Gift Set Untuk Si Manja Anda

Sejak dah masuk second trimester ni, I rajin tengok barang baby, baju comel-comel, blanket, topi, sarung kaki tangan, semua benda la I tengok. Semua comel sebab kecil dan barang baby ni mostly semua design kemain mengugat iman. Tapi tak beli apa-apa lagi laa sebab baru lagi kan, semua masuk dalam wishlist dulu. Yang terbaru I tengok barang baby di Lovingly Signed





Apa yang menariknya di Lovingly Signed? Kalau korang singgah laman web dia confirm tak berhenti scroll semua barang. Pertama yang paling buat I jatuh hati sebab warna-warna lembut yang digunakan. I memang peminat warna pastel. Bila jumpa barang baby warna lembut macam ni geram je ! Tak kira korang nak beli barang untuk baby boy or baby girl, semua warna ada. Kalau tak minta warna pastel pun ada je pilihan warna kelabu, coklat dan biru. Pilihan barngan baby dekat laman web ni memang menepati citarasa semua ibu.








Yang kedua banyak sangat pilihan. Korang boleh dapatkan pelbagai jenis barangan dari kepala sampai kaki okay. Topi comel siap ada telinga bear, patung rabbit yang gebu, selimut baby, baju dan macam-macam lagi. Paling best korang boleh personalize nama baby dekat barang tersebut. Personalize atau custom nama baby pada barangan ni membuatkan barang tu ada sentimental value sikit. Bila baby dah besar boleh dia tengok semula barang yang dia pakai masa kecil siap ada nama sendiri lagi.



I memang plan masa baby I nak keluar nanti, nak ada at least satu barang yang ada nama dia. Kalau dekat selimut ada nama baby kan nampak comel dan sweet gitu.



Gift Hampers


Paling memikat hati I adalah set Gift Hampers. Set ni dah siap semua barang dalam hamper tu. Tak payah susah-susah dah nak mencari hadiah bagi pada baby. Sesuai untuk beri hadiah kepada orang lain atau beli je bagi hadiah dekat baby sendiri hahaha. Nanti nak suruh Aiman belikan untuk baby dia yang nak keluar dah ni.  Kadang-kadang peningkan nak pilih hadiah apa untuk kawan yang baru bersalin. Siap google lagi list barang baby yang sesuai sebagai hadiah kann. Singgah je ke Lovingly Signed, pilih Gift Hampers ni. Penerima hadiah mesti gembira. Pilihan I mesti la warna putih pink ni sebab sweet. Walaupun gender baby tak tau lagi hahaha.






Saiz untuk produk yang kita pilih pun boleh pilih ikut umur baby. Kalau nak tahan sampai besar sikit boleh la terus beli untuk umur masa baby besar. Baby kan cepat je membesar, sedar tak sedar dah cukup setahun. Jadi bagi I lebih baik beli yang besar sikit, boleh pakai lama. Jenis kain yang digunakan pula merupakan 100% cotton towelling. Kain jenis ini sangat sesuai untuk penyerapan air yang banyak. Bukan jenis kain kalau guna tu macam tak serap air je. Paling nak senang faham ada sesetengah tuala jenis tak serap air walaupun dah beberapa kali guna kan. Tapi cotton towelling ni tak. Kualiti kain memang terbaik dan sangat lembut pada kulit baby.



Kalau korang mencari barangan baby yang mementingkan kualiti, unik dan ada sentimental value, Lovingly Signed sangat membantu. Produk yang korang pilih akan dibungkus dengan kemas dan cantik, dihantar terus didepan rumah anda. Setiap pembelian akan dapat box warna pastel ni tau. Jadi barang pun tersusun rapi je dalam tu.





Untuk delivery pula, bagi kawasan Singapore adalah percuma. Delivery mengambil masa 3-5 hari. Penghantaran antarabangsa pula mengambil masa 4-8 hari. Macam penghantaran normal dari luar negara la kan. Untuk penghantaran antarabangsa, bila korang sign up dapat, shipping fee hanya SGD25 sahaja dan dapat percuma bakul kalau pembelian melebihi SGD250. Memang berbaloi.



