Jum Kemaskini Penangguhan Bayaran PTPTN




Sekarang tengah heboh semua orang nak kemaskini maklumat penangguhan bayaran ptptn termasuk la I. Siapa yang kena kemaskini semua maklumat ni? Mereka-mereka yang patut membuat bayaran balik dan mempunyai baki hutang lagi. Kalau rasa-rasa anda lah orang itu boleh la start kemaskini maklumat anda okay.



I dari dua tiga hari lepas nak kemaskini tapi tak ada nombor pinjaman. Gigih la direct message (DM) twitter PTPTN sebab dia cakap boleh dapatkan no. pinjaman tu dengan hanya bagi no. kad pengenalan, email dan no telifon tapi memang sampai sekarang la tak berbalas lagi tsktsk.



Sebab ramai sangat orang kan yang tak ada no pinjaman tu mungkin DM PTPTN pun dah dihujani dengan pelbagai soalan. Jadi cara kedua yang I buat cuba call careline pula di 03 - 2193 3000. Nan hadoooo dari pagi I call sampai malam tak ada langsung orang angkat hahahhahha.



Gigih I kira berapa lagu dia nak main sampai ada orang angkat. 






Cara yang terakhir I buat untuk dapatkan no pinjaman PTPTN ialah check email. PTPTN selalu email ingatkan untuk bayar hutang jadi dekat email tu ada sertakan no pinjaman. Settle masalah.



Cara untuk kemaskini maklumat PTPTN

Pergi ke link ini - akuanpendapatan

Masukkan no mykad dan no pinjaman.

Then isi je detail yang diperlukan. Sila jujur ye masa isi detail nanti diaorang minta bukti, salah pulak. Nak isi tak lama sekejap je dah settle.


Detail yang diperlukan pun tak banyak. Masa I isi tak ada la website jem ke apa semua okay je.



I memang plan nak bayar ansur-ansur sebanyak mana yang boleh. Walaupun sikit at least konsisten bayar jadi nanti tak ada la rasa gedebuk kena bayar banyak-banyak sebab bila dah berhutang ni memang wajib la bayar. 



Kalau ada sebarang pertanyaan atau soalan boleh ke website PTPTN atau media social diaorang. Sekarang mungkin semua sibuk sikit jadi tanya yang penting je okay hahaha.



Pada 19 Julai 2018 nanti PTPTN ada buat LIVE dari Menara PTPTN. Diaorang akan terangkan dengan lebih lanjut cara untuk mengemaskini maklumat pendapatan di portal, ataupun soalan-soalan lain yang korang nak tanya. Boleh check gambar dekat bawah ni okay.





Semua gambar dan maklumat I dapat dari twitter PTPTN.


4 comments

  1. agak-agak pergi office ptptn terus boleh ke ?

    ReplyDelete
  2. tq share.. syaza dlu mujur x pinjam ptptn :) syaza follow blog ~

    ReplyDelete
  3. dah siap follow up..hrp berjaya lgsaikn smua hutg ptptn

    https://www.ohlawa.com/tips/sunblock-terbaik-di-watson/

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.