Cosmoderm Vitamin E Facial Cleansing Foam Review

Review cleanser untuk kali ini dari Cosmoderm Vitamin E Facial Cleansing Foam. I rasa dulu I selalu buat review cleanser tapi kali ni dah jarang haha. Tak silap I Cosmoderm ni adalah produk buatan Malaysia. I sebenarnya tak ada niat pun nak cuba pencuci muka Cosmoderm tapi masa tu ada promotion dekat guardian tak silap I dan harga boleh tahan murah, kita try laaaa.



I ada juga baca review blogger lain yang pernah menggunakan produk Cosmoderm dan kebanyakkan semua suka produk dia. I tak terpengaruh nak cuba sebab packaging dia warna kuning, I tak tau kenapa tak suka sangat warna kuning padahal bukan ada kesan pun packaging warna apo hahahaha.



Produk : Cosmoderm Vitamin E Facial Cleasing Foam
Isi : 125ml
Harga : RM12 kot masa tengah sales, tak hengat








I memang suka tukar-tukar pencuci muka. Tak rajin pun setia pada satu jenis je hahaha. Dekat rumah ni pun ada je pencuci muka yang tinggal suku lagi tapi I dah cuba pencuci muka baru -.- Sama la nasib dengan Cosmoderm punya ni. I baru test beberapa hari dah tukar pencuci muka lain.



Tapi kali ni nak buat review dan nak tengok apa hasil dia pada kulit I jadi I setia guna dia sampai ke hari ini. Ini pun dah nak habis dah tinggal sikit je lagi weeee.



Kita tengok packaging dia, jenis tube macam packaging pencuci muka biasa. Tapi dia punya lebih tinggi, bukan jenis gemuk haha. I memang biasa je guna pencuci muka jenis tube ni tapi yang tak bestnya produk pencuci muka dalam tu bila nak guna, tuang atas tangan kemain laju dia keluar !






Tekstur dia agak cair. Cair tu bukan ceroi tau maksud I. Dia macam jenis gel tapi licin dan laju sangat keluar. Padahal guna sikit je pun dah boleh buat buih untuk satu muka. Selalu terover keluar lepastu gigih nak masukkan semula dalam tube dia kalau tak nanti membazir. Itu jela kot yang I tak suka. Maybe boleh kecikkan lagi bahagian tempat keluar produk tu so tak keluar banyak sangat.



Sebab I ada baca review orang lain jugak ada masalah sama macam tu. 



Bau pencuci muka ni bagi I tak ada bau yang kuat or memang tak ada bau langsung kot. Okay je nak guna dan buih dia lembut je pada muka. Kulit tak ada rasa kering atau tegang lepas cuci muka. Tak buat kulit I keluar jerawat atau iritasi. So far semua okay dan kulit rasa bersih. I pakai pencuci muka ni masa I start pregnant walaupun beli dari sebelum pregnant haritu.






Paling best pencuci muka ni tak ada paraben, sls atau sles. Jadi kalau kulit korang jenis sensitif mungkin boleh cuba pencuci muka ni. 



Pencuci muka ni mengandungi Minyak Rosehip dan Vitamin E yang membantu memelihara kulit dan proses pembaharuan kulit. Kalau korang ada parut jerawat tu boleh la cuba pencuci muka ni sebagai salah satu cara untuk memudarkan parut jerawat tapi tak boleh bergantung kepada pencuci muka semata tau kena tambah lagi produk lain.



Bahan - Purified Water, Sodium Laureth Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Propylene Glycol, PEG 150 Distearate, Cocamide DEA, Polysorbate 20, Imidazolidinyl Urea, Fragrance, Citric Acid, DL-Alpha-Topocherol, Tomato Extract, Grapefruit Extrect, Lemon Extract, Bilberry Extract, Rosehip Oil, Licorice Extract.









Bagi kulit I okay sangat guna produk ni. Rasa lembut, licin, tak ada rasa tegang, tak naik jerawat dan bersih. Harga pun murah sangat sesuai untuk student. Tapi dalam senarai bahan dia ada guna pewangi, kalau kulit jenis sensitif dengan apa-apa bahan pewangi elakkan guna atau cuba test dulu okay. Sesuai untuk semua jenis kulit.





Korang boleh baca review cleanser yang I pernah try dekat sini okay



18 comments

  1. Pencuci muka di opis ni dah nak habis. Makanya boleh try yang nih lepas ni.

    ReplyDelete
  2. Interesting product!

    https://julesonthemoon.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Hari tu terfikir jugak nak guna cosmoderm ni tapi takpe lah, guna simple dulu

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete
  4. I really wanted to try this maybe after my cleanser foam habis xD Sebab I have a very very dry skin & banyak review kata cosmoderm herlok gila

    ReplyDelete
  5. References - Paul, B. (n.d.). Tribulus Terrestries Testosterone Research Studies: Benefits, Dosage & Side Effects! Retrieved December 13, 2018, from https://testosteroneofficial.com/research/tribulus-terrestries/

    ReplyDelete
  6. Bagi muka yang berminyak tolong jagan guna product ni muka saya jadi semakin berminyak dan rasa amat kusam. perna satu malam tu muka saya rasa gatal2 selapas saya garu, permukaan kulit saya terkupas seperti sisik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe kulit muka awak tak sesuai kot sebab I guna satu tube ni dah habis and so good.

      Delete
    2. Cosmoderm ada set yg sesuai utk kulit berminyak wrna hijau. Kalau utk kering dan normal wrna kuning.

      Delete
    3. Sy ingt sy je sorng rsa gatal lps pkai .. 😔Rupanya sis pun sma jga

      Delete
  7. setiap hari pakai ke?

    ReplyDelete
  8. pakai setiap hari ka? dan brapa kali sehari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup pakai setiap hari la sebab memang kena cuci setiap hari kan. I cuci muka dua kali sehari. pagi dan malam sebelum tidur.boleh je nak pakai lebih dari dua kali kalau kulit tak rasa kering

      Delete
  9. Sy guna cosmoderm masuk 3minggu..sy hanya guna pencuci muka dgn pelembap muka..kulit muka okay sikit la dari sblum ni..nanti nak beli krim muka pla

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bestnya sesuai dengan kulit
      boleh la try semua produk cosmoderm lepas ni

      Delete
  10. Cosmoderm state takda sls. Tp second ingredients dah sls mcm mana tu? Sls tu sodium laureth sulfate kan huhuhu. 2nd ingredients pulak tu. Means antara paling byk

    ReplyDelete
  11. Cosmoderm ni tak krim dia ke

    ReplyDelete
  12. Muka sy semakin naik jerawat pasir bila guna pencuci muka simple

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha I pernah guna Simple juga dan orang terdekat pun ada guna Simple. Ada yang tak sesuai dengan kulit. Kalau rasa tak selesa terus tukar okay

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.