Gindaco Takoyaki Premium

Blog I dah jadi macam blog makanan pulak dengan entry KFC Zinger Waffle, Jajangmyeon Dubuyo, Marrybrown Korean Ayam Terhangat, Pak John Steamboat & BBQ dan sekarang Gindaco ! Bagi yang tak tahu apa itu Gindaco, Gindaco adalah jenama Takoyaki di Jepun, menjual premium takoyaki dengan sotong yang berkualiti dan diimport.






I pun pertama kali juga dengar Gindaco ni. Masa jalan-jalan dekat Aeon Tebrau macam 'eh kedai baru'. Memang excited tengok kedai makanan baru ni, boleh try rasa hihi. Masa pertama kali tengok, I baru lepas makan so tak apa la next time datang makan. Kali kedua dah plan awal nak dinner takoyaki dekat Gindaco je.


I order yang Party Box, ada 16 biji takoyaki. I makan berdua dengan Aiman. Untuk Party Box ni dalam RM26++ tak silap I. Kalau silap sorry okay hahaha tak sempat nak tangkap gambar menu dan harga sebab I excited nak tengok dia masak. Untuk Party Box boleh pilih dua perisa takoyaki.


Nak tunggu turn takoyaki I siap tak lama sangat la. Depan I ada 3 orang ke 4 orang tengah tunggu diaorang punya jadi okay la tak lama sangat.


Perisa yang I pilih, Ebi Mayo Takoyaki dan Cheese Mentaiko Takoyaki. Okay kalau tak silap betul la nama perisa I pilih tu hahaha.


Ebi Mayo Takoyaki



Cheese Mentaiko Takoyaki



Bila sampai depan mata wow boleh tahan besar. I nak makan pun waswas nak gigit dua kali atau terus masuk mulut sebiji macam ni. Mula-mula makan sopan lagi dua kali gigit, I tengok Aiman relax je masuk mulut sebiji terus lepastu I tanya muat ke masuk sebiji hahahaha I pun masukkan sebiji terus dalam mulut. Bila makan semua terus sebiji ni senang nak tau rasa dia macam mana. Makan sikit-sikit nanti ada bahagian sos tak rasa, sotong tak rasa, topping tak rasa.









Review I, dua-dua perisa sedap ! Sedap gila okay. I rasa takoyaki paling sedap I pernah rasa. Rasa dia semua cukup, tak ada bahagian pun macam kedekut bahan. Sotong dalam takoyaki pun boleh nampak rupa sotong tu. Bukan sotong kerat 30 bahagian hahaha. Topping dia pun sedap dan banyak, rasa takoyaki dengan topping blend je semua.



Maafkan muka penat sis baru balik kerja hihi



I happy gila makan takoyaki ni tau. Kenyang makan 16 biji kongsi dua orang. Walaupun macam banyak lepastu muak sikit tapi still habis dan puas hati. Bayar mahal pun I rasa berbaloi dengan rasa dia. Memang recommended.


Next day pergi Aeon Tebrau lagi Aiman ajak makan takoyaki lagi tapi I macam ZZzzz, next time la baru semalam makan walaupun sedap tapi tak ada la nak makan dua hari berturut hahaha. Pergi shopping dua hari berturut tak apa.


Kalau korang nak cuba juga boleh la pergi Aeon Tebrau punya outlet. Outlet lain I tak tahu ada ke tak tapi boleh check facebook diaorang dekat sini,






Facebook : GindacoMalaysia


I pun nak cuba lain-lain perasa nanti sebab sedappp. Tak silap I kedai dia dekat depan daiso dengan miniso, area banyak kedai jepun dekat Aeon Tebrau tu okies.





1 comment

  1. takoyaki dia nampak sedap!

    jemput singgah hehe :)
    https://messarah.blogspot.com/2018/11/life-update-mese-occupato-busy-month.html

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.