Eco Haul

Kena ke buat Eco haul ni hahahah. I sebenarnya saje nak share apa yang I beli dekat kedai Eco. Kalau korang tak tahu kedai Eco tu apa kesiannyaaaaa….. I rasa semua orang tengah gila nak membeli dekat kedai Eco. Kalau korang ada facebook lagi laa kemain semua orang suggest barang-barang yang memang berbaloi nak beli dekat Eco tu. Selain kedai Eco ada yang panggil kedai dua ringgit jugak.



Kedai Eco ni barangan dia semua RM2 jadi jimat la sikit. No ! Tak jimat pun sebenarnya. Sebab murah lepastu kemain tangan nak capai semua benda sampai total barang jadi rm50, rm60 hahaha. Tapi…. Berbaloi la bayar banyak, barang pun dapat banyak. Kualiti pula bergantung kepada jenis barang, cara penggunaan, cara penjagaan dan individu tersebut. Kalau sejenis ganas memang tak tahan lama la barang tu.



Dekat kawasan rumah I ada dalam tiga kot kedai Eco ni dan yang paling dekat kurang dari lima minit je nak pergi. Jadi apa yang I beli dan korang boleh beli dekat kedai Eco ialah







No 1 (boleh refer gambar tengok numbering) ialah alas kaki. Alas kaki dekat rumah I tu dari pindah haritu tak tukar-tukar lagi padahal dah dua tiga bulan plan nak tukar. Ini lah masanyaaa. Walaupun I selalu basuh alas kaki yang sedia ada dekat rumah dan masih berkeadaan baik, tapi sebab Aiman cakap dia rasa alas kaki tu kotor jadi tukar jelaaaaa.



I lebih suka alas kaki jenis kain macam ni. Senang nak basuh sumbat je dalam mesin dan boleh sidai macam sidai baju hahaha tapi tu laa alas kaki camni tak cantik sangat. 



No dua tu pula tempat letak stationery ataupun buku. I gunakan sebagai tempat letak buku. Nak bawa pergi office. Dekat office tu ada je tempat susun fail, buku cuma bukan warna pink je hahaha. Rambang mata nak pilih benda ni sebab banyak warna, banyak bentuk dan semua cute ! Nanti work space dekat rumah I dah siap boleh la borong lagi.



( Gambar tak ada kena mengena )



No tiga tu beg plastik sampah. Ikutkan nak beli beg plastik sampah yang diaorang cakap wangi dan ada banyak warna mengikut wangian dia. Dengar cerita kemain wangi sebab tu la I nak jugak cari plastik sampah tu nanti. Buat masa ni I guna je plastik sampah yang biasa ni. Dah la Aiman salah ambil saiz, kemain besar nak sumbat apa tak tau.



No empat kitchen towel. Masa nak ambil kitchen towel ni tinggal dua pack jeee. Dalam satu pack ada dua kitchen towel. So far I guna okay laaa. Macam tisu dapur yang biasa jela hahaha Agak tebal. Tapi yang paling stress susah betul nak koyakkan ikut garisan yang dia dah buat tu. Selalu mesti terlebih lebih koyaknya. 



Kelima sponge basuh pinggan jenama Good Maid. Adakah ini tiruan punya sebab harga boleh tahan berbeza dengan dekat pasaraya hahaha. Yang ni I tak guna lagi sebab yang tengah guna sekarang masih elok jadi kita simpan dulu buat standby. 



( Gambar hiasan )



No enam tu cermin tapi I terbalikkan dia. Cermin ni plan nya I nak letak dekat meja office senang nak tengok cermin ihiksss tapi semenjak dah berturut turut cerita mistik dekat office ni I rasa hold jela dulu nak letak cermin dekat meja nanti tetiba nampak benda yang bukan-bukan dekat cermin tu naya je. 



I suka cermin dekat Eco sebab banyak gila warna pink ! Ada design yang comel-comel lagi. I ambil yang simple je.



No 7, glass cleaner. Yang ni Aiman punya nak cuci cermin kereta. Balik dari kedai terus test sekali dengan kain yang dekat no 8 tuu. Untuk pencuci cermin ni boleh tahan membersih juga la. 



Cuma sebab guna dengan kain no 8 tu, bulu-bulu dia melekat dekat cermin hahahha jadi macam rimas je tengoknya. Kain tu tak digalakkan beli okay kalau nak jadi kain lap meja boleh la.



No 9 pencuci tangan. Saja beli nak letak dekat singki dapur jadi senang nak cuci tangan hihi. No 10 ni pencuci lantai dan mangkuk tandas lebih kurang macam Clorox la tapi I baca review dia lebih kuat kesannya. I tak cuba lagi nanti dah cuba I bagitau okay.



