untuk Aloe AC Clean Bubble, I terus je bahagian Promotions dan cari promosi untuk 2 Aloe AC Clean Bubble Cleanser dengan harga MYR110 sahaja. Harga asal kombo ni MYR130 tau. Jimat ! Selain cleanser ni, ada juga kombo untuk produk yang lain jadi senang la korang nak pilih yang mana jadi idaman hati. I suka beli kombo terus, simpan stok dekat rumah tak ada la dah habis baru tergesa-gesa nak cari.





4. Kalau dah settle pilih boleh tekan cart untuk checkout. 









5. Isi semua details untuk penghantaran. Korang boleh pilih cara penghantaran menggunakan courier Pos Laju atau GDex. Bagi I cara ni lagi memudahkan sebab ada sesetengah kawasan service untuk courier tu agak tak okay, jadi kita boleh buat pilihan sendiri. Boleh pilih ikut keselesaan okay.



Free shipping? Penghantaran percuma ni kalau korang order minimum RM70. Macam barang I lebih dari RM70 jadi dapat la penghantaran percuma yeay jimat ! Kalau korang punya order tak sampai RM70 jangan risau caj penghantaran dia biasa je RM8 untuk Pos Laju dan RM9 untuk GDex. Boleh tengok sini(https://hansaegee.com/shop/shipping-rates) untuk caj ke Sabah & Serawak.





6. Cara pembayaran pula ada dua, melalui Ipay88 dan Bank Tranfer. I lagi suka guna Ipay88 ni sebab mudah. Pilih je nak bayar melalui bank apa akan dia akan directkan ke laman web bank untuk bayar. Tak payah nak masukkan no akaun, korang kena login akaun bank je.



Kalau Bank Tranfer pula korang boleh terus transfer ke akaun Maybank atau CIMB pihak Hansaegee Nature. Nanti bila dah klik jenis pembayaran, mereka akan sertakan number akaun untuk Bank Tranfer.








7. Lepas dah settle pembayaran, korang akan dapat email macam I yang ada semua maklumat seperti number order, billing info, shipping info dan invoice. Tak sabar tunggu barang sampai !






I suka laman web Hansaegee Nature ni. Pertama, details untuk setiap produk lengkap. Contohnya macam gambar di atas. Semua fungsi produk, bahan yang digunakan, cara penggunaan siap gambar dan video sekali lengkap. Gambar yang digunakan pula memang gambar sebenar produk jadi kalau korang pertama kali membeli di Hansaegee Nature, boleh tengok gambar sebenar produk mereka di laman web ni.



Lepas I daftar tadi I ada terima email pihak Hansaegee Nature bagi ganjaran 50 points. Dekat bahagian setiap produk pun ada tulis berapa point kita akan dapat jika beli barang tersebut. Contohnya, I beli 2x Aloe AC Clean Bubble Cleanser, I dapat 110 points. Rupanya point tersebut adalah ganjaran kepada ahli. Ahli boleh menggunakan point tu untuk pembelian barang di website Hansaegee Nature.



Minimum point untuk redeem adalah 100 points dan 100 points mewakili RM1. I dah ada 160 points, 50 masa daftar dan 110 masa checkout pencuci muka tu. Kalau kumpul point banyak-banyak bertambah jimat la setiap kali I checkout.







Paling best siap dapat hadiah dengan pembelian produk Hansaegee Nature. I memang suka bila dapat hadiah percuma ni sebab rasa dihargai hahaha. Disebabkan I order RM110 haritu, I dapat paperbag, cermin dan pen. Setiap range pembelian, korang akan dapat pelbagai hadiah menarik contohnya RM180 hingga RM249 akan dapat pen bersama tuala atau 2 cermin atau 1 cermin dan 1 pouch. Menarik kan? Semakin banyak korang beli semakin best hadiah yang diberi. Siap dapat Aloe Mask dan Yougurt Mask percuma lagi.