Kalau rasa barang tak sesuai atau ada apa-apa masalah pada barang, boleh buat pemulangan. Ini korang kena baca polisi pemulangan dan email team Lovingly Signed nanti diaorang bantu. Tak perlu risau. Senang je nak shopping di Lovingly Signed ni. Untuk maklumat lanjut boleh ke




Laman web : Lovingly Signed
Facebook : @lovinglysigned
Pinterest : Lovingly Signed

Instagram : lovinglysigned




29 comments

  1. comel-comelnya! Geram tengokkkkkk..!

    ReplyDelete
  2. Bestnya preggy..dah 14 tahun akak x pregnant..hahaha..anak pun ddh anak dara...tahniah ye..meang cantik2 pilihan baju baby zaman sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ada plan ke kak?aha banyak baju cantik2 rambang mata nak pilih

      Delete
  3. all these gift set looks great.. little cutie must love it very much.. such a great gift set, isn't it?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp! so excited when I browse through the website

      Delete
  4. Bagus jugak bila ada website yang jual barang-barang baby macam ni. Kadang kadang rasa macam blur nka belikan hadiah ape untuk baby baru lahir

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. bila ada website senang nak fikir. kalau pergi kedai tak boleh fikir lama

      Delete
  5. nak beli hadiah untuk baby senang je kalau ada website ni kan.. tak perlu nak fikir hadiah apa nak beli sebab kat website ni dah ada macam-macam boleh kita order..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. senang nak pilih senang nak tengok review jugak

      Delete
  6. Banyak kali jugak terbaca member2 tulis pasal lovingly signed ni. tapi belum pernah beli kat sini. nanti nak usha la kot2 ada yg berkenan

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah dah banyak yang berkenan tapi tak beli2 lagi hihi

      Delete
  7. omg these are so beautiful, they'll such a lovely gift for newborns.

    ReplyDelete
    Replies
    1. true ! Im falling in love with all of the collection

      Delete
  8. sekarang ni senang je nak belu baju baby yang murah.. online banyak, comel pulak tu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu selalu tengok online je.nak pergi kedai malas

      Delete
  9. Ala cutenya set barang untuk baby ni. Lepas ni boleh la survey kalau nk hadiahkan dekat orang yang baru dapat baby. Yelah bosan dah selalu bagi hamper.hahaha

    ReplyDelete
  10. Comelnya gift set ini memang comel-comel sangat memang menarik rasa nak beli nak bagi kat anak kawan yang comel sesuai hehehe bestnya nak juga lah hehehehe..

    ReplyDelete
  11. Bagus la.... Senang kalau nak cari gift set utk baby. Pilihan pun banyak, menarik pulak tu... 👍👍

    ReplyDelete
  12. memang comel lah produk-produk baby dari lovingly signed ni. best yer kalau dapat anak dapat hadiah hamper yang ada nama sendiri. rasa eksklusif sangat.

    ReplyDelete
  13. Cantik2 barangan baby sekarang ya, tapi sayang sis mampu tengok je lah...:D, kalau ada nanti pun bila ada cucu, itupun tak tahu bila..hehehe

    ReplyDelete
  14. Wahhh Airah preggy rupanya , tahniahhh .. tgk baju baby girl geramnya lah , semua cute2 je ..

    ReplyDelete
  15. barang baby tak de yang tak comel..teringat masa wife pregnen 1st son dulu, hampir semua baby expo, kedai baby offline&online kami terjah..dah jadi macam rutin bulanan..rasa cam nak beli semua je..yg Lovingly Signed ni pun menarik giler..

    ReplyDelete
  16. Sukanya! Siap blh personalised dgn nama bayi tu, comel dan senang nak cam tu brg kepunyaan ank. Tak keliru jika tercampur.

    ReplyDelete
  17. Comelnya !!! Wahhh lepas nie xperlu runsing lg. Senang je nak cari. Macam2 ada. Tinggal order j dekat website dia. Best nie !

    ReplyDelete
  18. omg.. this is so adorable set for baby gift. so nice to see them cuddle in soft bunnies. feel like one for myself too!

    ReplyDelete
  19. ni yang tak boleh tengok ni..comel-comel sangat..dahla suka beli barang baby ni..haishh..nak kene usha website dia ni..nampak comel semuanyaa

    ReplyDelete
  20. Wauu..memang suka sngt brng baby cute ni apalagi warna pastel..

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.