Resepi Kek Sarang Semut

Resepi Kek Sarang Semut. I akan buat kek bila I rasa nak makan je. Ini disebabkan dah lama gila tak makan kek sarang semut, jadi kena la buat sendiri. Selalu mama I yang buat dan memang sedap ! Masa taip entry ni pun rasa nak buat lagi kek sarang semut tapi nak tunggu ada bahan dekat dapur memang kena pergi kedai dulu.


Mama memang ada share banyak resepi dan versi kek sarang semut, tapi I guna resepi yang bahan dia dah ada jela.



Bahan :
1 1/4 cawan gula halus
125g butter
4 biji telur gred A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat ( I campur sekali dengan tepung gandum )
1 sudu teh esen vanila








Cara :



1. Memula kena buat gula hangus dulu macam gambar pertama dekat atas. Cara nak buat gula hangus, cairkan gula dengan api perlahan. Kena jaga gula ni bagi tak hangus, bila dia dah macam cair masukkan air panas sikit demi sedikit dalam 1 cawan.


2. Cairkan mentega dalam periuk lain.


3. Dalam bekas lain, masukkan telur dan kacau sampai rata. Kacau je jangan pukul.


4. Kemudian masukkan susu pekat, kacau lagi. Macam dalam gambar I kacau guna senduk je.


5. Masukkan mentega cair, kacau.


6. Masukkan esen vanila dan tepung. Kacau dengan manja lagi. 


7. Last sekali tuang gula hangus. Kacau. Perap adunan lebih kurang 3-4 jam. I tutup biar atas meja je. Sebab I derhaka tak perap lama, kalau perap lama lagi cantik sarang semut tu, sarang semut I tak berapa lawa.


8. Boleh sediakan loyang. Kertas minyak tu sapukan selapis butter. Tuang adunan. Panaskan oven dan boleh la bakar 30-45 minit 170c. Suhu dan masa kena ikut oven masing-masing okay. Oven I kecil dan biasa sahaja. 




Biasa I nak check dah masak ke belum, cucuk lidi sate atau garfu pada kek, kalau ada yang melekat maksudnya tak masak lagi. Bila dah masak boleh tunggu sejuk baru potong. Yummy !


Sukatan adunan agak banyak untuk I dengan Aiman habiskan sebab kiteorang berdua je kan. Kalau ramai cepat je habis.

4 comments

  1. waahh! ni kek favourite saya ni tapi saya tak pandai buat. Tq ya sebab share resipi

    ReplyDelete
    Replies
    1. favourite airah jugak.ni pun kena rajinkan diri buat kalau tak malas jeeee

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.