TIPS LIANG PORI LEBIH BERSIH DENGAN HANSAEGEE NATURE


Terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama selalu buatkan kulit I rasa kotor, gatal dan tak selesa. Walaupun keluar berjemur matahari sekejap je masa lunch hour pun dah boleh buat kulit tak selesa dengan persekitaran dekat luar tu. Udara dekat luar bukan bersih sangat sekarang. Macam-macam benda kotor seperti asap boleh masuk dalam liang pori dan menyebabkan jerawat.



Lagi satu bila lama sangat dalam aircond dan aircond kuat pun boleh buat kulit I rasa berminyak. Walaupun kulit I jenis kombinasi normal dan oily, bila part dia nak oily tu rimasnya ! Balik kerja memang kena cuci muka betul-betul bagi kotoran hilang.



Macam I cakap tadi bila liang roma dah tersumbat dengan udara, asap kotor boleh menyebabkan jerawat naik dengan jayanya. Tapi ada jugak kes dah cuci muka elok-elok tapi jerawat masih ada. Mungkin pencuci muka tak cukup cuci muka dengan mendalam, pada permukaan sahaja. Jadi memang banyak produk pembersihan muka kena guna kalau nak kulit muka bersih sampai ke dalam liang pori.





Korang boleh cuba Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser untuk pembersihan pori secara mendalam. Secara ringkasnya Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser membantu

· Mengawal sebum dan minyak
· Melembap
· Berbuih
· Bernutrisi
· Membersih pori secara mendalam
· Melembutkan kulit
· Menanggalkan sel kulit mati
· Menghaluskan pori





Produk : Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Kegunaan : Pencuci muka
Jenis : Buih lembut
Isi : 150ml, size 5.29 fl.oz






Bahan
Bahan utama dalam Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni ialah aloe barbadensis leaf juice, tea tree leaf oil, anthemis nobilis flower extract, borago officinalis extract, jasminum officinale extract, lavandula angustifolia extract, mentha arvensis leaf extract, rosmarinus officinalis extract, salvia officinalis leaf extract and thymus vulgaris extract.



Korang boleh google satu-satu bahan dia untuk tahu ada fungsi bahan tersebut dalam skincare okay. Tapi kebanyakkan bahan I dah tahu apa fungsi dia dan memang digunakan secara meluas dalam proses pembuatan sesetengah produk kecantikan.





Contohnya, aloe barbadensis leaf juice tu. Entry blog I sebelum ni ada cerita I memang tak sesuai pakai aloe vera lagi-lagi yang jual 100 peratus aloe vera dah siap dalam tub tu. Memang tak sesuai kulit jadi bengkak dan gatal. Kalau ambil sendiri dekat pokok, okay je. Aloe leaf juice ni membantu melembapkan dan membersihkan kulit, merawat acne, melegakan sunburn, anti-inflammation dan mengurangkan spot mark.








Tea tree leaf oil pula memang favourite I untuk melawan jerawat. I suka pakai produk yang ada tea tree. Tea tree boleh membantu merawat jerawat, mengurangkan jangkitan, anti fungus dan membersihkan kulit. Kalau ada jerawat memang cepat-cepat I sapu tea tree oil. Tapi bila dah pakai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni tak payah risau sangat pasal jerawat.





Packaging
Untuk packaging dia didatangkan dalam kotak. Kotak tu dah siap balut bubble wrap kemain tebal lagi jadi tak payah risau barang terpecah ke terbukak ke apa masa dalam proses penghantaran.




Botol Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni best sebab jenis pump terus keluar buih dia. Nak tutup senang nak buka pun senang. Ada sesetengah penutup pencuci muka susah sangat nak bukak dan tutup.




Tekstur dan bau
Macam yang I cakap tadi bila pump botol tu keluar terus buih. Bukan cecair atau gel atau krim hahah. Buih dia best sebab ringan dan lembut sangat pada kulit. Macam tak pegang apa je dia punya lembut tu. Kalau nak buat drama tiup buih memang senang la dia berterbangan sebab ringan.




Bau dia pula tak ada bau busuk atau bau yang tak menyenangkan hidung. Bau macam tea tree oil tu, bau dia lembut je macam bau herba ke bau pokok macam tu. Lembut sangat bau dia, kalau bau dekat hidung baru ada. Bila cuci muka tak ada bau apa-apa pun.