Kalau korang berminat untuk membeli semua produk dari Hansaegee Nature, diaorang ada buat Year End Sale start 26 Dec 2018 hingga 2 Jan 2019 tau. Sekarang la masanya nak kumpul stok skincare. Semua item ada diskaun yang tak patut dilepaskan. Pergi je ke laman web Hansaegee Nature dan buat pembelian sekarang.





Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia



Kenapa Hansaegee Nature? Dan YES !

Sebelum ni, I ada baca ramai jugak orang yang mengamalkan penggunaan minyak zaitun dalam kehidupan seharian lagi-lagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat. I baru tahu minyak zaitun pun ada pelbagai jenis sebab tu kot harga dia pun ada yang murah dah ada yang mahal. Kalau beli minyak zaitun mahal pun tapi ciri-ciri penjagaan produk tak ada, proses penghasilan minyak zaitun tak betul, tak guna jugak kan?





Jadi bawah ni I senaraikan point penting kalau korang nak cari minyak zaitun tapi pastikan minyak yang dibeli berkualiti.


1. Botol kaca warna cerah
Kalau minyak yang nak dibeli tu menggunakan botol kaca warna cerah, kandungan khasiat akan hilang disebabkan Proses Photo Oxidation kerana terdedah kepada cahaya UV.

2. Jenis softgel dan kapsul
Minyak zaitun akan kehilangan khasiat disebabkan oleh oxidation semasa proses memasukkan minyak kedalam softgel atau kapsul.

3. Botol plastik
Kandungan bahan kimia di dalam plastik akan bertindak balas dan bercampur dengan minyak zaitun.

4. Minyak zaitun tidak ditapis
Minyak tidak ditapis hanya baik untuk tempoh 6bulan selepas buah zaitun diperah.



Tapi bergantung pada masing-masing la kalau percaya dengan kualiti minyak zaitun yang dibeli boleh je teruskan. Macam I, I ambil berat semua point dekat atas ni sebab kalau boleh I nak guna minyak yang berkualiti dan berkhasiat. Sebab tu I gunakan Minyak Zaitun Premium Organic Extra Virgin Al’ Ard.







Palestinian Premium Organic Extra Virgin Olive Oil (PPOEVOO)
- Minyak zaitun terbaik ‘Awal Musim’ dari pokok zaitun tua mencecah hingga 500 tahun.
- Diiktiraf Organik dan Fairtrade.
- Kandungan acidity dibawah 0.5%
- Hasil perahan buah zaitun terbaik jenis Nabali, Roomy dan Souri akan dipilih dan diproses dalam tempoh 24jam selepas dipetik.
- Hasil tanaman dari 50 ladang disekitar Nablus, Tebing Barat Palestine.
- Diproses secara perahan sejuk (cold pressed) mengikut standard piawaian International Olive Oil Council.



Minyak Zaitun Premium Organic Entra Virgin Al’ Ard dibotolkan dengan betul, menggunakan gas nitrogen bagi mengekalkan kandungan khasiat minyak zaitun tersebut. Cara proses minyak zaitun diaorang pun terbaik dan terkini jadi kandungan khasiat minyak zaitun kekal sehingga maksimum 2 tahun.





Ciri-ciri minyak zaitun yang disyorkan
- Dalam botol kaca gelap
- Pembotolan nitrogen injection
- Pensijilan Organic and Fair Trade
- Pensijilan ISO 22000
- Produk dari pengeluar asal
- Modern cold pressed
- Extra virgin olive oil
- Standard ultra premium & premium
- Penerima anugerah antarabangsa



I gunakan minyak zaitun untuk sapuan ala losyen tu dan dalam masakan. Untuk sapuan memang sesuai sangat bagi mereka yang mengalami kulit kering ataupun orang yang mengandung macam I. Selain itu sesuai juga untuk menghilangkan kesan parut, masalah eczema, radang kulit, masalah sendi dan lutut serta melebatkan dan menghitamkan rambut.



