Big Bowl Ice

Asyik makan makanan berat je, kali ni I nak cuba Big Bowl Ice. Big Bowl Ice ni ada banyak outlet di Johor Bahru terutamanya. Dekat dengan office I ada satu, office lama ada satu dan yang terbaru di Bandar Baru Uda. Dekat sangat dengan rumah !



I pergi masa baru-baru bukak, lepastu pergi hari sabtu pulak tu. Memang ramai laa orang. Dengan dekat area Angsana ada event. Pening tengok ramai sangat orang ni tapi dah alang-alang nak sampai, pergi jela.






Ikutkan perut lapar sebab baru balik dari Pekan Nanas tapi rasa nak basahkan tekak dengan benda sejuk jadi kita makan Big Bowl Ice dulu. Big Bowl Ice dekat BBU ni sebelah dengan Eat & Repeat je. Boleh baca entry Eat & Repeat I dekat sini. Kalau nak tengok alamat lokasi lain boleh check Facebook diaorang okay.



Sebab kan ramai, kedai yang I rasa besar pun terus jadi sempit dan sesak hahaha tapi I masuk kedai je terus dah dapat tempat duduk depan kaunter sambil tu tengok diaorang buat ice bowl.



Ini menu yang I sempat tangkap gambar. Yang buat tak sempat tu sebab I malas….. hihi










Pertama kali nak rasa Big Bowl Ice ni, tak tahu nak order yang mana. Order based on apa yang nampak sedap je. Baca menu pun sekali imbas je lepastu tak tau yang ada dua jenis ice tak silap I. Satu macam ais biasa kisar tu satu lagi macam bersusu hahaha.



Bila dah sampai apa yang kiteorang order macam woooowwww boleh habis ke ni berdua je










Kiteorang pilih perisa mango. Rasa boleh tahan sedap dan manis tapi bukan jenis shaved ice bersusu tuuuuu. Ni ais biasa je tsktsk so agak plain walaupun ada sos mango dia letak sekali. Harga untuk bowl ni dalam RM18 tak silap I. Bowl dia memang besar sesuai makan 3,4 orang. I makan berdua dengan Aiman, tinggal sikit je kot tak habis.



Makan slow-slow dan sembang confirm cepat je habis. Selain big bowl ice ni ada jugak makanan goreng-goreng yang lain seperti nugget, waffle macam tu. I tak ingat apa ada tapi makanan ringan-ringan jela. Saiz untuk setiap menu pun ada beberapa jenis so boleh pilih nak yang mangkuk kecil sikit, mangkuk sederhana atau besar sangat. 



Lepastu pergi tapau meggi goreng mamak dan mee goreng mamak dekat kedai mamak belakang tu sebab I lapar makanan berat.






Big Bowl Ice
Facebook : Big Bowl Ice
56, Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru
(Nearby Mydin / Chamek Kopitiam / Kafe Eat & Repeat) 
016-7226185 / 012-3399894
12pm-12am daily 





7 comments

  1. macam sedappp je nampak..kalau makan time tengah hari ni mesti nikmat kan..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. nikmat makan makan tengah cuaca panas hahaha airah terus teringin lagi ni

      Delete
  2. ray nak pegi try but i dont think i can finish it by myself. kene ade geng utk habiskan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je ray kena pilih mangkuk kecik yang untuk sorang tu

      Delete
  3. fuhh meriah gambar2nya
    mesti smua sedap2

    ReplyDelete
  4. Panas-panas dapat nie memang nyaman je tekak.. Mearik bowl ice dia..

    ReplyDelete
  5. teringin nak try tapi takdak kat sini T.T

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.