Cara guna
Cara nak guna Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni macam yang disarankan. Pastikan muka dan tangan dalam keadaan basah jadi bila guna buih ni makin meriah bubble dia. Pump botol tu dalam jumlah yang mencukupi atas tangan. Urut muka dengan buih dalam circular motion. Basuh dengan air suam.





Cara I pun sama je hihi. I guna satu pump je itu pun dah cukup untuk satu muka. Memang jimat la macam ni lambat habis. Lepastu buih dia urut la dekat muka yang basah atau lembap. Nanti tetiba buih tu jadi banyak so memang cukup satu pump untuk muka I. Kemudian cuci macam biasa.


Kalau nak lagi best boleh steam muka dulu guna air panas bagi liang pori terbuka lepastu baru cuci muka guna pencuci muka. Confirm muka bertambah lembut !






Keberkesanan
Macam yang I bagi tahu dekat atas tadi, aloe buat muka I bengkak tapi tea tree oil pulak memang favourite I bila diserang jerawat. Bila pakai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni muka I memang rasa best sangat. Jerawat tak ada. Sebelum ni kulit I memang naik jerawat sebab hormon mengandung kot tapi lepas pakai pencuci muka ni slow-slow jerawat hilang dan tak ada jerawat baru pun.



Kulit muka rasa bersih dan licin lepas cuci muka. Tak ada rasa ketat pun. Sesetengah pencuci muka jenis buih buat kulit rasa tegang tak selesa tapi pencuci muka ni buat kulit rasa selesa dan lembap. Kadang kalau malas I tak sambung buat skincare lain pun, cuci muka je hihi nasib jerawat masih behave tak timbul-timbul. Kulit pun rasa segar. I pakai setiap pagi dan malam.



Kalau muka korang jenis kering, berminyak, sensitif dan ada acne, sel kulit mati dan ada blackhead dan whitehead memang I sarankan guna pencuci muka ni. Kulit I Jenis kombinasi normal dan berminyak serta kulit Aiman Jenis berminyak dan kering memang sesuai dengan pencuci muka ni. Sesuai untuk semua jenis kulit.





Untuk pembelian dan lebih info :



Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


40 comments

  1. Eh..sama pulak notebook tu. kin beli kat MR Diy. hehe
    btw, kulit muka Airah memang cantik sangat, haritu tengok depan2 masa bengkel kecantikan. peloles sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu adik airah punya.nampak cantik tu pinjam masuk flatlay hihi
      eh haha terima kasih.ekin pun lawa jugak

      Delete
  2. looks good but im not sure if it's okay with my skin or not. it's kinda hard for me to find a suitable product for my dear face.

    ReplyDelete
    Replies
    1. its suit every skin type but I think most of people love foam face wash.it is not drying at all

      Delete
  3. Mudahnya ada cleanser macam no.Amni mmg love sangat cleanser yg dari aoevera extract taw hehe.Nanti boleh cuba ni sebab pori muka amni besar jugak huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la nanti amni. memang bagus sebab kulit rasa bersih je lepas pakai tapi tak ada kesan kering yang ketat tu

      Delete
  4. Kulit kite pun bnyk liang2 roma yang terbuka luas. Nampak bagus produk ni sebab gunakan aloe vera. Ramai pon dh tahu kebaikan aloevera kan. Nak kene try ni . Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha aloevera memang banyak manfaat untuk kulit.kena try okay tekan je link laman web dia

      Delete
  5. oh kalo lama dlm ekon pn bole buat kulit muka awak berminyak ye...mmg kita akan tk selesa bila rs kulit muka berminyak...nasibaik ada Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser dpt membantu ye..tq share pengalam pki produk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha memang duduk aircond kulit rasa berminyak sangat. selalu kat office rasa nak je pergi cucu muka

      Delete
  6. Liang pori yang bersih akan membuatkan muka kita lebih cantik dan berseri seri. Sebab tu penting sangat kita jaga masa usia masih muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.bila liang pori bersih dan tak besar kurang sikit masalah kulit

      Delete
  7. suka sabun jenis buih ni...sbb apply rasa senang dan menyeluruh. nak bilas pun mudah...bagus brand ni dia boleh mencuci sehingga ke liang roma...blh elak muka sentiasa berminyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu lagi2 kalau buih dah tersedia macam ni lagi senang nak cuci muka.