I sapu pada perut dan peha untuk melembapkan kulit. Bila mengandung ni ada bahagian badan yang gatal sebab kulit meregang jadi memang berguna sangat bila sapu minyak zaitun. I tak kisah sapu minyak pada kulit, mungkin sesetengah orang rasa tak selesa. Tips I senang je lepas sapu pada kulit terus tidur ! Dah tak payah fikir rasa tak selesa ke apa. Asalkan kulit I lembap dan cantik hahaha.



Untuk makanan pula boleh dicampurkan dalam makanan yang dah siap dimasak sebagai penambah perasa atau dressing. Contohnya I masak Aglio Olio ringkas dan mudah je baru-baru ni. Lepas dah siap masak I gaulkan Aglio Olio dengan beberapa sudu Minyak Zaitun Premium Organic Entra Virgin Al’ Ard. Sedap ! Next entry I share resepi okay.



Minum minyak zaitun satu sudu makan sebelum sarapan pagi, satu sudu sebelum tidur malam, ketika perut kosong. Jangan minum air selama 3 minit selepas minum minyak zaitun. Manfaat minum minyak zaitun dapat melindungi usus besar, membantu kurangkan berat badan dan obesiti, melembapkan kulit dan pelbagai kebaikan kepada kesihatan.



Produk kedua yang I dah cuba dari Al Masoud Trading ni adalah Premium Olive Oil  Nabulsi Soap. Sabun buku Asli Nabulsi Al’ Ard adalah sabun minyak zaitun yang diperbuat dengan tangan sepenuhnya semenjak 10 abad yang lalu seperti yang diamalkan oleh penduduk asal Levant. 





Pengalaman I sendiri pakai sabun ni. Masa tu kulit bahagian perut gatal sangat, merah dia kemain lagi sebab I dalam mood malas nak pakai losyen masa tu haha. Jadi perut I meregang, menyebabkan gatal. I stress sangat sebab dah sapu losyen macam tak ada beza pun ! 



Lepastu teringat Sabun Nabulsi  ni. Cepat-cepat bukak kotak dia, guna untuk sabun badan. Lepas mandi boleh tahan lega kulit I. Walaupun masih gatal tapi berkurangan lepas guna sabun ni. Dalam 2 hari lepastu terus tak gatal dah. Sampai sekarang la I guna sabun ni untuk sabun badan masa mandi.



Minyak zaitun mengandungi antioksidan yang tinggi termasuk vitamin A dan E. Mempunyai kelebihan untuk memperbaharui dan melambatkan kesan penuaan secara semula jadi pada kulit. Memang sesuai sabun ni dengan kulit I. Rasa lebih lembut dan berbeza dengan sabun yang I pernah pakai sebelum ni. 











Selain dalam bentuk buku, dia ada dalam bentuk cecair jugak. Lagi senang nak guna. Lepasni I nak cuba yang cecair pulak sebab sesuai untuk kulit baby jugak alang-alang satu rumah guna je yang ni.



Produk terakhir dari Al Masoud Trading yang I guna adalah Premium Palestinian Za’atar Blend.
- Campuran herba seperti thyme, sesame seed, minyak dan garam
- Mengandungi vitamin A, B6, C dan Riboflavin
- Mengandungi mineral seperti iron, manganese, calcium dan magnesium








Kelebihan herba thyme ni mampu menguatkan daya fikiran, anti kulat dan antioksidan, melancarkan peredaran darah, kesihatan jantung dan penglihatan, meningkatkan sistem imunisasi dan lain-lain lagi. I guna Za’atar Blend ni dalam masakan. Antaranya menu Ayam Lemon Herba ni. Nanti I share resepi dekat entry lain ok ! Memang sedap sangat hahaha. Bertambah rasa dia dengan Za’atar Blend.





Di Al Masoud Trading, korang bukan sahaja boleh beli barang-barang yang I dah cuba seperti di atas tetapi banyak sangat produk lain yang semestinya berkhasiat dan mempunyai keunikkan tersendiri. Boleh dapatkan Minyak Habbatus Sauda, B-Royale Rainforest Honey by DR Norman, Pome Royal Jus Delima dan pelbagai jenis produk Premium Olive Oil (PONS) yang lain. Untuk kanak-kanak pun ada.





