FERNLEAF 100% Manfaat Terjamin dari New Zealand

Sejak dari kecil lagi memang I tak akan lepaskan peluang untuk beli susu dan minum susu. Kebaikan susu untuk tubuh badan kita memang dah terbukti bila tubuh badan memerlukan kalsium yang mencukupi. Dari mana nak dapatkan kalsium dengan senang? Dari susu la. 



Kalau dulu masa sekolah selalu jugak dapat susu percuma kan. Dari situ dah terbukti susu memang diperlukan untuk tumbesaran. I yang dah besar ni pun suka minum susu. Antara jenama susu yang paling I suka ialah FERNLEAF.







Kenapa susu Fernleaf?
Susu Fernleaf diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand.
Lembu tenusu dijaga dengan penuh dedikasi. Ladang lembu tenusu juga diusahakan dengan cara semulajadi, lembu diberi kebebasan untuk meragut di padang rumput yang subur






Di New Zealand, tanahnya yang subur, kadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikan salah satu tempat terbaik untuk menghasilkan susu. Rumput yang diragut oleh kambing juga adalah rumput berkualiti tinggi dan terbaik dari alam.



Lembu pun tak stress kena kurung je. Hasilnya, susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semulajadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Susu yang dihasilkan juga mempunyai banyak nutrien penting seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D






Tahap kandungan vitamin D juga lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain.



Susu UHT
Susu keluaran Fernleaf juga adalah susu UHT.
UHT bermaksud Ultra High Temperature. Susu yang disterilisasi dengan suhu tinggi diantara 135-145 darjah celsius dalam waktu yang singkat bertujuan untuk membunuh seluruh kuman yang ada dalam susu. Jadi susu lebih selamat untuk diminum. Tetapi vitamin dan protein dalam susu masih dikekalkan.



Tiga perisa enak
Susu Fernleaf UHT ni didatangkan dengan tiga perisa enak, full cream, low fat dan coklat. I dah rasa dua perisa susu ni, full cream dan coklat. Dua-dua sedap !







Walaupun I tak berapa suka perisa full cream sebab tak manis, lepastu rasa nak muntah pun ada, kalau yang jenis tak minum susu mesti susah nak terima full cream. Tapi bila I minum Fernleaf full cream ni sedap. Tak muak, tak terlalu berlemak dan boleh diterima tekak. Lepasni kalau I nak minum susu full cream, beli jenama Fernleaf jela. 100% Mmmmm.



Pek mudah dibawa
Untuk packaging pula terdapat dua pilihan iaitu 1 liter dan 200ml. 1 liter ni sesuai la nak simpan dalam peti ais buat stok pagi-pagi minum susu. Nak bawa untuk piknik pun sesuai sebab kuantiti dia banyak dan boleh kongsi ramai-ramai.






200ml sesuai kalau nak senang anak-anak bawa ke sekolah. I bawak pergi kerja je breakfast susu dan roti dekat office pun dah kenyang. Bila apa pek kecil macam ni senang nak selit dekat dalam handbag, selit dekat beg sekolah anak bahagian tempat letak botol tu ataupun nak letak mana-mana sebab saiz dia sesuai.



Sebab banyak stok susu I teringin pulak nak buat ais krim hihi. Jadi bawah ni I kongsikan resepi ais krim dengan susu Fernleaf yang I buat sendiri. Kalau ibu-ibu buat dekat rumah pun confirm anak-anak suka lagi-lagi yang tak nak minum susu tu. Aiman pun sama, I buat empat batang ais krim, 3 batang dia je makan sorang -.-



Resepi Ais Krim Susu Fernleaf

Bahan




  • Bekas ais krim
  • Susu Fernleaf (apa-apa perisa)
  • Biskut


Cara



  1. Pecahkan biskut ikut saiz yang korang suka. Macam I ada yang I pecah besar sikit, ada yang halus sikit.




2. Masukkan biskut dalam bekas ais krim.




3.  Masukkan susu. I buat dua perisa full cream, dua perisa coklat.



4.  Tambahkan lagi biskut. 



5. Tambah susu sampai penuh bekas.




6.  Simpan dalam peti ais.

7.  Beberapa jam lepastu boleh makan ! 100% Mmmmm




Senang je nak buat ais krim ni ! Bekas ais krim tu boleh cari dekat kedai RM2, Daiso, MR DIY. I beli dekat Mr Diy je, murah dalam RM3. Kalau nak guna plastik aiskrim Malaysia biasa tu pun boleh. Makan ais krim cuaca panas memang sedap.



Susu Fernleaf jugak tak buat I muak dan kenyang. Sejak pregnant ni lapar je rasa. Bila lapar I minum susu Fernleaf yang coklat tu rasa bertenang sikit perut I dari buat konsert hahaha. Susu ni sesuai untuk diminum seisi keluarga tidak kira umur.



#FernleafUHT #100Mmmmm

Facebook : Fernleaf Malaysia
Call : 1-800-88-3122




2 comments

  1. nak buat jugak la aiskrim tu! sha suka jugak susu fernelaf hehe

    ReplyDelete
  2. Susu fernleaf ini memang sedap.. kesukaan sha sekeluarga..

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.