KFC Zinger Waffle Burger - waffle, maple syrup, ayam

Holla,


Siapa tak suka makan KFC? I rasa semua orang suka makan KFC kan? Dari kecik-kecik sampai dah besar confirm tak pernah pun setahun tak makan KFC. Yes buat masa ni I tak pernah lagi hihihi at least sebulan sekali mesti makan jugak sebab I suka coleslaw KFC. Kalau order apa-apa mesti kena ada coleslaw jugak. Tak kira dah siap dalam set atau kena add on yang besar punya.



Jadi semalam macam tak tau nak makan apa, Aiman dah awal-awal ajak makan KFC je. I macam biasa selalu nak round dulu tengok teringin nak makan apa baru buat keputusan hihi. Semalam pergi Aeon Tebrau sebab nak tengok Venom jadi Aeon Tebrau memang banyak la pilihan makanan.



Last-last makan KFC jugak. Teringin KFC Zinger Waffle Burger yang terbaru tu. I tengok dekat instagram, twitter, facebook ramai cakap sedap. Menjadi seorang yang suka terpengaruh, memang kena rasa jugak !



Our dinner !





Aiman order snack plate je. I order set KFC Zinger Waffle Burger. 






Bila bukak pembalut dia okay not bad. Nampak cantik tersusun semua benda dan besar. Waffle dia gebu, lembut dan besar. 







Kalau tak tau apa keistimewaan KFC Zinger Waffle Burger ni, dia gabungan fluffy premium Belgian waffles dengan spicy KFC Zinger fillet dan crispy strips. Sos yang digunakan pula ialah golden maple syrup dan KFC mayo sauce.



Dapat bayangkan tak rasa dia macam mana? Rasa pedas, gebu, rangup, manis semua ada ! Bila first gigitan tu memang terasa macam mahal rasa dia. 






Waffle dah sah-sah gebus sangat. Sedap tapi bila dah last-last tu rasa muak pulak makan hahahaha. Tapi jangan risau, share dengan orang sebelah okay confirm dapat habiskan. Kepingan zinger tu rangup dan pedas. Sedap jugak ! Memang betul-betul rangup. Kepingan lagi satu tu pun rangup jugak.




Boleh dikatakan puas hati la sebab sedap walaupun I macam ‘apa la agaknya rasa makan ayam siap ada maple syrup ni’. Haaa gituh. Korang kena try jugak tau lepastu share dengan I sedap ke tak haha. Harga bermula RM 13.50 untuk ala carte. 








13 comments

  1. Wah seriously dengan maple syrup sekali? 🍁

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha unik kan airah pun macam waswas nak cuba tapi sedap

      Delete
  2. Memang suka makan kfc nie dari kecik sampai dah khawin pun mesti cari kfc jugak..cuma tak ikut perkembangan kfc sangat mcm apa yang baru hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun tengok ramai cakap sedap itu yang terpengaruh kalau tak, tak ada nak try jugak.beli yang biasa je

      Delete
  3. rabia tak rasa lagi kfc zinger waffle burger ni..haishh..sedappp nya.

    ReplyDelete
  4. uish rasa terliur pulak baca post ni dahla dah malam ni kfc pun dah tutup hahah but memang ramai pun review zinger waffle burger ni sedaap ! sya tak try lagi..

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/2018/10/its-over.html

    ReplyDelete
  5. dah rasa haritu, haha tak kena selera sha :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa ada yang tak sesuai tapi airah suka

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.