4Fingers Crispy Chicken

Bertemu lagi kita dalam entry makan seterusnya. Korang boleh baca entry-entry makanan I sebelum ni. Tekan bahagian 'Categories' di bawah entry atau guna je search box dekat sebelah kanan side bar ni senang.


Kali ni I cuba 4Fingers yang baru juga buka outlet terbaru di JBCC. Jadi datang JBCC semata-mata nak makan 4Fingers je lepastu balik hahaha. Masa tengok menu dia macam em emm nak order apa ni tak tau mana yang sedap.








Order la wing and drummet combo 12 pcs. Dia boleh pilih sama ada nak ala carte atau combo. Kalau combo sekali air dan fries. Masa I datang makan nasib tak baik sangat mesin air rosak -.- jadi dapat air mineral je dua botol. Untuk 12pcs wing dan drummet ni cukup la makan dua orang. Tapi sebab I bawa orang ketiga, kejap je kenyang lepastu lapar balik !




Fries dia boleh pilih original, kimchi atau lagi satu I tak ingat sebab masa I datang tu boleh pilih sama ada nak original atau kimchi sahaja. Lagi satu dah habis. So pilih la kimchi.


Sos salutan ayam pula boleh pilih nak soy sauce, hot atau mix. I ambil yang mix.


Nak tunggu ayam masak boleh tahan lama. Masa I tengah makan boleh tahan ramai juga la orang lain makan juga dekat sini walaupun masa tu waktu kerja.


Selain menu ayam boleh pilih burger, chicken chop, chicken sandwich, rice box, seafood atau pelbagai jenis salad dia. I pernah nampak orang makan rice box tu je selain ayam yang macam I pilih ni hahahaha jadi I tak sure sedap ke tak. Siapa pernah rasa menu lain tu angkat tangan????





Untuk rasa ayam yang I pilih ni sedap. Rasa sos dia salut sekata dengan ayam dan ayam rangup masak sampai dalam. 12pcs ni untuk I dengan Aiman agak tak cukup la. Cepat je lapar semula mungkin lepas ni kena cuba rice box dia pulak.





Tapi rasa boleh tahan sedap dan tak pedas. Fries dia pun okay walaupun I macam tak ada selera sangat nak makan seaweed atas tu.


Kalau nak try outlet 4Finger Crispy Chicken dekat Komtar JBCC ni dekat L2-205/207, Komtar JBCC, JB. Senang je nak cari dekat dengan Sushi Zanmai dan Tony Romas.










3 comments

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.