Lemang Periuk Kera?

Siapa dah pernah rasa Lemang Periuk Kera? I baru pertama kali nak rasa. Ikutkan haritu masa raya I dah mintak Aiman order kan. Tapi I cakap cancel jela sebab harga kemain mahal rasa macam tak berbaloi. Jadi hari raya kita makan lemang biasa sahaja.



Sejak akhir-akhir ni I rajin pulak tengok group makanan delivery area Johor ni sebab setiap jam lapar hahaha. Lepastu tertengok la pulak orang iklankan lemang periuk kera. I tengok review boleh tahan dan harga pun okay tak cekik darah jadi apa kata kita orderrr.....



Nak order kena cepat-cepat sebab selling fast ! I tanya hari selasa, delivery tinggal untuk hari khamis je sebab hari lain semua dah full. Nasib baik sempat tau.






Tara ! Dah lama nak merasa lemang periuk kera ni baru harini dapat tsktsk. Maafkan kedudukan garfu dengan sudu yang tak ketahuan tu. I minta delivery terus dekat office so I jadikan makanan lunch. Yang macam I ambil ni ada rendang ayam dan 4 biji lemang periuk kera. Harga dia RM10 sahaja ! Sumpah murah dari yang lain. ke I yang tak jumpa lagi murah I tak tau.....


Rendang ayam


Lemang periuk kera



Tapi bagi I berbaloi sangat. Rendang ayam dia banyak, I dapat bahagian isi yang banyak so memang puas makan dengan lemang. Rendang dia pun sedap, cukup rasa. Lemang pun sedap. Rasa macam lemang......... hahahaha. Rasa dia sama je macam lemang biasa I rasa......... tapi mungkin special sikit sebab dalam periuk kera???  Lemang dia pun sedap, cukup masak, cukup rasa lemak masin. Nice ! I makan dengan hati yang gembira. Kenyang sampai petang makan sorang hahaha. Selalu duduk office kalau pukul 3 tak lapar tak sah. Mesti nak mengunyah. Ni okay pulak I kenyang sampai waktu balik.



Orang JB boleh la order lagi-lagi area Skudai. Rasa nak order lagi tau ! Delivery caj rm5 dan tak ada minimum order. Kalau order banyak pun I rasa berbaloi beli tsktsk nak order lagi la sebab Aiman tak rasa lagi hahaha. Kalau nak order boleh la contact no 011 1086 6030. Facebook : Habsah Essa 







7 comments

  1. Sedap lemang periuk kera nie.. Rasa dia berbeza dengan lemang yang dibakar dalam buluh.. Memang best.. Sha dah pernah rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha airah baru nak merasa.sedap jugak rasa dia

      Delete
  2. Macam ni ke tanam pokok periuk keralah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kena tanam jauh sikit dari orang la

      Delete
  3. Replies
    1. airah tergoda nak beli pun sebab nampak sedap

      Delete
  4. takpernah makan, hahaha nampak sedap la pulak

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.