      Delete
  8. Nampak best je tengok cleanser dia tu. So far apa apa brand yang guna aloe vera ni memang saya suka sebab bau yang sedap dan bila pakai tu rasa best je muka dan kulit

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.aloe vera memang membantu untuk kulit. tea tree oil pun sama sesuai untuk acne

      Delete
  9. Wah bubble cleanser 😍 tringat gk nk try jnis buih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun first time try bubble cleanser ni sangat senang dan kulit lembap je

      Delete
  10. I pun sama kulit kombinasi .Kadang agak rimas kan & susah nak cari produk yang sesuai. Nak Cuba produk ni bahan dia semua semulajadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ada sesetengah pencuci muka tak sesuai tapi yang ni sesuai untuk kulit I.

      Delete
  11. Liang liang peluh yang tersumbat menyebabkan banyak masalah jerawat keluar. Mama perasan jerawat selalu naik masa aktiviti luar. Berpeluh banyak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha lagi2 kalau liang pori besar memang susah nak jaga, kotoran selalu terperangkap dalam tu.kena cuci bersih2

      Delete
  12. menarik juga pencuci muka ni. takde bahan terlarang dalamnya. suka pulak dengan pencuci muka dalam bentuk buih keluarnya, rasa nak guna jenis macam ni pulak heee

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terus keluar buih ni cepatkan urusan nak cuci muka hahahha.aha bahan dia semua okay dan memang tak ada kesan kering atau tegang pun pada kulit muka

      Delete
  13. Orang perempuan ni senang sekarang banyak produk untuk jagaan muka kadang-kadang satu jenama ada macam-macam jenis hehehe sampai tak tahu mana yang bagus... Untuk orang lelaki memang susah nak cari heheheh jenama ni dah lama kat pasaran boleh dipercayai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu husband pun sama ada jenis pencuci muka yang dia suka, ada yang tak nak pakai. kena cari yang sesuai dengan kulit

      Delete
  14. Owh ptut la bila kuar ofis waktu petang, kulit lebih berminyak..terfikir gak kenapa, walhal tak keluar pergi site bawah matahari pun..laki boleh try produk ni juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aircond memang boleh buat kulit rasa kering sangat dan berminyak sangat. husband airah pun kongsi sekali pencuci muka ni sebab dia ada pori besar dan suka jenis foam yang tak mengeringkan macam ni

      Delete
  15. Pantang betul tak cuci muka sebelum tidur mesti jerawat naik. Mungkin sebab liang roma tersumbat. Penting untuk cuci

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah memang akan pastikan cuci muka sebelum tidur. kalau tak rasa ada bende je yang kotor pada muka

      Delete
  16. Cantik sangat dia ni..hehehe..Macam best je cleanser foam ni..tengok buih dia..nad ada gel aloevera je..tu ok gak pakai..aloevera ni memang bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh hahaha. jenis gel tu airah kena hati2 sikit sebab ada yang tak sesuai tapi pencuci muka ni memang best

      Delete
  17. First tme dengar sal prodk ni. Cam menark je. Cuma sis pakai prduk yg dah mmg sesuai dgn kulit wajah sis. Nanti tiba masa nak tukar bolehlah cuba2 produk ni pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. pencuci muka ni best sebab dari korea.produk korea kan berkualiti sikit.

      Delete
  18. Kak tgk produk ni mcm best jer..baguslah utk org yg mempunyai masalah kulit wajah.Visit my blog:www.keunggulanwanita.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha sesuai untuk yang ada pori besar dan ada acne jerawat semua

      Delete
  19. nampak macam bagus pencuci dia. bila produk dengan aloe ni saya sangat suka dan percaya. macam tertarik plak nak guna. menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai suka bahan yang mengandungi aloe.memang banyak manfaat untuk kulit

      Delete
  20. Cam menarik je pencuci muka produk nie. Produk berasaskan aloe vera memang diyakini keberkesanannya pada muka.. AN suka produk yg ada bahan aloe vera di dalamnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau google pun banyak manfaat aloe ni untuk kulit sebab tu ramai suka

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.