Hawa Skincare Review

Rutin penjagaan wajah ni mempunyai beberapa step antara yang I selalu buat adalah cleanser-toner-serum-moisturizer. Itu pun dah dikira banyak kan? Kalau rajin I akan tambah beberapa step lagi seperti buat double cleansing dan sheet mask untuk lebih kelembapan pada kulit. Hari ni I nak fokus kepada penggunaan serum.



Apa itu serum?
Apa yang I faham, serum ni dipakai sebelum pakai pelembap untuk lebih kuasa lembapan kedalam kulit. Sebab serum ni lebih mudah menyerap pada kulit jadi kuasa dia lebih power untuk menangani masalah kulit yang dihadapi.








Contohnya macam I sekarang menggunakan Mirelle Beauty Brightening Serum dari Hawa Skincare. Dekat nama serum ni pun dah tahu fokus serum ni untuk pencerahan kulit. Itu yang I maksudkan bila serum berfungsi lebih mendalam terhadap masalah kulit yang khusus. Kalau korang pun ada masalah kulit seperti kulit kusam, kulit rasa kering, parut jerawat, boleh la cuma Brightening Serum dari Hawa Skincare ni.



Produk : Mirelle Beauty Brightening Serum dari Hawa Skincare
Isi : 15ml
Harga : RM50



Kenapa I boleh berminat nak cuba produk ni sebab banyak positif feedback yang I tengok di instagram diaorang. Biasa I memang akan baca review, cari review berkaitan produk yang I nak guna. Bila dah baca baru fikir semula berbaloi ke tak nak mencuba. Kalau tak berbaloi macam membazir duit je nak beli lepastu nanti tak guna. Jadi I nasihatkan sebelum beli apa-apa produk baca review dulu okay. Korang boleh la ke instagram Hawa Skincare Malaysia untuk tengok feedback produk diaorang.








Packaging dia macam botol biasa dengan pump. Botol jenis pump I suka sebab senang nak keluarkan produk dan lebih bersih. Warna botol pun cantik dengan warna putih bersih dan ada beberapa bahagian yang ada glitter. Nampak sweet dan cantik bila letak dekat meja skincare.





Antara bahan-bahan dalam produk ni ialah Aqua, Hyaluronic Acid, Alpha Arbutin, Prunis Lannesiana Flower Extract, Melaleuca alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil, Aloe barbadensis leaf extract, fragrance.



Pengalaman I pakai produk ni memang okay. Tak ada buat kulit I gatal atau merah. I kan kadang ada bahan dalam skincare yang buat kulit I tak tahan tapi produk ni okay je. Tekstur dia pula jenis gel. Cepat meresap pada kulit jadi I suka pakai before pakai bb cream I. Bila pagi-pagi siap nak pergi kerja senang je pakai serum ni then sapu sampai dia meresap, kemudian boleh sambung pakai bb cream pulak. 



Ada sesetengah produk yang lama betul nak tunggu dia meresap pada kulit. Dah membazir masa dekat situ. Yang I perasan serum ni memang melembapkan kulit. Bila kulit lembap secara tidak langsung kulit nampak lebih sihat. I mengandung ni kulit nampak kusam sikit jadi membantu sangat untuk kulit I. 







Bau dia pula tak ada bau busuk ke bau chemical ke apa. Bau wangi tapi wangi yang lembut je.



Manfaat Brightening Serum
- Membantu mencerahkan kulit wajah
- Membantu mengatasi masalah kulit kusam
- Membantu memudarkan parut jerawat
- Membantu mengatasi masalah kulit kering
- Menganjalkan kulit
- Anti penuaan
- Bebas dari bahan kimia terlarang
- Sangat ringan pada wajah
- Diperkaya dengan ekstrak bunga sakura dan aloe vera
- Diluluskan oleh KKM



Lepas pakai Brightening Serum tu I akan pakai Mirelle Beauty BB Cream. Apa yang I suka bila pakai BB Cream ni, dia sangat ringan pada kulit. Tak ada rasa macam pakai bedak setempek macam tu. Rasa tak pakai apa-apa, tak buat kulit rasa kering dan bila peluh tak ada nampak kulit teruk. Mungkin sebab I dah lembapkan kulit sebelum tu dengan serum jadi hasil pada kulit jadi cantik sikit hahaha.






Produk : Mirelle Beauty BB Cream
Isi : 12g
Harga : RM55





Packaging dia dalam bentuk jar kecik macam ni. Sebelum ni I pakai bb krim yang dalam tube je first time juga pakai yang dalam jar. Kalau dalam jar senang nak pakai sampai habis, kalau dalam tube tu banyak lagi produk dia tinggal dalam tu tapi tak boleh nak keluar. Bila pakai produk dalam jar ni kena jaga kebersihan okay. Lepas ambil produk terus tutup. Jangan biar terdedah terlalu lama.



BB Cream ni diformulasikan dengan bahan berkualiti tinggi seperti Almond Oil, Vitamin E, Mineral Oil, Fragrance dan lain-lain. Bau dia bagi I tak busuk pun. Bau wangi yang lembut jugak tapi tak mengganggu. Kalau dekatkan produk dengan hidung baru dapat bau.








Tekstur dia pula macam bb cream biasa. Senang rata pada kulit. Tak berminyak. Yang penting cepat je I bersiap bila pakai dua produk ni. Siapa yang suka makeup soft macam tak pakai apa-apa tu memang sesuai sangat cuba produk ni.



