Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White untuk kecerahan dan kesegaran

Penjagaan kawasan intim harus menjadi keutamaan wanita terutamanya jika mengalami masalah-masalah yang melibatkan bahagian tersebut. Antara salah satu masalah yang menjadi pertanyaan buat ramai wanita, kenapa kulit disekitar kawasan intim lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Bukan anda sorang je yang tertanya-tanya tau. I rasa ramai wanita diluar sana yang mempunyai masalah yang sama. 



Ada juga yang sudah menggunakan pelbagai jenis produk ataupun kaedah untuk mencerahkan warna kulit di bahagian tersebut tapi masih belum berkesan. Mungkin masalah macam ni masalah kecil dan biasa je pada sesetengah orang tapi bagi mereka yang sentiasa ambil berat mengenai masalah ini, I ada cadangan penyelesaiannya.



Kini dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V anda.






Produk : Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White
Saiz/RM : 90ml (RM9.20) , 200ml (RM15.50)
Oleh : Wipro Unza
Boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan farmasi



Pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah kulit gelap di kawasan intim ini antaranya
- Faktor usia
- Ketidakseimbangan hormon
- Penambahan berat badan
- Pemakaian baju ketat
- Bercukur



Dan lain-lain lagi. Masalah ini boleh menimbulkan rasa kurang selesa dan mengurangkan tahap keyakinan diri seseorang. Jadi jika anda mengalami masalah ini apa salahnya cuba cara lain dengan menggunakan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dan lihat tahap keberkesanannya.









Kenapa Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White?
3 kali ekstrak pemutihan semula jadi. Bukan sekadar 1 tau tapi 3 kali ganda esktrak pemutihan ni yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad dahulu, licorice sudah digunakan oleh masyarakat Asia. masyarakat Yunani dan Mesir juga turut menggunakan bahan ini untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. 



Bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C yang membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah. Susu bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.



Tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5. Kandungan pH yang bersesuaian dengan kawasan intim anda memberikan tahap keselesaan yang lebih.  pH 3.5- 4.5 merupakan linkungan pH normal bagi kawasan tersebut. Ia mengandungi bahan antiseptik semula jadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan kegatalan.






Kayu rapet dan ekstrak manjakani. Penggunaan bahan ini membantu mengetatkan kawasan feminin dan memberikan keyakinan kepada wanita. Bebas alergen dengan wangian sederhana, memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif, dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi mereka yang mementingkan status halal, produk ini diiktiraf halal.







Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White juga dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dengan penambahbaikkan tekstur yang lebih lembut dan pekat. I nak pegang botol dia pun senang sebab ada bentuk macam ni haha.



Dengan kesemua bahan yang digunakan membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan membantu pertumbuhan semula kulit. pH kawasan intim juga terjaga. Bagi I bukan nak fanatik bagi putih pun tapi bagi tona warna kawasan tersebut sama dengan warna bahagian badan yang lain okay. Asalkan bahagian intim tersebut sihat dan tidak mempunyai masalah kulit.





















2 comments

  1. wah ada produk baru lah! pasni leh try yang ni pulak! i like sumber ayuu~

    ReplyDelete
  2. feveret saya juga ni! memang akan beli setiap kali habis stok kat tangan. hehe

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.