Untuk maklumat lanjut :
Al Masoud Trading
Facebook : Al Masoud Trading
Facebook : Al’ Ard Malaysia
013 683 5570 / 019 409 5570
Website : www.alard.my
No.G33A, Block 5, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Waktu perniagaan : Isnin-Ahad 11am-7pm






Berkualiti atau tidak minyak zaitun yang dipilih?


Yoodo’s Sponsorship of Malaysia’s First Official PUBG MOBILE National Championship is first of more to come






19 December 2018, KUALA LUMPUR – Yoodo - Malaysia’s first truly customisable digital mobile service just announced that it is the Official Digital Telco for Malaysia’s First Official Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) MOBILE National Championship (PMNC) organised by PUBG Corporation and Tencent Games. This is great news for gamers and will be the first of many features and partnerships to come as the brand plans on getting into gaming in a major way.



PUBG MOBILE is highly popular among gamers and the First Official MOBILE National Championship will see close to 256 teams from all across Malaysia competing for the whopping RM60,000 total prize pool. Grand Prize winners will also walk away with a free 1-year mobile plan from Yoodo.  





Commenting on the announcement, Mr Chow Tuck Mun, Head of Yoodo said, “We are proud to be working with Tencent Games, the world’s largest gaming company and equally excited to be sponsoring PUBG MOBILE being one of the world’s most popular multiplayer games.   E-Sports is growing in popularity in Malaysia and we want to be a major part of mobile gaming in our effort to continuously excite our fast-growing Yoodo community.” 



The move to sponsor the tournament of this highly coveted mobile game is a clear message of the brand’s confidence in its streaming speed and strength.  Tuck Mun added that gaming will be one of the important lifestyle areas of focus for Yoodo next year and users can expect a stream of add-ons, features and activities. 



“We will be introducing a PUBG MOBILE add-on, a first of its kind in Malaysia. This add-on will allow Yoodo users greater freedom to game with increased data quotas dedicated to the game,” he said. “If it’s good enough for gamers, it will far exceed a normal user’s expectations,” he added.



The PMNC tournament qualifiers will start on 22 December in Johor Bahru, from there crosshairs will turn to Sabah (25 December), Sarawak (6 January) and Kuala Lumpur (12 January) where gamers will vie for the chance to showcase their talents on a national level at the grand finale on 26 January in Kuala Lumpur.

















For further information on the PMNC tournament please visit: www.yoodo.com.my/pmnc2018/. To stay up to date on Yoodo’s latest announcements please visit please visitwww.yoodo.com.my and follow Yoodo on Facebook at http://www.facebook.com/yoodoMY/


………………………………………………………………………………………………



About Yoodo
Launched in January 2018, Yoodo is an independent digital mobile service that is owned and operated by Celcom Axiata Berhad. It offers the country’s first truly customisable mobile service, with complete transparency, flexibility and customer convenience.  
For more information on Yoodo, log on to yoodo.com.my or look up yoodoMY on Facebook, Instagram, YouTube and Twitter.



IT’S GAME ON FOR YOODO USERS!

Untuk trip ke Melaka haritu, I menginap di Agrofarmstay Resort. Terima kasih kepada pihak Agrofarmstay bagi I peluang menginap di sini. Sebelum check in, I sempat jalan-jalan sekitar bandar Melaka dulu. Kalau korang belum baca entry tempat menarik yang I lawati di Melaka dan makanan-makanan yang I cuba di Melaka boleh baca di entry yang lepas okay. Atau boleh je cari guna search box dekat sebelah sidebar.



Perjalanan dari bandar Melaka ke Agrofarmstay ni lebih kurang 30 minit. Agrofarmstay ni terletak betul-betul tepi jalan je. Tak ada kena masuk lorong jauh ke dalam. Senang nak jumpa dan perjalanan ke sana pun lancar. 