BB Cream
- Melindungi kulit dari sinaran UV (SPF30)
- Membantu mencerahkan kulit dan parut lama
- Menutup pori-pori lama
- Tidak bercapuk
- Muka makin berseri dan gebu apabila berpeluh
- Tekstur yang likat dan ringan
- Mesra solat








Kiri gambar sebelum, kanan gambar selepas pakai serum dan bb cream tu. Yang I perasan dalam gambar ni kulit nampak lebih smooth, parut jerawat kurang kelihatan dan nampak natural. Tak bercapuk pun. Dan mungkin sebab serum tu ada nampak kesan glowing sikit.



I suka BB Cream yang sesuai untuk solekan dalam masa yang sama membantu masalah kulit kita. Lepas cuba dua produk dari Hawa Skincare ni I excited nak cuba produk yang lain sebab dua-dua ni best, yang lain-lain best jugak tak hahaha. Kalau korang pun berminat nak membuat pembelian boleh ke laman-laman di bawah





Walk in HQ Hawa Skincare, No.18A, 
Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor
Whatsapp+60193959774 
Website : Hawa Skincare
Twitter : @mirellebeauty
Youtube : Hawa Skincare Malaysia










24 comments

  1. i love how you take the pictures. and you're so pretty !!

    ReplyDelete
  2. packaging dia cantiknyaaaa! simple tapi cantik ya amat! bb cream tu macam best je, sha pun sekarang duk cari bb cream tapi kalau bb cream tu dalam packaging macam serum tu lagi ok sebab senang picit picit je terus boleh guna hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha airah pun suka packaging dia cantik ada glitter siap tuu.ni pun first time guna bb krim dalam jar

      Delete
  3. Macam pernah dengar lah jenama ni.. Tapi tak ingat baca kat mana.. Minat pulak tengok bb cream dia tu.. Bahan2 pun mmg elok untuk kulit jugak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahan dia tak ada yang meragukan.airah pakai pun elok je tak ada iritasi

      Delete
  4. Kulit muka ai susah nak serasi dengan produk apatah lagi serum. Tapi serum tu menarik lah. Packaging cantik gambaar pun cantik. Nak try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kulit jenis mahal ai ni hihi.dedua produk okay I guna

      Delete
  5. Packaging dia cantik dan nampak mewah sangat..buat hantran satu set cantik ni kan....hehehehe....akak pun suka serum...macam tak kena je muka kalau lupa guna serum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu sebelum beli produk mesti tengok packaging dulu menarik mata ke tak hihihi.serum memang buat kulit lagi lembap

      Delete
  6. waa mcm best jee both products nii! betul qeela pon suka baca review dulu before nk beli any products, dannn plg penting baca ingredients jugak hehe. yg ni nampak mcm best jee especially sebab ada hyaluronic acid tuu hehe qeela mmg suka skincare yg ada HA tuu bestt! packaging pon nicee nnt boleh usha2 nii 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingredients dia semua okay.airah pakai pun best je

      Delete
  7. Dia punye botol nampak eksklusif and nampak mahal. serum tu nampak macam best je untuk dipakai. nak kena cuba dulu baru tau sesuai atau tak dengna muka saya

    ReplyDelete
  8. Wahh sekarang dah makin pandai blogger semua blogger wanita ambil gambar hehehe semua cantik dan ada gaya tersendiri lepas ni makin cantik orang perempuan kat Malaysia banyak produk bagus2...

    ReplyDelete
  9. Comel je packaging dia, macam airah heee. Nampak flawless sangat muka airah bila apply BB cream tu. Nak kena cuba jugak ni.

    ReplyDelete
  10. Wah! Produk ni mcm best then packaging pun not bad. Exclusive sgt. Serum tu nmpk menarik dan likat. Ad ingredient tea trea tu bagus untuk jerawat. huhuhu

    ReplyDelete
  11. Pemakaian serum ni penting juga dalam penjagaan wajah. Tak pernah dengar jenama ini sebelum iniini. Best juga serum berfungsi untuk mencerahkan juga.

    ReplyDelete
  12. Packaging dia nak chic dan elegan. Rawlins pun suka yang pump nie sebab lebih bersih dan boleh kawal penggunaan.

    ReplyDelete
  13. Cantik botol dia... Hehe.. Btw, wawa 1st time dgr mengenai serum hawa ni ... Mcm menarik je tengok.. Wawa mmg suka pakai serum tau.. Boleh try la nnti..

    ReplyDelete
  14. Packaging dia simple dan eksklusif. Nampak perbezaan sebelum dan selepas menggunakannya. Boleh kot nak intai-intai serum ni. Rasa berminat pulak

    ReplyDelete
  15. Cantiknya packaging Mirelle Beauty ni, ada sparkle2 camtu. Kawan iday pernah pakai dan dia kata sesuai dengan kulit dia dan okay. Iday pon tengah mencari serum yang sesuai ni hehehe

    ReplyDelete
  16. Wah nampak best serum dan foundation merelle ni. Kita suka pakai serum sebab dia meresap terus dalam kulit. Pakai dua ni ni pun dapat muka kita jadi cantik. Banyak kelebihan ya produk ni..ish nak kene beli ni.

    ReplyDelete
  17. Suka dengan tindakbals lps guna serum ni memang nampak wajah lebih berseri-seri. Plg penting setiap penjagaan kulit kita kena tahu ramuannya..

    ReplyDelete
  18. Patutlah lawa sungguh owner blog ni.. serum hawa ni rahsianya yea.. heee.. botol dia nampak menarik.. suka tengok.. kalau orang nak beli mesti tengok packaging gak kan.. sebab ada yang suka kumpul botol or bekas .. huhu

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.