11 dan 12 adalah sangat tidak digalakkan beli. Air gas dan gula-gula. Gula-gula tu stok dekat office dan rumah. Dah lama tak rasa. Air gas dua hari dah habis.



Yang terakhir adalah cecair cuci pinggan. So far dah dua kali la I beli sabun cuci pinggan dekat kedai Eco dan okay laaa. Perlukan banyak kalau nak tanggalkan kotoran degil. Kotoran tak degil boleh je guna sabun memurah ni.



Okay itu sahaja apa yang I beli untuk edisi ke Eco kali ini. Lain kali punya entah apa lagi nak borong tapi plastik sampah wangi tu serius I nak kena cari jugak ! Kalau pernah pergi echo nanti share barang apa yang best korang pernah beli okay.
















22 comments

  1. dekat subang ni takde kedai eco tapi betul lah apa airah cakap tu, bila murah kemain memborong

    ReplyDelete
  2. pergi kedai eco memang banyak duit melabur dekat sana . hajat nak beli 1-2 barang tapi time bayar berbarang-barang yang di beli

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pulak membeli kat kedai Eco ni. Kat Bangi ni tak tahu ada ke tak. Harga murah boleh la memborong. Duit lebih tu boleh la guna untuk beli lain pulak.

    ReplyDelete
  4. Eco ni bukan ke kedai 2 ringgit? ke salah..hehehe..akak pun tengah cari plastik sampah yang wangi mengikut kaler tu..ini kalau akak yang pergi kedai ni..sure berbondong plastik bawak masuk kereta

    ReplyDelete
  5. Nice haul from eco.. everything is necessity and very much needed for the whole household.. great dela..

    ReplyDelete
  6. i always get my pens in ECO shop. Its so so cheap. The ink pens are RM2 for 20 pens. So cheap and good quality. Totally love it

    ReplyDelete
  7. Murah banget ya belanja di Kedai Eco tapi walaupun murah klo tak nyadar belanja atau keasyikan belanja hingga lupa klo belanjaannya sdh sekeranjang kan kena juga hahahaa...

    ReplyDelete
  8. Kat kawasan rumh sis memang tk ada kedai ni. Tpi pernah balik kg..ada pulak kedai ni..so apa lgi memborong├▒ah jawabnya..hahaha

    ReplyDelete
  9. wah tak pernah pergi lagi kedai eco ni, atm tak nak beli apa apa lagi.. husband still berminat dengan barangan di Ikea.... ;(

    ReplyDelete
  10. Best juga masuk kedai Yang barang rm2 ni sebab boleh beli banyak barang. Rm50 bolwh dapat banayk barang. Memamg akan terjebak Dan duduk Lama dlam tu .

    ReplyDelete
  11. memang tak ingat dunia kalau masuk kedai eco haha, semua benda rasa comel

    ReplyDelete
  12. Bestkan kedai eco ni. Sy pg yang kat bahau. Ya amoun boleh gila tgk bekas plastik dia ada macam2 sazi dan semua rm2 sajooo

    ReplyDelete
  13. Alahai untung betul rumah 5 minit dari Eco. Masuk Eco je konfirm pergi bahagian barang dapur. Best cuci mata walaupun tak beli. Kalau rumah dekat ni, mesti hari2 pergi :D

    ReplyDelete
  14. Wow so many things can buy at Eco Haul I can't believe some of the items sell at RM2. I never visit Eco Haul yet but I want grab some items from there.

    ReplyDelete
  15. amboi.. shopping sakan dekat eco ye.. hehe.. kita pon suka pergi beli dkt eco... kdg2 kat mr diy, kdg2 dekat ninso... malas perabis duit kat mall.. hehehe... beli murah2 dan berkualiti pon dh kire ok kan..

    ReplyDelete
  16. kalau pegi eco ni, semua menda nak beli. plastik sampah tu susah nak dapat. asyik habis je

    ReplyDelete
  17. saya suka beli makanan buat stok kat asrama >.<

    ReplyDelete
  18. My mom pun memang suka shopping kat ECO , tetambah tupperware. hehehe

    ReplyDelete
  19. My mum just started her own eco store, it's a refill station, to help ppl stop using and wasting plastic, I should start a post about it soon :)

    ReplyDelete
  20. Oh where is this store? Only RM2!! I wanna pay them a visit and see what goodies they have for me, I know what u mean I always go in Mr DIY and end up with lots of unwanted stuff.

    ReplyDelete
  21. Dekat Penang dalam pulau tak da kedai Eco. Seberang Prai ada tapi jauh la.Tu la kalau dia buka kat sini.Sure hari2 singgah beli makanan ringan haha

    ReplyDelete
  22. Kakda suka shopping mainan anak-anak. Murah dan boleh beli banyak.haha!

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.