I check in agak lewat dekat pukul 3. Masa tu ada kem budak sekolah sekali baru sampai. Tengah nak cari tempat check in boleh pulak tersilap ingat I join sekali kem tu hahaha. Nak check in cari je bilik Lobi Attap ni. Tak payah jalan jauh pun, dekat je dari tempat parking.


Lobi Attap


Lepas dah settle urusan check in, orang tu terus tunjukkan bilik. Bilik I river view double room. Untuk bilik ni ada jenis twin jugak iaitu dua katil jenis single. I punya katil jenis queen bed. Melangkah masuk je bilik ni I macam wow. Suka sangat perabot dia.



Perabot jenis design lama dengan sentuhan warna pink ! I memang suka la bab-bab warna pink ni. Harap rumah sendiri pun dapat deko warna pink hahah. 



Bilik ni semua lengkap. Katil, almari, meja solek, ada aircond dan kipas, heater dan bilik air yang ada air panas. Tv pun ada okay jadi kalau korang lepak bilik je pun tak bosan sebab boleh tahan banyak channel tv yang disediakan berbanding hotel-hotel yang I pernah menginap sebelum ni.










Katil pun selesa je. Tak ada serangga yang boleh buat gatal-gatal dan memang I tidur lena. Lagi-lagi malam dengan pagi tu hujan kemain lebat, sejuk la tidur. Nama bilik ni river view, memang ada sungai depan dia. Keluar bilik dah boleh dengar air mengalir. Warna sungai macam teh ais sebab hujan sebelum I tangkap gambar ni hahaha.


River view


Pemandangan depan bilik


Pemandangan depan bilik, dapat tengok kehijauan macam ni. Memang cantik nak tangkap gambar. Rasa macam ada dekat kampung-kampung. 



Pagi sebelum check out baru I berkesempatan nak jalan-jalan tengok sekitar resort ni. Boleh tahan luas dan macam-macam aktiviti boleh buat. Sebab tu banyak sekolah buat kem dekat sini. Bilik pun banyak jenis bergantung kepada berapa ramai orang yang ada. 



Contohnya Villa Anggerik yang mempunyai 9 bilik dan boleh memuatkan 20 orang, Villa Sakura ada 6 bilik boleh memuatkan 20 orang juga, Villa Mawar mempunyai 6 bilik untuk 16 orang, River View macam bilik I yang ada katil twin atau double sharing untuk dua orang, River View yang sesuai untuk keluarga 6 orang, Garden View untuk keluarga 6 orang juga. Dormitory pula sesuai untuk sekolah atau kursus yang dibuat di sini untuk 8 orang dan Camp Site sesuai untuk 80 orang.



Jenis bilik banyak, macam-macam aktiviti boleh dilakukan seperti hari keluarga, majlis syarikat, untuk sekolah dan university, team building atau majlis perkahwinan. Pihak Agrofarmstay pun ada buat pakej yang berbaloi kalau datang ramai-ramai ni.


Peta


Kolam renang



Antaranya ada kolam renang yang memang luas, tasik yang boleh berkayak, taman herba, rumah haiwan, kolam teratai, surau, ladang lembu dan lain-lain.



Tempat nak ootd pun banyak dan semua cantik-cantik ! I rasa setiap sudut dalam Agrofarmstay ni I tangkap gambar hahhaha.







Pengalaman menginap di sini semua okay. Tak ada yang menyusahkan sebab facilities semua lengkap dan boleh digunakan. Pagi tu sebelum check out sempat bancuh Nescafe yang memang dah disediakan dalam bilik. Urusan checkout pun mudah je. Kalau korang berminat nak menginap di sini boleh hubungi talian di bawah okay.




Family Day / School / Event Reservation
Whatsapp / SMS / Call:
012 – 202 5647 / 012 – 211 8246 / 016 – 209 8623
Office:
06 – 232 2761


Corporate / Travel Agent Reservation
Whatsapp / SMS / Call:
012 – 202 5949


Email 
Email:
pertanyaan@agrofarmstay.my







Menginap di Agrofarmstay, Durian Tunggal, Melaka

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.